"Pen Skodeng" Kegilaan Ramai




KUALA LUMPUR - Jangan terkejut jika gambar anda disebarkan melalui internet tanpa menyedari bila diambil kerana teknologi terkini telah membolehkan rakaman dibuat menggunakan sebatang pen dakwat yang kini telah berada di pasaran.

Pen yang dinamakan sebagai 'Pen Skodeng' di kalangan pelajar sekolah itu dijual di beberapa tempat selain melalui internet pada harga RM500 dan sambutannya dikatakan amat menggalakkan.

Dengan membawa pen tersebut, segala gambar boleh dirakamkan secara sembunyi tanpa disedari oleh mangsanya.

Lebih malang lagi, pen tersebut disalahgunakan untuk tujuan yang tidak elok.

'Pen Skodeng' juga boleh merakamkan audio dan visual dengan hanya meletakkannya pada poket baju seperti pen biasa tanpa menimbulkan syak.

TANPA disedari 'Pen Skodeng' mampu merakam aksi panas tanpa disedari mangsa. - Gambar hiassan

Apa yang membimbangkan, kebanyakan pembelinya pula terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah biarpun harganya mampu mencecah ratusan ringgit di pasaran.

Salah seorang penggunanya yang dikenali sebagai Azmi, 20, berkata, dia mengetahui penjualan 'Pen Skodeng' ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah beberapa bulan lalu.

"Kebiasaannya, gajet sebegini hanya boleh dilihat melalui siri-siri penyiasatan popular seperti Mission Imposible atau James Bond, namun kini ia boleh didapati dengan mudah di negara ini," katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Seorang lagi pemilik pen ini, Zamri, 25, berkata, tujuannya membeli hanyalah untuk kegunaan sendiri.

"Saya anggap ini sebagai teknologi canggih yang perlu dijadikan koleksi kerana ia ada lensa yang mampu merakamkan imej berwarna dengan resolusi saiz 0.3 megapiksel di samping bunyi dari jarak sejauh lima meter," ujarnya.

Tambah Zamri, dia dan rakan-rakannya berkesempatan menguji keberkesanan pen berkenaan dengan merakamkan pelbagai aksi tersembunyi di tempat-tempat awam tanpa disedari.

Azmi memberitahu, ada antara rakan-rakannya itu yang meminjam pen tersebut semata-mata mahu merakamkan aksi panas tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.

NOTE: Jangan beli pen ni semata-mata nak merakam perkara yang tidak elok, sebaliknya rakamlah perkara elok OK.



We Appreciate Your Comments

8 Respones to ""Pen Skodeng" Kegilaan Ramai"

BroZooL said...

Hehe..teknologi ni dicipta utk menyenangkan manusia tapi manusia yg menyalahunakannya..


May 9, 2011 at 9:36 PM
Arya Putra said...

aku dah pernah usyar dah pen ni dulu..cadang nak beli juga..
tapi harganya yang aku tak tahan sangat tuh..isk..isk..


May 10, 2011 at 9:19 PM
XLAWS said...

BroZool: standard ar manusia, ada je otak dia nak buat hal.

Arya: aih bro ko beli nak buat apa?hahaha


May 11, 2011 at 11:30 AM
Azrael said...

dye nk skodeng2 la tu .

pe lg lorh . ^_^


May 11, 2011 at 12:14 PM
Arya Putra said...

bzzzzz..aku beli sebab nak test je..kekeke..


May 11, 2011 at 12:45 PM
KAIEZU said...

Pernah ada aritu..
Guna skali je tset..
Xbest pun.


May 14, 2011 at 1:23 PM
Qz said...

visual x best tak hd pun
sound oun berkarat


June 27, 2011 at 2:17 PM
XLAWS said...

aih korang sumer macam dah try jek. huhu


June 27, 2011 at 4:36 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS