Sila Berhati-Hati Membeli Pendrive Kingston 32GB



(Gambar sekadar hiasan)

Artikel ini dipetik dari blog buaya-merah yang ingin menceritakan pengalaman beliau dan mengingatkan kita supaya perlu berhati-hati apabila kita ingin membeli pendrive Kingston 32GB. Memang  amat berguna info ini!. XLAWS mengucapkan terima kasih kepada pemilik blog tersebut kerana sudi memberitahu hal ini.

Kisah Membeli Pendrive
Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan Kingston 32GB hanya RM50!! Biar betul?!!. Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50. Aik, biar betul?!!.

Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung pendrive 32GB ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 - 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah.

Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32GB ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 GB telah dicompress agar dibaca 32GB. "Non-existent sectors" dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.

Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar, maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, "Fake Product" ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.

Anda kena berhati-hati!!

Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32GB. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32GB. Juga di Properties tertera 32Gb!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1GB, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah "transfer speed" juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di pendrive dan memerlukan format walaupun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya!!!.

Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami "bad sector" yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512KB atau 1GB atau 2GB sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1GB hanya RM10 sahaja di pasaran!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR!!.

Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu "Missing" atau "Corrupted" bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di copy tetapi tidak boleh di paste langsung, seolah-olah menjadi "read-only file".

Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256GB (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32GB original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website!!.



We Appreciate Your Comments

17 Respones to "Sila Berhati-Hati Membeli Pendrive Kingston 32GB"

Anonymous said...

kena berhati-hati nie!! bahaya!!


June 9, 2011 at 5:20 PM
Ahmad Fikrizaman said...

Tak pernah kena lagi macam ni.. nasib baik..


June 9, 2011 at 6:56 PM
N i s s s a said...

nasib baik tak beli lagi ! ! ! :P


June 9, 2011 at 6:58 PM
XLAWS said...

Beli pendrive besar2 tak berbaloi sbb harga RM 166. baik beli ext hard disk Seagate Expansion/WD Element 500GB RM169 cuma kena +RM 3 je dah dpt kapasiti lagi besar, transfer speed pown laju jek!.


June 9, 2011 at 8:07 PM
arenafon said...

bagus info nih....aku pun teruja kalau harga macam tuh....


June 9, 2011 at 8:29 PM
V3x said...

nmpak beno cerdiknye~ hehe.. kt tmpt aku external hdd 640gb 180 je.. gle tol pendrive neh


June 9, 2011 at 9:04 PM
Cik Jannah said...

baik beli tera kan daam?


June 10, 2011 at 1:36 PM
XLAWS said...

bagus gak idea tu.tp kalau tera maw gak la RM 300++


June 10, 2011 at 1:59 PM
Anonymous said...

BOIKOT KINGSTON!!!!!!!!


June 10, 2011 at 11:24 PM
Asch said...

nasib baek aku guna external hdd je skrg


June 11, 2011 at 5:35 PM
Arya Putra said...

aku dah pernah kena masa beli i-phone tiruan dari china..masa tu ayah aku baru balik dari sana jadi dia belikan la aku henpon 'i-phone' versi china tu..tengok memori 32 GB..sekali dah lama sikit aku guna, rosak, restart henpon tuh, tinggal 2 GB je! shilakeeeeeee....=P


June 13, 2011 at 11:55 AM
XLAWS said...

Anon: susah nak boikot Kingston. sbb 1 dunia pakai jenama nie.

Asch: idea bernas bro.hehe

Arya Putra: China memang segala teknik copy dia taw. pasnie kene lebih berhati-hati kalo nak beli brg made in mana dan 1 lg yg 32GB. huhu


June 17, 2011 at 2:27 PM
wK said...

Nice Info XLAWS..

Lepas ini, lau nak beli pendrive kena try copy files ar at pendrive tu.. tue pun lau penjual bg test. hehe


August 6, 2011 at 2:14 AM
XLAWS said...

lepas ko beli, 1st thing yg ko kene buat format terus pendrive tu. pastu try boleh transfer data ke x. kalo x bole kasi pulang la.hehe


August 6, 2011 at 11:37 AM
myfadzli said...

dari pakai pendrive 32Gb baik pakai external terus... sebenarnya pendrive 4Gb pon dah mencukupi kalau nak pakai.. huhu.. kalau nak pakai lebih, external jela membantu... papehal nice info bro..


August 20, 2011 at 6:18 AM
Anonymous said...

aku ada beli 1 pendrf 32gb.. pasar pudu.. mmg 32gb..hrga rm23 jer.. beberapa kali format tetap 32gb.. lpas tu rmai kwn2 aku nk beli.. rasanya dekat 10 biji dah..semuanya ok.. aku dah letak 20gb ++ .. xde msaalah...


April 1, 2012 at 1:10 AM
XLAWS said...

bertuah betul ko. boleh buat duit ni. beli murah, pstu jual mahal. untung2.


April 2, 2012 at 8:38 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS