Istilah-Istilah Anime Dan Manga (Updated)




Anime
Perkataan "Anime" sebenarnya dari "Animeshon". Perkataan ini merupakan adaptasi dari perkataan bahasa inggeris iaitu "Animation" oleh orang Jepun sekaligus menjadi popular hingga kini. Dalam perkembangannya. Anime digunakan untuk menyebut animasi Jepun.Anime digunakan oleh orang jepun untuk merujuk kepada animasi atau kartun tanpa mengira genre,gaya, atau negara asal, namun kita dan negara luar telah sebati dengan perkataan anime dan mengunakannya untuk merujuk kepada animasi dan kartun daripada jepun.Sebenarnya asal-usul perkataan anime masih tidak jelas, ada yang menganggap ia datang daripada istilah perancis, "dessin anime" dimana terjemahannya "lukisan animasi". Menurut Chirtoper Macdonald, editor-in-chief daripada Anime News Network, beliau menakrifkan jika asal-usul animation tersebut berasal daripada jepun maka ianya adalah anime dan jika anime tersebut bukan berasal daripada jepun ianya akan ditakrifkan sebagai bukan anime walaupun mereka meniru gaya anime.

Bishojo
Bermaksud gadis cantik, sering digunakan untuk menggambarkan wanita muda yang cantik dan mempunyai tarikan seksual.

Bishounen
Budak cantik adalah konsep yang digunakan mengambarkan lelaki ideal yang muda dan menawan serta memiliki wajah feminim.

Catgirl/Nekomusume

Mempunyai badan manusia tetapi diberi sifat kucing seperti telinga kucing dan berekor kadang-kadang mempunyai taring. Mempunyai ciri-ciri seperti kucing dan berperangai seperti kucing, perkataan "Nyaa" selalu digunakan.

Chibi


Berbeza dengan SD. Chibi lebih menampakkan karakter itu kelihatan lebih muda dan cute. Secara fizikalnya, wajah-wajah chibi ni mempunyai mata lebih besar, muka bulat dan badannya lebih kecil dan pendek.

Cosplay


Istilah lain yang juga popular dikalangan anime adalah Cosplay. Nama Cosplay tercipta apabila orang-orang Jepun gemar memendekkan ayat dari Custom Play ke Cosplay. Cosplay adalah satu pertandingan dimana para fans anime berpakaian seperti dengan karakter anime yang di minati oleh mereka.

Comiket


Pasaran komik yang diadakan dua kali setiap tahun, merupakan konvesyen komik terbesar di dunia dan pengeluar doujinshi akan mengambil kesempatan menjual komik mereka.

Dere/Ku/Tsun/Yan/Yangi

Sikap atau perangai yang biasa terdapat pada watak perempuan. Contohnya, Bakemonogatari.

Doujinshi
Di Jepun, Doujinshi biasanya merujuk kepada satu aktiviti berkumpulan yang mempunyai minat yang sama dan menghasilkan karya seperti manga, novel, game dan pelbagai lagi. Orang-orang macam ini tidak memerlukan seorang penulis yang mahir. Banyak produk Dojin dicipta oleh amatur sebagai hobi dan sering diterbitkan dengan modal mereka sendiri.(Korang boleh dapatkan doujin best2 kat comitket, kalu pegi jepun jgn lupa join).

Ecchi


Echhi adalah digunakan untuk merujuk kepada fantasi erotik atau sindiran seks, selain itu, ianya boleh dimaknakan "kotor" atau "nakal" selagi ianya boleh menggambarkan seseorang dilihat sebagai ecchi.Biasanya,ianya terpulang kepada penonton sendiri . Ianya masih lagi dikategorikan sebagai "ringan" walaupun berunsur lucah, kerana masih mempunyai batas-batas tertentu di dalam adegan tersebut.Antaranya fan service dangan situasi yang lucu.

Enjo Kosai


"Compensated dating" iaitu antara sempadan pelacuran. Pelajar sekolah menengah yang dibayar oleh lelaki yang lebih tua kebiasaanya berumur 40-50 thn kiranya bapak orang yang tak sedar diri. Mereka mungkin tidak melakukan hubungan seksual tetapi hanya menemani mereka di bandar satu sahaja seperti pergi karoke.Contohnya, iketeru futari.

Eroge


Sigkatan digunakan untuk Ero-Game iaitu permainan komputer yang mengandungi kandungan erotik, biasanya dalam bentuk gaya anime, jadi jangan terkeliru dengan galge. Kalau galge untuk umum maka Eroge adalah galge yang ditambah dengan kandungan dewasa.Contohnya, my lilttle sister can't be this cute.

Fan Art
FanArt adalah karya yang dihasilkan dari peminat setia anime iaitu dengan melukis gambar, wallpaper, vector anime yang mereka minat. Selalunya, idea mereka ni terlalu kreatif dan kesemua hasil karya mereka adalah asli.

Fan Service
Fan Service sebenarnya tiada kene mengena dengan cerita anime tersebut. Biasanya Fan Service mempunyai adegan nakal anime yang jarang berlaku. Contohnya seperti seorang gadis memakai pakaian bikini bermain air di pantai pada musim panas. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian peminat anime tersebut.

Fan Fiction
Fan Fiction adalah jalan cerita yang dihasilkan oleh peminat anime dengan idea dan kreativinya tersendiri. Biasanya mereka menggunakan watak-watak anime dan menghasilkan jalan cerita berbeza dengan jalan cerita di manga atau di TV.

FanSub
Peminat anime yang sudi untuk mensubkan anime untuk anda menonton anime kegemaran anda. Contohnya mensubkan subtitle bahasa enggeris kedalam anime yang masih mentah. Qz ucapkan terima kasih kat dia orang.

Fujoishi
Fujoshi (Rotten Girl) adalah istilah yang merujuk kepada perempuan yang meminati genre Yaoi. Fujoshi gemar membayangkan hubungan "romance" antara watak-watak anime dan manga malah menjadikan artis sebahagian daripada fantasi mereka.Fujoshi juga boleh dimasukkan kedalam dalam golongan kategori "otaku".

Futanari
Watak yang mempunya dua bahagian kelamin iaitu bahagian lelaki dan wanita.

Galge


Permainan dating. Ianya sejenis permainan yang menfokuskan pemain berinteraksi dan menangkap watak perempuan. Permainan ini menumpukan kepada pengguna lelaki dan menggunakan gaya anime.Contohnya, The World God Only Knows.

Gei
Etimologinya adalah bermaksud gay, Gei comi bermakna manga yang bertemakan homoseksual iaitu hubungan sejenis antara lelaki X lelaki. Selain itu, yaoi ,shounen-ai ,jun dan BL.

Guro
menjijikan.

Hentai


Ecchi boleh dikatakan adegan "ringan". Kalau Hentai pula dikategorikan dalam adegan "berat" kerana mengandungi dan menayangkan adengan sex tanpa adanya batasan. Boleh dijumpai didalam manga dan anime serta game. Hen dalam jepun adalah "pelik"atau"aneh" dan tai adalah "sikap"atau"penampilan".Dalam slanga jepun, hentai boleh digunakan untuk menghina seperti "pervert" atau "weirdo", jadi berhati-hati dalam menggunakan perkataan ini. Hentai selalu dipendekkan menjadi "H".

Hikikomori
Duduk di dalam rumah dan enggan bermasyarakat, sengaja mengasingkan diri dan mengelakkan hubungan sosial, mereka bukanlah golongan otaku kerana jauh berbeza.

Inchou
Ketua wakil sekolah.

Imoto
adik perempuan.

Josei
Wanita matang.

Kodomo
Kanak-kanak.

Lemon
Sama dengan Fan Fiction, cuma jalan ceritanya lebih ke arah kedewasaan. Contohnya, mempunyai unsur-unsur sex, perkataan kesat dan sebagainya.

Lolicon
Pedophile. Genre yang semakin popular digunakan, mengambarkan watak-watak yang berbadan kanak-kanak tetapi berusia 20-an atau kanak-kanak dan wujudnya adengan erotik.

Mecha


Perkataan "Mecha" berasal dari "Mechanical". Biasanya mecha digunakan untuk untuk menkategorikan anime yang menggunakan robot. Mecha dibahagikan kepada dua sub iaitu ruper robot mempunyai elemen tidak realistik, lebih menumpukan kepada penempuran dan robot itu sendiri. Manakala yang kedua adalah robot sebenar dimana ianya lebih realistic, lebih banyak drama dan menfokuskan kepada watak.

Meganekko
Watak perempuan yang memakai kaca mata.

Moe
Agak sukar untuk dijelaskan, biasanya merujuk kepada naluri untuk melindungi. Contohnya, nampak lemah, lembut dan perasaan seakan mudah pecah jika dipegang, ianya juga boleh digunakan untuk merujuk kepada sifat tertentu.

Maid


Pembantu Rumah. Antara tema watak yang paling banyak digunkan di dalam anime.

Manga
Manga merupakan panggilan komik dalam bahasa Jepun. Kebiasaanya melukis manga adalah proses pertama untuk di adaptasikan menjadi anime.

Mangaka
Maksud mangaka adalah penulis manga tersebut.

Mahou


Istilah yang tidak terlepas bagi korang yang menyukai anime fantasi. Maksud Mahou dalam bahasa melayu adalah magik. Ianya berkenaan kuasa sakti, ajaib dan sihir. Contohnya, Tohou.

Neko
Kucing.

Netore

Cuckold. genre yang semakin popular dan semakin berkembang.

OAV / OVA
Original Animated Video atau lebih dikenali dengan OVA adalah kependekan dari Original Video Animation. OVA tidak ditayangkan di TV, tetapi terus dijual ke pasaran. OVA biasanya tidak melebihi dari 10 episode, malah ada yang hanya 1 episode. Biasanya, kualiti video OVA lebih cantik berbanding dengan TV Series.

Otaku

Otaku adalah peminat kipas susah mati, diorang mempunyai kecenderungan dan komitmen yang keterlaluan terhadap sesuatu seperti anime, kereta api, jalan raya dan sebagainya. Sudah tentu golongan ini taksub dan sanggup membelanjakan wang demi mengumpul koleksi-koleksi tanpa mengira harganya. Selalunya, mereka  akan mengumpul barang seperti figure, anime, game, poster dan pelbagai lagi. Dalam slanga jepun, perkataan ini digunakan untuk mengambarkan mereka yang terlalu obses dengan hobi mereka.

Otenba
Tomboi.

Okama
Cross Dresser. Homoseksual.

Onee-chan
Kakak.

SD
SD iaitu Super Deformed adalah istilah yang digunakan dalam penggambaran karakter anime/manga dengan size kerdil. Bertujuan untuk menghasilkan kesan komedi dan mewujudkan suasana "kawaii".

Shojo
perempuan muda.

Shojo-ai
manga yang mengandungi hubungan sejenis antara perempuanXperempuan.

Shota
Watak lelaki seperti kanak-kanak.

Tankoubon
Tankoubon adalah nama asal untuk jilid manga Jepun.

Uke
BL. Cara penggunaanya ialah KekashiUkeNaruto

Waifu


 Isteri 2D. Contohnya, Azumanga Daioh

Yamato Nadeshiko
Wanita ideal jepun, mahir dalam hal-hal domestik dan merendah diri.

Yaoi

Istilah Yaoi digunakan untuk anime/manga yang memiliki jalan cerita yang berunsur homoseksual/gay. Istilah lain untuk Yaoi adalah Boy’s Love ataupun BL. Sebenarnya Yaoi adalah nama singkatan dari “yama-nashi ochi-nashi imi-nashi”.

Yuri


Bila ada versi gay, mesti ada versi lesbian kan?. Untuk versi ini dalam anime/manga biasa disebut Yuri.Yuri adalah genre yang mengandungi hubungan percintaan sejenis antara perempuanXperempuan. Kewujudan yuri di jepun bermula sejak awal abad kedua puluh dan dapat ditemui dalam kesusateraan jepun dan akhirnya diterima didalam manga sebagai genre baru pada tahun 1990-an walaupun kerja-kerja berkaitan dengan yuri telah bermula pada tahun 1970. Yuri Shimai adalah manga yang didedikasikan untuk yuri dan dilancarkan pada tahun 2003 dan kemudian sebagai follow-up keluarnya Yuri Hime. Yuri mempunyai peminat yang ramai daripada golongan lelaki dan perempaun berbanding genre yaoi.


We Appreciate Your Comments

9 Respones to "Istilah-Istilah Anime Dan Manga (Updated)"

collb9 said...

wah rajin xlaws buat research
nice entry...


July 3, 2011 at 5:36 PM
Chibi Imiey said...

tak sangka anda salah sorg peminat anime jgk...nice entry...


July 3, 2011 at 6:52 PM
nKhaR said...

image last skali tu pelik. yuri :D


July 3, 2011 at 7:53 PM
Qz said...

ok first otaku sebenarnya adalah org yg terlampau komited pada sesuatu..cthnya..kalu ko minat pasal robot sehingga kan segala jenis robot kat dunia ko tahu..so org-org cam ni digelar sebagai otaku..dlm erti kata lain dia org ni x menjadikan hobi tapi menjadikannya sebagai life diaorg..kiranya hardcore fan..macam tu citernye...
lagi satu apa kata ko citer sikit pasal haruhism kat blog ko...hehe... jgn marah


July 3, 2011 at 9:06 PM
Ryu Watanabe said...

Xlaws terlupa satu golongan yang di panggil "Yaranaika" iaitu gay. = =..
sekian.
base pada entry , semua statement x tepat. tp still acceptable laa..
dan ada jugak yq salah. mcm yang Qz cakap.


July 3, 2011 at 9:54 PM
XLAWS said...

tula, aku rasa ada yg salah cket. sbb tu aku letak note kat bawah. hahah.. bila2 nanti aku add n fix ok. ^^ thanks kepada Qz & Ryu Watanabe

note: Ryo Watanabe or Ryu Watanabe?? (NFSPS) haha =D


July 4, 2011 at 2:17 PM
XLAWS said...

Qz: Haruhism agama anime Haruhi. hahaha orait2 aku akan kaji mende ni pulak. InsyaAllah.. bg aku masa. haha


July 4, 2011 at 2:28 PM
Qz said...

yesh..aku pun nak join venture gak...


September 16, 2011 at 12:27 AM
Qz said...

Haruhiism is on the construction


September 28, 2011 at 4:49 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS