RHYTHM & HUES: Studio Bertaraf Antarabangsa Di Malaysia!



Mesti ramai tak perasaan terdapat tenaga kerja rakyat Malaysia dalam pos-produksi file Live Action 'X-Men: First Class' baru-baru ni. XLAWS nak bagitau korang terdapat 1 studio di Malaysia iaitu RHYTHM & HUES (R&H) yang banyak membuat kesan visual untuk filem besar popular dunia. Jadi ada bakat hebat dari Malaysia terlibat dalam filem Blockbuster ni!. Bangga betul ada kelebihan Malaysia dipandang tinggi. Jom kita kenali lebih dekat studio cantik bertaraf antarabangsa ni.


Seronok berkunjung kesini. Terfikir lak betul ke ni studio? Nampak macam tempat istirahat je. Rupanya ia antara kemudahan disediakan buat para pekerja supaya kebajikan & suasana terbaik diberikan kepada mereka.

Sejarah Ringkas
RHYTHM & HUES (1987) merupakan sebuah studio pakar kesan visual khas & animasi komputer untuk filem & TV komersil berpangkalan di Los Angeles, US. Apabila mula berkembang pesat, ia membuka cawangan studio di India (Mumbai & Hyderabad), Malaysia (KL) & akan datang di Vancouver dan Kanada. Semasa mula bertapak di Malaysia (2009), ia cuma ada 8 tenaga kerja & mereka menerima latihan terus di India. Tetapi kini berbekalkan kepakaran & kebolehan, ia berkembang hingga 130 tenaga kerja (95% adalah rakyat tempatan) serta boleh berbangga dengan penglibatannya bersama produksi berkualiti tinggi.

Bagaimana R&H Terlibat Dalam Pembikinan Kesan Visual Untuk Filem Besar Hollywood?
R&H di Los Angeles mempunyai ramai bakat dari serata dunia. Timbul idea untuk mengembangkan perkhidmatannya ke negara lain. Sebenarnya mereka bercadang nak memulakan sebuah studio di Cyberjaya 10 tahun lalu, tetapi akhirnya didirikan di Mumbai dahulu. Pada akhir 2007, R&H berbincang dengan MDeC untuk tubuhkannya di sini & tahun 2008 dijalankan perancangan penubuhannya. Secara rasmi ia beroperasi pada April 2009. Jadi dengan ini, Mereka terlibat bersama menghasilkan kesan visual bersama R&H yang lain.

Antara projek yang telah mereka usahakan. Alvin And The Chipmunks merupakan projek pertama Malaysia (Ogos 2009).

Kenapa Malaysia Di Pilih?
Kualiti hidup yang baik untuk artis & para pekerjanya. Tambahan pula, ada sokongan kerajaan & projek MSC menyediakan prasarana serta infrastruktur hebat. Selain itu, Malaysia turut mempunyai ramai yang minat dalam bidang ini yang boleh diasah.

Apakah Sumbangan R&H Kepada Industri Di Malaysia?
Mereka menitikberatkan matlamat untuk menghasilkan kerja berkualiti & mengasah kemahiran dalam bidang kesan khas filem bertaraf antarabangsa di Malaysia serta  berbangga dengan mereka. Kemudian menjadi inspirasi kepada orang lain. Latihan diberikan kepada tenaga pengajar pusat pengajian bidang ini di Malaysia agar mereka mendapat pendedahan & keperluan industri untuk memperkembankannya lagi. Dengan ini ia boleh membawa pembangunan yang hebat dalam bidang ini di sini.

Apa Perkara Paling Penting & Kesan Khas Untuk X-Men: First Class?
Ia mengandungi banyak perubahan CG macam wajah Emma Frost ke pertukaran 'berlian' nya. Ia memerlukan pemadanan pergerakan amat teliti & tepat. Boleh dikatakan hampir semua perkara teknikal amat penting. Banyak benda tiada dalam rakaman asal semasa diberikan. Jadi mereka kena buat semua kesan tu nampak macam real hingga penonton takkan sedar bahagian mana ada atau tiada kesan visual itu. Itulah digelar Photo Realistic & merupakan tumpuan utama apabila membuat kesan visual.

Antara Kesan Visual Dari Anak Malaysia Pada X-Men: First Class




Ada Kemungkinan Membuat Kesan Visual Untuk Filem Tempatan?
Semua kesan visual filem didapati daripada R&H di LA & buat masa ini mereka tidak buat sebarang projek tempatan. Semuanya hasil kerjasama antara R&H yang lain.

Antara kesan visual yang dibuat dahulu


Gambar di bawah merupakan penglibatan dalam filem hebat akan datang


Dan terakhir sekali kesan visual sebelum & selepas di edit






Sebenarnya ada banyak lagi yang mereka buat. Kalau nak tahu lebih lanjut sila lawat website dorang OK?
http://www.rhythm.com/

Sumber: Gempak, Isu 281


We Appreciate Your Comments

3 Respones to "RHYTHM & HUES: Studio Bertaraf Antarabangsa Di Malaysia!"

rain said...

Menarik, xlaws dah lawat ke?


August 11, 2011 at 11:02 PM
XLAWS said...

belom lagi. XLAWS rasa nak keje kat situ la. minat gler pasal buat visual effect nie :D


August 13, 2011 at 3:58 PM
Ariff said...

hehehe. Jgn buat visual theme pulak tau!


September 25, 2011 at 1:30 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS