Tips Untuk Elak Akaun Facebook Kena Hack



(Gambar sekadar hiasan) XD

XLAWS nak beri sedikit sebanyak tips untuk mengelakkan FB korang kena hack oleh hacker di luar sana tu. Sekurang-kurangnya korang tahu macam mana nak atasi daripada hacker ni. Kang tak pasal-pasal kena hack oleh Jack Sparrow macam gambar kat atas tu.

  • Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extension Firesheep. Jadi, sila hati-hati dengan extension Firesheep.
  • Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pelik dan pemendek seperti http://goo.gl/M3lNj, http://bit.ly/Y97B, http://adf.ly/Zpk dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pelik dan pemendek tersebut. Jadi, berhati-hati la.
  • Gunakan Antivirus yang berkesan seperti Microsoft Security Essentials, Kaspersky Internet SecurityKaspersky PURE dan selalu update.

  • Gunakan Software Firewall yang berkesan seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu update.
  • Selalu scan komputer anda dengan Antivirus yang berkesan dan selalu dikemaskini bagi membuang sebarang perisian jahat.
  • Password mestilah kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol seperti askjyskjthsgafqkldshbd920!%{}. Jangan ambil perkataan dalam kamus sebagai password.
  • Selain itu, elakkan menggunakan tarikh lahir, nama teman wanita, nama keluarga, nombor telefon, nama ibu, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya sebagai password.
  • Memanfaatkan setting Account Security di akaun Facebook anda seperti di sini.
  • Berhati-hati dengan menggunakan Wi-Fi yang diragui keselamatannya seperti di kafe siber, kedai kopi, kolej, universiti, restoran, hospital dan sebagainya untuk log in akaun Facebook anda.
  • Jangan mendaftar di laman web yang lemah sekuritinya dan diragui keselamatannya seperti mendaftar di laman web jiwang.org dan sebagainya.
  • Jangan pamerkan alamat e-mel anda di ruangan Info di Akaun Facebook anda.
  • Jangan klik sebarang link yang dihantar ke alamat e-mel anda yang diragui keselamatannya. Sila periksa dahulu siapa pengirim e-mel tersebut sebelum klik link tersebut.
  • Berhati-hati ketika online Facebook anda di kafe siber.
  • Jangan menjadi mangsa keylogger. Sila gunakan Antivirus seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE untuk scan jika ada keylogger yang menusup masuk ke sistem komputer anda.
  • Jangan install sebarang perisian crack ke dalam komputer anda. Jika hendak crack sebarang perisian, gunakan serial number dan bukannya keygen.
  • Jangan cari gaduh atau cabar dengan HACKER!.

Note: Tips di atas sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko akaun Facebook anda daripada kena hack dengan hacker. Akhir kata, stay safe!. =D



We Appreciate Your Comments

13 Respones to "Tips Untuk Elak Akaun Facebook Kena Hack"

Ahmad FIkrizaman said...

Betul tu... Kalau pakai linux selamat kan.. Tak payah nak pakai antivirus.. Tapi mungkin nanti akan ada jugak virus kat linux.. Firesheep untuk hacker script kiddies je.. Aku tengok depan mata hacker tu nama Syed Zainudeen dia buat extension sendiri berdasarkan firesheep dengan nama cookies... Firesheep boleh pakai kat windows ngan mac dengan NIC tertentu ja lagipun khas untk WiFI je... Tp Cookies dia tu boleh pakai kat linux, windows, wifi dan juga wired lan.. Hebat gila.. AKu tengok depan mata aku dia hack facebook cina mana ntah.. tak lama ps2 facebook pmpuan mlayu pulak... haizzz... menakutkan.. Dia pegi lawan hacking dengan xshimex (admin TBD.my).. Dia dapat no3.. Tak tau sebab apa.. Tapi markah tempat pertama, kedua dan ketiga sama.. takde beza satu pun..


May 18, 2011 at 3:34 PM
Asch said...
This comment has been removed by the author.
XLAWS said...

Fikri: btul tu, linux x lama lagi mesti boleh kena tembus dgn virus gak. Manusia ni otak mereka semua hebat2 belaka. Syed Zainudeen aku x kenal pulak. ada info dia kat google x? aku cari banyak nama sama... Firesheep tu memang bahaya la. senang2 je hack fb orang. huhu

Asch: Kalau betul2 nak test power boleh la cabar hacker. haha
Firesheep tu memang melampau gak function dia tu. senang2 je hack fb orang. huhu


May 18, 2011 at 4:09 PM
Asch said...

Perghh, bro guna firesheep ni memang senang gila, aku dah try =_=
Betul jangan carik pasal ngan hackers,
tak ada apa yang hackers tak bole hack~
Firesheep nampaknya lebih senang nak guna dari guna phishing atau spy~
dan sebenarnya kita yg kasi permission kat hackers tanpa kita sedari~


May 18, 2011 at 4:14 PM
Asch said...
This comment has been removed by the author.
Asch said...

bro lagi satu cara nak avoid firesheep guna blacksheep an?


May 18, 2011 at 4:18 PM
Arya Putra said...

bagus..bagus..bagi kesedaran sikit kat masyarakat..jangan biarkan hidup anda diselubungi..ah..lu pk la sndiri..heheheh!


May 19, 2011 at 2:51 PM
Aliya said...

Thanks for the tips..


June 7, 2011 at 5:17 PM
Anonymous said...

boleh tau fb sapa yg syed zainudeen tu dah hacks?


June 18, 2011 at 5:27 PM
Anonymous said...

http://speechless009.blogspot.com/2011/09/avoid-your-facebook-account-hacked.html
come and see and follow and comment


October 1, 2011 at 2:52 AM
SyaKi||3r said...

takut dong.. kena lebih berhati-hati..


November 8, 2011 at 2:27 PM
Woop said...

Ceh...FB aku br je kena hack dgn jack sparrow. dye deface aku nyer FB. wakakaka....trbaek ko JS. tp xpe aku maafkn ko. ngehahaha...tp agak2x lar....dye hack aku sbb aku maki gang atheist kot. hadoih...


May 2, 2012 at 8:36 PM
XLAWS said...

Ko cari penyakit sapa suruh.


May 5, 2012 at 9:23 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS