Oshirix: OS Ciptaan Anak Tempatan



Pernah dengar Oshirix?  Ia tidak sepopular Windows 7, Mac OSX Snow Leopard, Ubuntu Linux, Fedora dan seumpamanya. Namun disebaliknya itu terdapat keistimewaan yang sukar dicabar kerana ia ciptaan anak tempatan menggunakan nama samaran Mambang dan ianya dibina from scratch!. Mambang telah menerbitkan versi baru Oshirix iaitu Oshirix Squeeze dan screenshotnya boleh dilihat dibawah.


Oshirix Squeeze secara default menggunakan persekitaran desktop LXDE, yang super ringan dan pantas. Dalam sesi stanby mode (tidak menggunakan apa-apa perisian), penggunaan memorinya adalah sekitar 70 MB dan ini merupakan penyelemat besar kepada komputer lama yang terkial-kial menggunakan OS Windows XP.

Bagaimana Untuk Dapatkan CD?

Komuniti Mambang menyediakan ISO livecd ini untuk dimuat turun oleh pengguna.

Para pengguna boleh burn Live CD/DVD ini ke dalam sekeping CD/DVD kosong dengan menggunakan software burn CD seperti Nero, ataupun cara paling senang dengan menggunakan Pendrive. Sila lawati laman web di bawah:

http://www.pendrivelinux.com/


Boleh Guna Modem 3G Di Oshirix?
Dalam Oshirix Squeeze, ada dimasukkan driver/module untuk modem seperti berikut:

libmm-plugin-option.so
libmm-plugin-mbm.so
libmm-plugin-huawei.so
libmm-plugin-gobi.so
libmm-plugin-anydata.so
libmm-plugin-novatel.so
libmm-plugin-nokia.so
libmm-plugin-sierra.so
libmm-plugin-zte.so
libmm-plugin-hso.so
libmm-plugin-generic.so
libmm-plugin-longcheer.so
libmm-plugin-moto-c.so

Oshirix Support MP3 Ke?
Dalam Oshirix, kami memasukkan pemain media percuma seperti SMPlayer & Mplayer yang support pelbagai file audio dan video.

Ada CD Key Ke?
Nak buat apa dengan CD key, Opensource software tak payah CD key. Kecuali perisian yang berbayar. Jadi Oshirix tak perlukan CD key dan ia bukanlah OS trial 60 hari. Nak guna sampai PC korang rosak bagai pun tak apa.

Ada Microsoft Office Dalam Oshirix Tak?
Untuk kompilasi Oshirix, kami memasukkan Openoffice.org 3.2 iaitu suite pejabat dari SUN. Kami juga memasukkan pemproses perkataan yang kecil yang dikenali sebagai Abiword, serta Gnumeric sebagai perisian spreadsheet.

Walaubagaimana pun, sekiranya anda tidak berpuas hati atau tidak reti menggunakan Openoffice.org atau mana-mana software yang dinyatakan di atas, korang boleh install software Wine untuk install Microsoft Office tersebut.

Ada Tak Software Macam Movie Maker Untuk Edit Video Dalam Oshirix?
Kami datangkan Oshirix dengan software Kino yang boleh edit video.

Saya Berminat Untuk Install Ke Dalam Komputer, Tapi Saya Sayangkan Bill Gates & Produk Mereka. Bagaimana Caranya?

Korang semua boleh install Oshirix dengan dua cara iaitu:


    Hati-hati Ketika Menggunakan Cyber Cafe!



    Informasi ini saya postkan agar anda tidak terkena dengan ‘jerat’ teknologi sekarang. Hati-hatilah jika anda mengguna PC di tempat umum seperti Cybercafe ataupun Internet Cafe untuk akses internet. Cuba cek belakang PC yang anda sedang guna dan lihat apakah alat ini ada di belakang PC? Kalau ada jangan sesekali guna PC itu!


    Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yang terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yang telah ditaip oleh keyboard itu. Alat ini akan record apa yang dibuat. Kebanyakan alat ini sering diguna pakai di Internet Kafe, pameran, hotel dan lapangan terbang. Maka berhati-hatilah terutama anda yang menggunakan internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.


    Bagaimana alat ini berfungsi?
    Contohnya anda masuk/login ke account bank, setelah selesai anda pun logout seperti biasa dan meninggalkan PC. Walaupun PC anda sudah di offkan, alat itu dengan mudahnya untuk membuka account itu kembali dengan apa yang sebelumnya anda tekan dan di record alat tersebut, telah tersimpan di dalam Black Device.

    Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika ada sesuatu yang mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan internet di tempat umum untuk mengakses site penting. Semoga informasi ini berguna untuk anda semua dan mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan.

    Note: Beringatlah periksa belakang PC tu dulu OK? biar je tuan kedai tu nak cakap apa, janji akaun kita selamat.


    Cara Mengira Resolution




    Kali ni XLAWS nak tunjuk cara kira Resolution. Ini sesuai untuk para encoder yang nak upscale video. Contoh, dari 480p ke 720p. Kalau tersilap langkah pengiraan boleh menyebabkan video semakin kabur.

    Ok kembali kepada panduan utama. Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan resolution yang betul untuk menukar saiz video dengan mudah. Cuba tengok di bawah.

    CONTOH #1

    Contoh, korang menggunakan sumber video 1280x960 & korang nak kecilkan kepada 576p:

    1280 = 960
    x = 576

    Selepas itu cross multiply:

    1280x576
    = 737280

    737280/960
    = 768

    x = 768

    Result: 768x576

    Untuk check:
    1280/960 = 1.333
    768/576 = 1.333
    1.333 = 1.333

    Jadi, korang punya resolution 576p adalah 768x576.

    CONTOH #2

    Contoh, korang menggunakan sumber video 1280x720 & korang nak kecilkan kepada 400p:

    1280 = 720
    x = 400

    Selepas itu cross multiply:

    1280x400
    = 512000

    512000/720
    = 711

    x = 711

    Result: 711x400

    Untuk check:
    1280/720 = 1.77
    711x400 = 1.77
    1.77 = 1.77

    Jadi, korang punya resolution 400p adalah 711x400.

    CONTOH #3

    Contoh, korang menggunakan sumber video 1280x720 & korang nak kecilkan kepada 480p:

    1280 = 720
    x = 480

    Selepas itu cross multiply:

    1280x480
    = 614400

    614400/720
    = 853

    x = 853

    Result: 853x480

    Untuk check:
    1280/720 = 1.77
    853/480 = 1.77
    1.77 = 1.77

    Jadi, korang punya resolution 480p adalah 853x480.



    Hard Disk Pertama Di Dunia




    Kita sepatutnya berterima kasih kepada rakyat di IBM kerana teknologi Hard Disk semakin berkembang sejak mula diperkenalkan kira-kira setengah abad lalu serta dapat mengubah kehidupan kita. Hard Disk pertama yang dipanggil dengan nama 305 RAMAC. Ia diciptakan kepada dunia pada 4 September 1956.


    Hard Disk tersebut mempunyai kapasiti 5MB sahaja. Hanya mampu menyimpan 1 format lagu MP3.


    305 RAMAC mempunyai berat sebanyak 1 tan sehingga terpaksa hantar menggunakan perkhidmatan perkapalan. Hard Disk 305 RAMAC telah ditempatkan di muzium tetapi ia menakjubkan kerana telah berevolusi dari sebesar peti ais sehingga la sebesar tapak tangan kita serta mempunyai prestasi yang lebih jauh.


    IBM 305 RAMAC (Random Access Method of Accounting and Control) 1956 Spec:

    Capacities: 4,8 MB
    RPM: 1200 RPM
    First User: Chrysler’s MOPAR Division (1957)
    Total Unit Released: Over 1000 units until 1961.


    Minecraft, Game Terbaik!



    Minecraft adalah sebuah game sandbox yang menumpukan pada kreativiti pemain untuk mencipta bangunan-bangunan menggunakan kiub dalam sebuah dunia 3D yang tiada penghujung.


    Kita boleh bermain Minecraft secara single player, mahupun online. Untuk versi online, oleh kerana tidak adanya server Minecraft yang rasmi, kita harus connect ke private server milik pemain lain.

    Jangan hairan dengan grafik bermotifkan kiub di Minecraft, cuma bayangkan kita sedang membina sesuatu menggunakan LEGO block. Walaupun dengan grafik yang boleh dikatakan ketinggalan zaman, masalah ini tidak mengurangkan kreativiti para pemain untuk mencipta bangunan-bangunan yang sangat unik.


    Pencahayaan yang dinamik (tanpa obor, di bawah tanah akan sangat gelap), dan kesan air mengalir yang boleh ditetapkan oleh pemain (misalnya membuat saluran air) mempunyai daya tarikan tersendiri. Grafik sederhana ini juga boleh kita upgrade dengan mendownload texture High Definition yang banyak boleh ditemui di website.


    Lagu-lagu di Minecraft bagaikan piano yang cukup tenang pada siang hari yang dibuat oleh Daniel "C418" Rosenfeld. Sedangkan sound effect terasa mengganggu, terutama suara-suara kambing dan kerbau serta suara-suara raksaksa. Biasanya Minecraft kelihatan sepi, sehingga menghasilkan suasana menyeramkan ketika kita sedang menggali di bawah tanah.


    Untuk yang pertama kali bermain Minecraft, pasti akan bertanya: "Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan di Minecraft?" Untuk mode standard atau single player, konsepnya adalah seperti ini: kamu diletakkan di sebuah dunia yang luas, dan harus mencipta sebuah rumah/istana/markas besar di siang hari, sementara di malam hari kamu harus bertahan dari serangan zombie, skeleton, spider dan makhluk hijau yang boleh meletup yang dinamakan creeper.


    Bagaimana cara membuat rumah? Pada siang hari, kita mengumpulkan pelbagai bahan bangunan, seperti kayu, batu, pasir, sampai ke batu-batu berharga yang harus menggali di dalam tanah. Dengan bahan-bahan ini kita boleh melakukan crafting untuk mencipta dinding, pintu, tingkap, pedang, dan pelbagai alat untuk membantu kita menghalang dari serangan raksaksa. Pemain mempunyai sistem inventory (tempat simpan barang), sehingga barang-barang yang boleh dibawa terhad. Dengan membuat sebuah peti, kita boleh menyimpan barang-barang tersebut di rumah.


    Game ini termasuk salah satu game yang sukar jika kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan, belum dengan adanya raksaksa-raksaksa yang mudah membunuh para pemain. Itulah salah satu alasan kenapa banyak pemain yang pindah ke tahap "Peaceful", nak mudah crafting cari caranya di internet.


    Pada permainan multiplayer, konsepnya tetap sama, tapi bergantung dari server masing-masing. Jauhilah server yang mengizinkan pemain menghancurkan bangunan pemain lain. Memang tak seronok, yelah penat-penat kita siapkan bangunan senang-senang je mereka hancurkan. Tidak suka dengan server yang ada? Kita juga boleh membuat server sendiri.


    Sebagai sebuah game yang sederhana, Minecraft memerlukan prosesor dan memory yang cukup tinggi. Setakat ini tidak ada spesifikasi tetap untuk bermain Minecraft, yang pasti prosesor di bawah 2Ghz dan memory 1Gb itu sangat rendah. Minecraft juga tidak stabil dan sering crash ketika bermain multiplayer.


    Minecraft, sebuah game dengan konsep sederhana, sebuah dunia di mana anda boleh melakukan apa saja. Siapa sangka kalau game ini setakat mengumpulkan bahan, membuat bangunan dan bertahan dari serangan raksaksa ternyata berasa ketagih? Setiap kali kita main pasti mencari perkara baru yang membuat game ini semakin menarik.


    Korang juga boleh lawati website Minecraft di bawah ni.
    http://www.minecraft.net/


    GTA V Sedang Dalam Pembikinan



    Menurut sebuah sumber yang tidak mahu disebutkan, Rockstar Games sedang mengusahakan siri berikutnya dari Grand Theft Auto. Grand Theft Auto V sudah mencapai tahap penyelesaian, hanya tinggal beberapa setting lagi.


    Sumber tersebut juga menyatakan bahawa GTA V berkemungkinan besar akan dilancarkan pada tahun 2012. Rockstar sendiri belum memberikan komen mengenai setting GTA V, ataupun mengenai apakah game tersebut sedang dalam pembikinan atau tidak.

    Jika hal ini benar, Rockstar mengembalikan gameplay yang fun ala GTA San Andreas tapi dengan grafik yang lebih baik lagi dari GTA IV.


    Trojan Di Mac OS




    SophosLabs dilaporkan telah mengenal pasti pelbagai modifikasi dari darkComet terkenal Remote Access Trojan (RAT) terkenal yang muncul untuk menyerang komputer dengan sistem Mac OS X.

    Walaupun blackhole RAT belum siap untuk penyebaran, Trojan jahat versi Mac OS X ini mampu menjadi penunjuk programmer peningkatan virus produk Apple, yang selama ini terkenal sangat ketat terhadap serangan virus.

    Dilancarkan melalui TG Daily, Isnin (28/2/2011), Sophos Senior Security Advisor Chester Wisniewski, menjelaskan ini memiliki fungsi meliputi:

    • Menempatkan file teks pada desktop.
    • Mengarah shutdown, restart atau ‘Sleep’.
    • Menjalankan arahan shell secara mudah.
    • Membuatkan skrin penuh dengan mesej yang membuatkan korang untuk restart PC.
    • Mengirim URL kepada client untuk membuka 1 laman palsu iaitu bertujuan phising. (kira korang ni nanti jadi mangsa phising)

    “Saya Trojan Horse, jadi saya telah menjangkiti komputer Mac Anda. Saya tahu, kebanyakan orang berfikir Mac tidak mungkin akan dijangkiti oleh virus. Tapi lihatlah, anda SUDAH dijangkiti!”. Itulah dia mesej yang keluar ketika Mac dijangkiti virus tersebut.

    Sebagai peringatan Wisniewski, Trojan seperti blackhole RAT selalu diedarkan melalui download software & torrent.



    Anime Hang Tuah Bakal Keluar Pada 2011/2012



    (Updated from 10/22/2010)

    Hang Towa

    OK siapa disini peminat anime? Siapa suka anime Afro Samurai, Blood The Last Vampire Vandred , Full Metal Panic , Blue Submarine No 6 dan Gatekeeper? Ada berita baik untuk anda. Studio GONZO yang bertanggungjawab melakukan animasi untuk anime diatas akan mengeluarkan siri anime 26 episod bertajuk Satria - The Warriors of the 7 Elements. Anime ini bakal diarahkan oleh Hiroyuki Kitakubo, pengarah yang terkenal dengan anime Blood The Last Vampire.


    Satria adalah anime yang menggunakan mitolosi dan legenda dari Asia Tenggara sebagai basis storyline mereka. Gonzo mematerai perjanjian 3 hala bersama dengan studio animasi FUNCEL Malaysia dan juga FINAS. Anime ini dijangkakan bakal ke udara pada tahun 2011/2012 nanti. Berkemungkinan mempunyai 26 episode dan 24 minit untuk setiap episode.

    Sebagai teaser Hiroyuki Kitakubo mengtweet lakaran watak utama Satria beberapa hari yang lalu. Cuba teka apa nama karakter dibawah ini?


    Ini ialah Hang Towa. Yep! Hang Tuah versi Jepun!. Gagah perkasa!. Mesti gempak Hang Tuah bercakap dalam bahasa Jepun dan kelihatan tak macam Melayu!. Tapi siapa kisah, asalkan jalan cerita tak lari dari sejarah asal dan perwatakan dan sifat utama beliau.

    Berikut Adalah Rekaan Watak Anime Tersebut

    Pakaian rasmi mereka kelihatan baik dan sesuai dengan gaya tempatan kita!

    Mereka ni mungkin penjahat. Tengok cara pakaian pun dah tahu.


    Sejarah 5 Generasi Komputer



    Setiap generasi komputer dicirikan oleh pembangunan utama teknologi yang mengubah cara komputer beroperasi, menyebabkan peranti yang semakin kecil, lebih murah, lebih berkuasa dan lebih cekap dan boleh dipercayai.


    Sejarah pembangunan komputer sering disebut dalam rujukan kepada generasi yang berbeza peranti pengkomputeran. Setiap generasi komputer dicirikan oleh pembangunan utama teknologi yang mengubah cara komputer beroperasi, menyebabkan peranti yang semakin kecil, lebih murah, lebih berkuasa dan lebih cekap dan boleh dipercayai. Baca tentang setiap generasi dan perkembangan yang membawa kepada peranti semasa yang kita gunakan hari ini.

     Generasi Pertama Tiub Vakum (1940-1956)


    Komputer mula digunakan tiub vakum untuk gendang dan litar magnetik untuk memori, dan selalu besar, mengambil seluruh bilik. Mereka sangat mahal untuk mengendalikan dan di samping menggunakan banyak tenaga elektrik, menghasilkan banyak haba, yang sering menyebabkan kerosakan.


    Komputer generasi pertama bergantung kepada bahasa mesin, bahasa paling rendah peringkat pengaturcaraan difahami oleh komputer, untuk melakukan operasi, dan mereka hanya dapat menyelesaikan satu masalah pada satu masa. Input adalah berdasarkan kad menumbuk dan pita kertas, dan output telah dipaparkan pada cetakan.

    Komputer ENIAC dan UNIVAC adalah contoh alat-alat komputer generasi pertama. UNIVAC ini merupakan komputer komersial pertama yang disampaikan kepada pelanggan perniagaan, Biro Banci Amerika Syarikat pada tahun 1951.

    Generasi Kedua (1956-1963) Transistor


    Transistor menggantikan tiub vakum dan diiringi dalam generasi kedua komputer. Transistor telah dicipta pada tahun 1947 tetapi tidak melihat penggunaan secara meluas dalam komputer sehingga akhir 1950-an. Transistor itu jauh lebih tinggi daripada tiub vakum, membenarkan komputer menjadi lebih kecil, lebih cepat, lebih murah, lebih cekap tenaga dan lebih dipercayai daripada pendahulunya generasi pertama mereka. Walaupun transistor masih menghasilkan banyak haba yang memudahkan komputer kepada kerosakan, ia merupakan peningkatan besar berbanding tiub vakum. Komputer generasi kedua masih bergantung pada kad tebuk untuk input dan cetakan untuk output.


    Komputer generasi kedua berpindah dari binari samar bahasa mesin dengan bahasa simbolik, atau perhimpunan, yang membenarkan pengaturcara untuk menentukan arahan dalam perkataan. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi juga sedang dibangunkan pada masa ini, seperti versi awal COBOL dan FORTRAN. Ini juga merupakan komputer pertama yang disimpan arahan dalam ingatan, mereka yang berpindah dari gendang kepada teknologi magnet teras magnet.

    Komputer generasi kedua ini telah dibangunkan bagi industri tenaga atom.

    Generasi Ketiga (1964-1971) Litar Bersepadu


    Pembangunan litar bersepadu adalah lambang generasi ketiga komputer. Transistor telah miniaturized dan diletakkan di atas cip silikon, yang disebut semikonduktor, yang secara drastik meningkatkan kelajuan dan kecekapan komputer.


    Daripada menumbuk kad dan cetakan, pengguna berinteraksi dengan komputer generasi ketiga melalui keyboard dan monitor dan diantaramukakan dengan sistem operasi, yang membenarkan peranti untuk menjalankan aplikasi yang berbeza pada satu masa dengan program utama yang dipantau memori. Komputer untuk pertama kalinya menjadi diakses oleh khalayak ramai kerana mereka lebih kecil dan lebih murah daripada senior-senior mereka.

    Generasi Keempat (1971-Sekarang) Mikropemproses


    Mikropemproses membawa generasi keempat komputer, seperti beribu-ribu litar bersepadu telah dibina ke dalam cip silikon tunggal. Apa dalam generasi pertama diisi bilik keseluruhan kini boleh muat dalam tapak tangan. Intel 4004 cip, yang dibangunkan pada tahun 1971, yang terletak semua komponen komputer dari unit pemprosesan pusat dan memori untuk input/output kawalan-pada cip tunggal.

    Pada tahun 1981 IBM memperkenalkan komputer pertamanya untuk pengguna rumah, dan pada tahun 1984 Apple memperkenalkan Macintosh. Mikropemproses juga berpindah daripada alam komputer meja dan dalam banyak bidang kehidupan sebagai lebih dan lebih banyak produk setiap hari mula menggunakan mikropemproses.


    Oleh kerana komputer kecil menjadi lebih berkuasa, mereka boleh dikaitkan bersama-sama dengan rangkaian bentuk, yang akhirnya membawa kepada pembangunan Internet. Komputer generasi keempat juga menyaksikan pembangunan GUIs, tikus dan peranti pegang tangan.

    Generasi Kelima (Present and Beyond) Kepintaran Buatan


    Kelima peranti komputer generasi, berasaskan kecerdasan buatan, masih dalam pembangunan, walaupun terdapat beberapa aplikasi, seperti suara, yang digunakan hari ini. Penggunaan pemprosesan selari superkonduktor dan membantu untuk membuat kecerdasan buatan realiti. Kuantum pengiraan dan molekul dan nanoteknologi radikal akan berubah wajah komputer pada tahun-tahun akan datang. Matlamat komputer generasi kelima adalah untuk membangunkan peranti yang bertindak balas terhadap input bahasa asli dan dapat belajar dan organisasi sendiri.

    Kecerdasan buatan (AI) merupakan kepintaran mesin dan cabang sains komputer yang bertujuan untuk mewujudkan itu. Buku teks AI menentukan bidang sebagai "kajian dan reka bentuk agen pintar" di mana ejen yang bijak adalah sistem yang menganggap alam sekitar dan mengambil tindakan yang memaksimumkan peluang mencapai kejayaan. John McCarthy, yang dicipta jangka pada tahun 1956, mendefinisikan ia sebagai "sains dan kejuruteraan membuat mesin pintar."


    Bidang ini diasaskan pada tuntutan bahawa harta tengah manusia, kebijaksanaan-kebijaksanaan yang Homo sapiens-boleh jadi tepat diterangkan bahawa ia boleh simulasi oleh mesin. Ini menimbulkan isu falsafah mengenai sifat minda dan etika mencipta makhluk buatan, isu-isu yang telah ditangani oleh fiksyen mitos, dan falsafah sejak zaman kuno. Kecerdasan buatan telah menjadi keyakinan, tetapi juga telah mengalami pelbagai rintangan dan, hari ini, telah menjadi bahagian yang penting dalam industri teknologi, menyediakan mengangkat berat bagi banyak masalah yang paling sukar dalam sains komputer.


    AI penyelidikan adalah sangat teknikal dan khusus, sangat dibahagikan kepada subfields yang sering gagal untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Subfields membesar di institusi tertentu, kerja penyelidik individu, penyelesaian masalah tertentu, perbezaan lamanya berpendapat tentang bagaimana AI perlu dilakukan dan penggunaan secara meluas alat berbeza. Masalah utama AI termasuk ciri-ciri seperti pemikiran, pengetahuan, perancangan, pembelajaran, komunikasi persepsi, dan kebolehan untuk bergerak dan memanipulasi objek. Ketua perisikan (atau "kuat AI") masih antara matlamat jangka bidang yang panjang.


    Jepun Negara Komputer Tercepat Di Dunia




    Jepun terus menjadi negara pengembang komputer paling cepat di dunia. Pengembangan super komputer terus bersaing. Kali ini gelaran super komputer paling pantas di dunia dipegang oleh Jepun yang bernama K Computer. Gelaran ini dilakukan oleh Top 500 Supercomputing List dalam sebuah persidangan di Hamburg, Jerman.

    Japan K Computer dikatakan mampu memproses lebih dari 8 quadrillion per second (petaflop/s). Hasil ini mengalahkan pencapaian yang dilakukan oleh super computer Tianhe-1A yang sebelum ini mencatatkan kelajuan memproses sebanyak 2.6 petaflop/s.

    K Computer telah dibangunkan oleh syarikat Fujitsu. Peranti yang ditempatkan di RIKEN Advanced Institute For Computational Science, Kobe, Japan itu dilengkapi lebih dari 80 ribu unit CPU yang masing-masingnya diperkuatkan lagi dengan 8 core.


    Prestasi tersebut sekaligus membuatkan Jepun mengalahkan China yang mempunyai super computer Tianhe-1A bertempat di National Supercomputing Center In Tianjin, China. Kali terakhir komputer buatan Jepun itu pernah meraih gelaran super computer di dunia pada tahun 2004 yang bernama NEC Earth Simulator.

    Berikut adalah senarai super komputer yang paling pantas menurut Top 500 yang diambil dari Cnet, Senin (20/16/2011):

    • K Computer dengan kepantasan 8 petaflop/s, ditempatkan di RIKEN Advanced Institute For Computational Science, Kobe, Jepan.
    • Tianhe-1A, 2.6 petaflop/s, National Supercomputing Center di Tianjin, China.
    • Jaguar, 1.75 petaflop/s, Oak Ridge National Laboratory, AS.
    • Nebulae, 1.27 petaflop/s, National Supercomputing Center di Shenzen, China.
    • Tsubame, 1.19 petaflop/s, Tokyo Institute of Technology, Jepan.


    Permainan Berahi Remaja Pada Masa Kini



    Zaman teknologi dan zaman koridor maklumat ini. Internet menjadi saluran paling manfaat dan juga paling berbahaya. Kebijaksanaan kita sendirilah yang mengawal diri kita dari macam-macam unsur yang tidak sihat.


    Permainan Berahi dan Panas.
    Mainan berahi, permainan yang diadaptasi  dari rancangan realiti seks kini menjadi  kegilaan remaja zaman ini. Yang lebih parah, para remaja boleh terus memuat turun game tersebut secara percuma. Tidak menggunakan elemen Hentai atau kartun tetapi lebih membahayakan adalah  ia menggunakan visual manusia. Yang menyedihkan, mangsa-mangsa alat-alat Porno ini terdiri kalangan remaja yang sudah biasa dengan bahan-bahan lucah. Telefon yang semakin canggih dan menyediakan aplikasi mudah lagi memudahkan mereka untuk mendownload games sebegini.

    Contohnya


    Pendakwah bebas, Datuk Hasan berkata. Melihat dan bermain alatan lucah seperti permainan video seperti itu adalah perbuatan maksiat. ”Cara mengatasi mereka (remaja) adalah mendekatkan diri dengan Allah. Iaitu menunaikan solat . Solat bertujuan mencegah menusia dari perbuatan perkara mungkar, jika mereka masih tegar melakukan maksiat bermakna ibadat itu tudak dihayati sepenuhnya. ”Orang beramal dengan sempurna sudah pasti medapat keberkatan dan terhindar daripada melakukan maksiat. Allah memberi jaminan jika manusia mengawal kualiti solat dengan baik dan ia memberikan kekuatan dalamn. ”jadi menusia yang tersilap langkah mereka perlu kembali bertaubat.

    Jadi terpulanglah kepada diri anda. Kebijaksanaan diri anda yang mengawalnya.
    Orang yang berakal waras boleh mengenal  mana yang baik dan buruk.

    -Wira Azhar


    RM 1.8 Juta Untuk Laman Facebook?



    Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

    Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

    “Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.


    Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

    Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

    “Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.


    Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

    Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.

    Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.

    "Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya.


    Bypass Sekatan Internet SKMM




    Baru-baru ni kecoh dengan masalah SKMM sekat website seperti yang ada di bawah ni.


    Meskipun mereka sekat laman web berkenaan mesti ada jalan penyelesaiannya. Tanpa membuang masa jom ikut tutorial XLAWS ni.

    Klik kana ikon wireless tu dan pilih Open Network and Sharing Center.


    Klik Wireless Network Connection seperti di dalam kotak merah tu.


    Tekan Properties.


    Pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4).


    Tukarkan DNS Server anda seperti gambar di bawah:

    208.67.222.222
    208.67.220.220

    dan klik OK.


    Blog Fansub XLAWS

    J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
     
    Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS