Apa Itu Hologram?



Sejarah Hologram
Hologram dicipta oleh ahli fizik Dennis Gabor yang berbangsa Hungarian-British pada tahun 1947. Penciptaan besar beliau ini akhirnya telah diiktiraf dan beliau telah menerima Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1971.  Hadiah Nobel tersebut diberikan selepas 24 tahun kerana penemuan holografi beliau mempunyai masalah teknikal yang  akhirnya telah diselesaikan oleh ahli fizik Mieczyslaw Wolfke dan lain-lain. Kesannya, kajian mereka telah memberikan hasil yang tidak dijangkakan iaitu meningkatkan keupayaan mikroskop elektron. Kemajuan holografi agak terhad sehinggalah penciptaan laser dilaksanakan pada tahun 1960.

Hologram Optik yang pertama dapat merakamkan objek 3D atau 3 dimensi telah dicipta pada tahun 1962 oleh Yuri Denisyuk di Soviet Union, Emmett Leith dan Juris Upatnieks di Universiti Michigan. Teknik moden dalam fotokimia untuk menghasilkan hologram yang berkualiti tinggi telah  dicapai oleh Nicholas J. Philips.

Kegunaan Hologram

Penyimpanan Data
Selain merakamkan gambar, holografi juga boleh digunakan sebagai medium penyimpanan data.  Data storage ini memerlukan teknik menyimpan data pada kadar densiti tinggi ke dalam kristal atau fotopolimer. Kebolehan untuk menyimpan data yang besar ke dalam sesuatu media adalah penting kerana zaman sekarang, rata-rata gajet elektronik mempunyai fungsi simpanan memori.

Keselamatan Sekuriti
Hologram juga dapat dijadikan alat keselamatan sekuriti kerana sekuriti hologram adalah sangat susah untuk ditiru dan ianya direplikasi daripada hologram master yang memerlukan teknologi yang tinggi, khas, serta mahal. Jika anda perasan, duit kertas negara juga diaplikasikan dengan hologram yang bercirikan sekuriti seperti RM10, RM50, RM100. Ini menjadikan ia susah untuk dicetak rompak dan senang untuk membezakan wang kertas yang betul dengan yang palsu. Begitu juga dengan kad bank, IC, DVD, dan banyak lagi.


(Pelekat hologram memudahkan kita membezakan barang tiruan dengan tulen)

Seni
Hologram juga dapat digunakan sebagai seni bagi mereka yang pakar dalam bidang ini. Sesetengah pengkaji hologram mendakwa diri mereka adalah artis dan saintis. buktinya, wujud studio yang mengajar mengenai seni holografi ditubuhkan contohnya San Francisco School of holography. Walaupun studio seperti ini tidak lagi wujud, masih terdapat segelintir golongan artis yang menggunakan hologram sebagai medium mereka.


(Seni hologram bagi segelintir golongan yang meminati seni ini)

Kini dunia hologram semakin pesat. Penggunaan hologram melalui video telah diperluaskan sehingga alaf 2020 sebagai zaman teknologi pesat telah pun menampakkan tirainya.


Ringankan Website Dengan Adblock Plus



Korang bengang tak kalo website kesukaan korang penuh dengan gambar, iklan, widget yang tak penting sekaligus membuat web browser korang berat semacam?. Benda-benda itu semua kita bole atasi dengan sekejap je dengan menggunakan Mozilla Addon: Adblock Plus. XLAWS sediakan sekali link di bawah.

Install addon ni dulu ye.
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/fireshot/versions/

Contoh website yang banyak gambar dan widget yang tak penting.
http://www.twins-iloveasian.co.cc/

Gambar di bawah merupakan contoh gambar dan iklan di website tersebut. Semua ni melambatkan masa loading website dan memberatkan web browser kita.


Cara untuk membuangnya korang perlu klik kanan pada iklan tersebut dan pilih Adblock Plus: Block Image.... Kadang-kadang ada gak Adblock Plus: Block Frame.... Korang pilih jela mana-mana satu.


Selepas itu, bila keluar macam di bawah ni, korang perlu klik button Add filter je. Block je apa-apa yang tak patut dan selesai!. Jadi lepas ni korang boleh la surfing internet di website kesukaan korang dengan lebih laju. =D


RHYTHM & HUES: Studio Bertaraf Antarabangsa Di Malaysia!



Mesti ramai tak perasaan terdapat tenaga kerja rakyat Malaysia dalam pos-produksi file Live Action 'X-Men: First Class' baru-baru ni. XLAWS nak bagitau korang terdapat 1 studio di Malaysia iaitu RHYTHM & HUES (R&H) yang banyak membuat kesan visual untuk filem besar popular dunia. Jadi ada bakat hebat dari Malaysia terlibat dalam filem Blockbuster ni!. Bangga betul ada kelebihan Malaysia dipandang tinggi. Jom kita kenali lebih dekat studio cantik bertaraf antarabangsa ni.


Seronok berkunjung kesini. Terfikir lak betul ke ni studio? Nampak macam tempat istirahat je. Rupanya ia antara kemudahan disediakan buat para pekerja supaya kebajikan & suasana terbaik diberikan kepada mereka.

Sejarah Ringkas
RHYTHM & HUES (1987) merupakan sebuah studio pakar kesan visual khas & animasi komputer untuk filem & TV komersil berpangkalan di Los Angeles, US. Apabila mula berkembang pesat, ia membuka cawangan studio di India (Mumbai & Hyderabad), Malaysia (KL) & akan datang di Vancouver dan Kanada. Semasa mula bertapak di Malaysia (2009), ia cuma ada 8 tenaga kerja & mereka menerima latihan terus di India. Tetapi kini berbekalkan kepakaran & kebolehan, ia berkembang hingga 130 tenaga kerja (95% adalah rakyat tempatan) serta boleh berbangga dengan penglibatannya bersama produksi berkualiti tinggi.

Bagaimana R&H Terlibat Dalam Pembikinan Kesan Visual Untuk Filem Besar Hollywood?
R&H di Los Angeles mempunyai ramai bakat dari serata dunia. Timbul idea untuk mengembangkan perkhidmatannya ke negara lain. Sebenarnya mereka bercadang nak memulakan sebuah studio di Cyberjaya 10 tahun lalu, tetapi akhirnya didirikan di Mumbai dahulu. Pada akhir 2007, R&H berbincang dengan MDeC untuk tubuhkannya di sini & tahun 2008 dijalankan perancangan penubuhannya. Secara rasmi ia beroperasi pada April 2009. Jadi dengan ini, Mereka terlibat bersama menghasilkan kesan visual bersama R&H yang lain.

Antara projek yang telah mereka usahakan. Alvin And The Chipmunks merupakan projek pertama Malaysia (Ogos 2009).

Kenapa Malaysia Di Pilih?
Kualiti hidup yang baik untuk artis & para pekerjanya. Tambahan pula, ada sokongan kerajaan & projek MSC menyediakan prasarana serta infrastruktur hebat. Selain itu, Malaysia turut mempunyai ramai yang minat dalam bidang ini yang boleh diasah.

Apakah Sumbangan R&H Kepada Industri Di Malaysia?
Mereka menitikberatkan matlamat untuk menghasilkan kerja berkualiti & mengasah kemahiran dalam bidang kesan khas filem bertaraf antarabangsa di Malaysia serta  berbangga dengan mereka. Kemudian menjadi inspirasi kepada orang lain. Latihan diberikan kepada tenaga pengajar pusat pengajian bidang ini di Malaysia agar mereka mendapat pendedahan & keperluan industri untuk memperkembankannya lagi. Dengan ini ia boleh membawa pembangunan yang hebat dalam bidang ini di sini.

Apa Perkara Paling Penting & Kesan Khas Untuk X-Men: First Class?
Ia mengandungi banyak perubahan CG macam wajah Emma Frost ke pertukaran 'berlian' nya. Ia memerlukan pemadanan pergerakan amat teliti & tepat. Boleh dikatakan hampir semua perkara teknikal amat penting. Banyak benda tiada dalam rakaman asal semasa diberikan. Jadi mereka kena buat semua kesan tu nampak macam real hingga penonton takkan sedar bahagian mana ada atau tiada kesan visual itu. Itulah digelar Photo Realistic & merupakan tumpuan utama apabila membuat kesan visual.

Antara Kesan Visual Dari Anak Malaysia Pada X-Men: First Class




Ada Kemungkinan Membuat Kesan Visual Untuk Filem Tempatan?
Semua kesan visual filem didapati daripada R&H di LA & buat masa ini mereka tidak buat sebarang projek tempatan. Semuanya hasil kerjasama antara R&H yang lain.

Antara kesan visual yang dibuat dahulu


Gambar di bawah merupakan penglibatan dalam filem hebat akan datang


Dan terakhir sekali kesan visual sebelum & selepas di edit






Sebenarnya ada banyak lagi yang mereka buat. Kalau nak tahu lebih lanjut sila lawat website dorang OK?
http://www.rhythm.com/

Sumber: Gempak, Isu 281


Cara Kembalikan IM Chat Facebook Yang Lama




Korang mesti tak suka kan IM chat Facebook yang baru macam gambar di atas ni kan?. XLAWS ada jalan penyelesaian untuk kembalikan seperti asal dengan menggunakan script di Greasemonkey. Caranya mudah je.

Note: Ni untuk pengguna Mozilla Firefox sahaja.

Pertama sekali download addon Mozilla Greasemonkey. Kalau korang dah install, sila abaikan step pertama.
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/greasemonkey/

Seterusnya, pergi ke laman web script untuk IM Facebook ni. selepas tu tekan button Install.
http://userscripts.org/scripts/show/107159

Nanti Greasemonkey akan keluar macam gambar di bawah ni. Tekan Install.


Selepas install tutup dan buka balik tab Facebook korang. Hasilnya korang dah kembalikan sistem IM Facebook Chat yang baru kepada yang lama.


Kalau korang tetiba rindu nak tukar kepada IM Facebook yang baru balik, cuma pergi ke tab Facebook dan pergi ke Tools>Greasemonkey dan untick Facebook Sidebar Chat Reversion.


Tingkatkan Lagi Kelajuan Internet Dengan DNS



Adakah internet korang sudah cukup laju? Sebenarnya ia bergantung dengan banyak perkara termasuk penyelenggaraan komputer, perkhidmatan internet yang digunakan atau cara kita menggunakan komputer.

XLAWS pun baru-baru ni ada masalah dengan speed internet. Nak surfing internet bagai macam haram je. Dah surfing internet lambat apatah lagi nak download atau update blog ni. Memang serius menguji kesabaran. Kaedah yang XLAWS nak tunjuk kali ni adalah untuk mempercepatkan internet, mungkin tak kurang tak banyak berbezaannya. Tapi sekurang-kurangnya internet kita ni ada la perubahan kelajuaannya. XLAWS tak pasti korang buat menjadi atau tak, setakat ni XLAWS guna memang berkesan dan lebih cepat dari sebelumnya.

Tutorial kali ni kita cuma nak cari DNS mana yang lagi laju. Jadi, di bawah ni XLAWS ada sediakan pembekal DNS serta IP nya.

Google = 8.8.8.8, 8.8.4.4
Open DNS = 208.67.222.222, 208.67.220.220
Norton = 198.153.192.1, 198.153.194.1
DNS Advantage = 156.154.70.1, 156.154.71.1
Comodo = 156.154.70.22, 156.154.71.22
DNS Resolvers = 205.210.42.205, 64.68.200.200

Untuk menyemak DNS mana lagi laju, kita guna software namebench (software percuma & portable). Gambar di bawah XLAWS telah memasukkan kesemua DNS di bar Nameservers. Selepas selesai masukkan DNS, klik Start Benchmark. Proses ni agak memakan masa dan speed internet sikit. Jadi korang kena la bersabar ye.


Apabila selesai je proses tadi, terus dia akan buka result tadi di internet browser korang. IP dari DNS Google juga yang laju. Untuk cara nak tukar DNS korang sila ikut entri ni Bypass Sekatan Internet SKMM.


Inilah hasilnya, DNS Google adalah antara yang terpantas dari DNS yang lain-lain. (Sila klik kanan di gambar & pilih open new tab untuk lihat dengan lebih jelas).

Update (13/8/2011)
Kalau korang musykil nak masukkan IP DNS, korang bole copy & paste kat bar Nameservers.
8.8.8.8, 8.8.4.4, 208.67.222.222, 208.67.220.220, 198.153.192.1, 198.153.194.1, 156.154.70.1, 156.154.71.1, 156.154.70.22, 156.154.71.22, 205.210.42.205, 64.68.200.200



Korang boleh juga tukar-tukar IP DNS dengan cara mudah dengan menggunakan software DNS Jumper. Cara guna senang je. Korang mesti paham bila mencuba software ni.


DOWNLOAD




OSHIRIX 2011



Sebelum ni XLAWS ada buat entri mengenai Oshirix: OS Ciptaan Anak Tempatan. Untuk entri kali ni pula kira update dari yang entri lepas. Oshirix sekarang sudah makin berkembang dan bertambah maju dengan release terbarunya OSHIRIX 2011, interface dan sistem pun sudah bertambah mantap!. Apa lagi jom kita download dan cuba apa yang special pada OSHIRIX 2011 ini. Terima kasih Mambang! =D


OSHIRIX 2011 telah pun siap dan telah release. Masih lagi menggunakan Debian Squeeze sebagai asas. Namun tidak semua pembaharuan pada Debian Squeeze diguna-pakai oleh Oshirix 2011. Contohnya, Oshirix 2011 masih mengekalkan sysvinit berbanding insserv agar pengguna lama Debian tidak terkeliru. Oshirix 2011 juga masih mengekalkan grub-gfxboot berbanding grub2.

Oshirix 2011 kali ini bersaiz lebih besar iaitu sekitar 1.7GB. Ini bermakna lebih banyak aplikasi yang dimuatkan.


Antara aplikasi baru yang diperkenalkan ialah:


Banyak lagi software baru, tapi kalau korang nak tahu lebih lanjut sila layari website di bawah.

DOWNLOAD
(Torrent & Direct Download)




Tukar Theme Windows Dengan CustoPack!




Pertama sekali XLAWS nak ucapkan terima kasih kepada saudara Saya Shamil kerana dia lah memperkenalkan kepada XLAWS cara baru install theme Windows. Senang pulak tu dengan beberapa klik je. Memang puas hati habis! Theme dia semua perfect!. XLAWS ucapkan terima kasih sekali lagi kepada beliau. Hahaha =D

CustoPack merupakan sebuah software yang berfungsi dengan menukar theme Windows XP/Vista/7. Dengan ini proses untuk install theme amat mudah kerana ianya install secara automatik. Sebenarnya sama macam install theme dengan menggunakan TuneUp Utilities. Cuma, TuneUp tak install beberapa visual styles dari theme yang kita pilih. Memang tak lengkap. Kalau menggunakan CustoPack ni memang 100% lengkap sebab mereka telah menyediakan banyak special theme yang mereka ni design sendiri di laman web mereka.

Apa yang korang perlu buat pergi ke laman web CustoPack di bawah dan download software tersebut.
http://www.custopack.com/

Di bawah ni video tutorial turut disertakan sekali.



Hasilnya, macam gambar theme XLAWS punya di bawah ni. Memang cantik!! ♥_♥


Counter Strike Xtreme V6




Counter Strike Xtreme adalah hasil dari kerjasama CS (Counter Strike), CF (Crossfire), PB (Point Blank). Dan versi terbarunya mempunyai banyak penambahan seperti:

  • Terdapat 19 karakter yang berbeza.
  • Terdapat 20 Riffles yang hebat.
  • Terdapat Dual Kriss di Machine Gun.

Game ini ada 6 mod, iaitu:
  • Normal Mode
  • Team Match (Death Match)
  • Ghost Mode
  • Zombie Mode 3
  • Zombie Scenario (Survival)
  • Zombie Unite

Minimum System Requirements:
OS: Windows XP/Vista/7
Processor: 2.0Ghz & above
RAM: 1GB
Hard Disk: 2GB
Graphic Card: 512MB & above

Screenshot


Metadata Missing Error Fix
Go to my computer open C:\Program Files\Counter-Strike Xtreme V6 then run Half-Life MS DOS batch file and go to option video change renderer to OPENGL then Apply Exit Half-Life then run Counter-Strike Xtreme V6.


Angry Birds Rio v1.1.0




Info
The Angry Birds have been captured, caged, and taken to Rio! There they meet new friends, and work together to make their escape from a desolate grey warehouse to the lush green jungle. Help the Angry Birds escape and beat their captors by bombarding the evil marmosets and smashing all obstacles in the way!.

Screenshot


Note: Those of you getting an msvcr100.dll error, use DDL Fix. Readme files included, enjoy!. Copy msvcr100.dll and paste to C:\Windows\System32.

DOWNLOAD
(Mediafire)




Cara Paling Mudah Update Drivers Windows



Tutorial kali ini dibawakan khas untuk zul yang ingin menyelesaikan masalah macam mana nak update driver graphic card Nvidia Geforce G105M beliau. Tanpa membuang masa jom ikut tutorial ni.

Note: XLAWS pakai graphic card ATI Mobility Radeon HD 4500 Series. Tapi tak kisah la sebab cara nak update pun sama.

Pertama sekali pergi Control Panel > Hardware and Sound > Device Manager. Cari Display adapters dan tekan kanan pada jenis graphic card anda dan pilih Update Driver Software...


Pilih Search automatically for updated driver software.


Proses update sedang berjalan.


Dah siap update driver. Senang je kan? =D


Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS