COD: Modern Warfare 3 Details Leaked!




Modern Warfare 3 sekali lagi akan mengegarkan dunia pada November 2011 ini. Menurut daripada blog
Kotaku, pelbagai sumber telah mengesahkan Modern Warfare 3 akan dikeluarkan pada 8 November 2011 ini. Sekaligus akan mengambil alih tempat Modern Warfare 2 sepenuhnya.

Apa yang XLAWS tahu setakat ini adalah, Modern Warfare 3 bentuk peperangannya masih sama dengan sebelumnya. Pemain akan berjuang pertempuran-pertempuran di jalan bandaraya utama seperti London, Paris, dan New York. Serta banyak tempat-tempat menakjubkan akan dibuka untuk multiplayer mod game.

Cara permainan dilaporkan mula dari bandar New York City sebagai rakyat Rusia yang cuba untuk menyerang Amerika Syarikat dan akhirnya membawa pemain meneruskan lagi 15 misi di seluruh dunia sehingga mendapatkan misi terakhir di Dubai. Pemain akan memainkan beberapa watak dalam semua misi dalam pelbagai konflik dan dapat membawa pelbagai kenderaan jenis baru dan lama. Tidak lupa juga terdapat pelbagai senjata baru juga! serta banyak jenis permainan baru dan peta baru untuk multiplayer mode.



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "COD: Modern Warfare 3 Details Leaked!"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS