Apa Itu Hologram?



Sejarah Hologram
Hologram dicipta oleh ahli fizik Dennis Gabor yang berbangsa Hungarian-British pada tahun 1947. Penciptaan besar beliau ini akhirnya telah diiktiraf dan beliau telah menerima Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1971.  Hadiah Nobel tersebut diberikan selepas 24 tahun kerana penemuan holografi beliau mempunyai masalah teknikal yang  akhirnya telah diselesaikan oleh ahli fizik Mieczyslaw Wolfke dan lain-lain. Kesannya, kajian mereka telah memberikan hasil yang tidak dijangkakan iaitu meningkatkan keupayaan mikroskop elektron. Kemajuan holografi agak terhad sehinggalah penciptaan laser dilaksanakan pada tahun 1960.

Hologram Optik yang pertama dapat merakamkan objek 3D atau 3 dimensi telah dicipta pada tahun 1962 oleh Yuri Denisyuk di Soviet Union, Emmett Leith dan Juris Upatnieks di Universiti Michigan. Teknik moden dalam fotokimia untuk menghasilkan hologram yang berkualiti tinggi telah  dicapai oleh Nicholas J. Philips.

Kegunaan Hologram

Penyimpanan Data
Selain merakamkan gambar, holografi juga boleh digunakan sebagai medium penyimpanan data.  Data storage ini memerlukan teknik menyimpan data pada kadar densiti tinggi ke dalam kristal atau fotopolimer. Kebolehan untuk menyimpan data yang besar ke dalam sesuatu media adalah penting kerana zaman sekarang, rata-rata gajet elektronik mempunyai fungsi simpanan memori.

Keselamatan Sekuriti
Hologram juga dapat dijadikan alat keselamatan sekuriti kerana sekuriti hologram adalah sangat susah untuk ditiru dan ianya direplikasi daripada hologram master yang memerlukan teknologi yang tinggi, khas, serta mahal. Jika anda perasan, duit kertas negara juga diaplikasikan dengan hologram yang bercirikan sekuriti seperti RM10, RM50, RM100. Ini menjadikan ia susah untuk dicetak rompak dan senang untuk membezakan wang kertas yang betul dengan yang palsu. Begitu juga dengan kad bank, IC, DVD, dan banyak lagi.


(Pelekat hologram memudahkan kita membezakan barang tiruan dengan tulen)

Seni
Hologram juga dapat digunakan sebagai seni bagi mereka yang pakar dalam bidang ini. Sesetengah pengkaji hologram mendakwa diri mereka adalah artis dan saintis. buktinya, wujud studio yang mengajar mengenai seni holografi ditubuhkan contohnya San Francisco School of holography. Walaupun studio seperti ini tidak lagi wujud, masih terdapat segelintir golongan artis yang menggunakan hologram sebagai medium mereka.


(Seni hologram bagi segelintir golongan yang meminati seni ini)

Kini dunia hologram semakin pesat. Penggunaan hologram melalui video telah diperluaskan sehingga alaf 2020 sebagai zaman teknologi pesat telah pun menampakkan tirainya.



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Apa Itu Hologram?"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS