Kali ni XLAWS nak beritahu korang semua macam mana nak check sesuatu hardware atau software tu compatible dengan lappy atau PC korang tu dengan mudah. Bagi XLAWS, website ni memang berguna la lebih-lebih lagi untuk hardware.
Pertama sekali korang pergi ke website ni.
http://www.microsoft.com/windows/compatibility/windows-7/en-us/default.aspx
Nanti dia ada beri 2 pilihan sama ada nak pilih tab software atau hardware.
Jika korang memilih tab software, anda akan melihat pilihan menu seperti PC Gaming, Security, Business & Home Office, Graphics & Printing dan sebagainya. Sebagai contoh, anda memilih menu PC Gaming. Seterusnya, anda akan dapat melihat paparan seperti di bawah ini. Sama juga untuk hardware.
Selepas itu, sila pilih jenis sistem komputer anda sama ada Windows 7 64-bit atau Windows 7 32-bit.
Selepas itu, anda akan melihat senarai PC Games dan hardware yang compatible atau serasi dengan Windows 7. Selamat mencuba. =D
Note: XLAWS memang menyukai Windows 7. Ia laju, ringan dan mesra pengguna. Tidak seperti Linux Ubuntu yang banyak kelemahan terutamanya dari segi Hardware Compatibility.
Category:
Info





Previous Article


We Appreciate Your Comments
1 Respones to "Senarai Software Dan Hardware Compatible Dengan Win 7"
info yang menarik
thankz
May 18, 2011 at 7:56 PM
Post a Comment