Beli Gaming PC Dengan Bajet RM 1000




Assalamualaikum semua, tengah XLAWS jalan-jalan bukak website sana-sini tadi terjumpa pula 1 artikel menarik dari website JOMPHP ni. Jadi, XLAWS pun nak share dengan korang pula. Mana taw ada diantara korang masih dalam plan nak beli PC gaming tapi diselubungi keraguan, boleh la rujuk sini. Bagi XLAWS memang menarik, puas hati dan memang save budget untuk sesiapa yang inginkan PC gaming dengan kos yang rendah. tanpa buang masa lagi jom baca.

Kalau anda ingin bermain game di komputer, pilihan terbaik ialah membeli satu set PC berbanding beli laptop atau mac. Ini kerana, dengan bajet yang rendah anda mampu menggunakan komputer yang sudah dikira laju dengan keupayaan grafik yang mantap berbanding laptop berharga RM3K-RM4k.

Kalau orang dah biasa pakai PC mesti rasa janggal kalau pakai laptop. Sebab utama processor PC jauh lebih laju berbanding yang digunakan pada laptop, lebih-lebih lagi jika dah overclock. Processor laptop banyak yang dah diunderclock supaya jangka hayat bateri tahan lama, lagipun kebanyakan model laptop menggunakan built in graphic chipset yang lemah keupayaan bermain game.

Seorang rakan saya ada bertanyakan, bolehkah membina satu Gaming PC dengan bajet hanya RM1000. Boleh, jika anda memilih perkakasan yang tepat dengan bajet anda tetapi ianya mestilah berbaloi. Jangan main beli sahaja.


Nak buat gaming PC dengan harga RM1000 memang boleh, cuma anda boleh jadikan syarat berikut sebagai guideline.

  • Tahu pasang sendiri barang-barang komputer, jadi tak perlu upah orang atau kedai pasangkan CPU anda sebab boleh jadi mereka akan caj lebih mahal dan boleh exceed bajet.
  • Anda sudah mempunyai monitor samada LCD atau CRT. Jadi tak perlu monitor baru sebab monitor baru, contohnya Samsung 19 inci harga lebih kurang RM350+.
  • Nak barang baru atau second hand? Barang second hand atau used parts boleh beli di forum lowyat sebab selalu ada orang jual barang2 used dan biasanya jauh lebih murah berbanding barang baru.
  • Kalau anda kenal mana-mana tokey kedai komputer lagi bagus, mana tahu boleh dapat diskaun menarik daripada mereka.
  • Jangan beli satu set komputer yang sudah siap dipasang, atau OEM PC. Mahal dan biasanya spec kurang menarik. Pilihan anda ialah beli barang part-by-part dan pasang sendiri. Langkah bijak dan menjimatkan duit.
  • Tahu install sendiri sistem operasi tanpa perlu harap kat orang lain yang buatkan.
  • Sebelum beli komputer, baik anda buat research betul-betul barang mana yang bagus dan kena dengan bajet. Ini adalah cadangan daripada saya untuk membeli CPU baru dengan harga RM1000 berdasarkan pricelist yang saya tengok di PC Depot. Harga di kedai lain mungkin sama, lebih murah atau lebih mahal ya.

Ini link pricelist PC depot: http://www.pcdepot.com.my/prodimg/price.pdf


PROCESSOR

Processor: AMD Athlon 2 250 X-2 3.0GHZ
Harga: RM186
Sebab: Processor AMD murah, motherboard AM3 pun murah tapi performance bagus. Senang nak overclock.

MOTHERBOARD

Mobo: ASUS M4N68T-M V2
Harga: RM180
Sebab: Murah, support AM3 dan DDR3 tapi hanya ada port VGL sahaja.

RAM

RAM: Kingston KVR1333 DDR3
Harga: RM75
Sebab: Ram 2GB DDR3 dah cukup untuk main game-game sekarang. Ada bajet lebih boleh tambah extra 2GB jadikan ram 4GB.

GRAPHIC CARD

GC: Sapphire HD 5670 DDR5 512MB
Harga: RM272
Sebab: Directx11 enabled, DDR5, 512MB ram graphic card ini boleh main game2 latest dengan setting medium-high jika menggunakan resolution di bawah full HD 1080p.

CASING & POWER SUPPLY

Casing yang murah, design bagus dan luas, contohnya seperti casing coolermaster
Harga: Beli yang harga sekitar RM100~
Sebab: Biasanya casing dah ada power supply, disebabkan bajet tidak banyak mungkin terpaksa kena pakai power supply itu dahulu. Dah ada bajet baru tukar baru sebab power supply yang bagus agak mahal juga.
Optional: Cooler Master 460W RM149.

HARD DISK

500GB Seagate Sata Hard Disk
Harga: RM122
Sebab: Rasanya hard disk seagate lagi bagus daripada hard disk Western Digital (WD). Beza harga pun tak banyak mana.

Aksesori: Keyboard, Mouse, Speaker atau Headphone.

  • Kalau beli keyboard, mouse, speaker or headphone murah semua tue boleh dapat dengan harga RM50.
  • Dah ada bajet extra baru upgrade kepada yang lebih elok.

DVD Drive

  • Tak perlu sebab zaman sekarang orang pakai external hard disk, mana ada burn2 cd/dvd lagi
  • Nak install windows 7 atau Ubuntu pun boleh pakai pendrive, lagipun lebih laju berbanding pakai CD
  • Kalau nak juga boleh beli Samsung or LG DVD Drive – RM90 (optional).

Sistem Operasi (OS)

  • Ubuntu tidak digunakan untuk bermain games, jadi anda kena install windows. Lupakan Windows XP, pakai Windows 7 terus.
  • Dengan spec PC anda sekarang pakai windows 7 pun memang laju dan tidak patut ada lag atau hang jika anda pandai setting.

Bajet keseluruhan
 
RM186 + RM 180 + RM75 + RM272 + RM100 + RM122 + RM50 = RM 1034.

Kalau dah beli barang banyak2 mesti boleh minta kurang harga, jadi saya rasa boleh dapat kira-kira RM1000 juga.

Kalau tambah PSU (Power Supply) RM149 anda terpaksa tingkatkan bajet menjadi RM 1183. Apa-apapun saya cadang sediakan bajet lebih +RM200 baru rasa selamat sikit masa nak shopping barang komputer tersebut.



We Appreciate Your Comments

22 Respones to "Beli Gaming PC Dengan Bajet RM 1000"

arenafon said...

nice info bro...dah lama nak cari budget pc game...pc sekrang nih dah agak outdated, COD: Black Ops tak boleh main dah....


May 26, 2011 at 12:04 AM
Ahmad FIkrizaman said...

nasib baik x addicted dengan game.. kalau tidak mesti nak angkat sebijik gaming rig..


May 26, 2011 at 2:59 AM
XLAWS said...

arenafon: guna la budget ni. mmg jimat kos. ^^

Fikri: kalau ada member nak beli ke. bole la cadangkan pakej 1k ni. kekeke


May 26, 2011 at 8:18 PM
Syazwan said...

bro klau on9 game bleh support jgk ke??


January 8, 2012 at 11:09 AM
XLAWS said...

nama pown gaming pc. mesti la boleh


January 8, 2012 at 12:22 PM
Anonymous said...

bro semua ni bole pakai untuk latest game for this year tak ?


January 30, 2012 at 11:17 PM
XLAWS said...

ada yg boleh n ada yg x boleh. bergantung pada game requirement.


February 1, 2012 at 11:58 AM
Anonymous said...

bro ade x lagi bwah dri 1000 mcm 900 ke 800 ke ade x?


February 16, 2012 at 12:53 AM
XLAWS said...

yang tu aku tak pasti pula.


February 17, 2012 at 9:40 AM
Anonymous said...

nak main game, tp nak yang murah,,,pelik, 1k pon dah ckup,,ni nk lg murah,, hampeh, g cc men game la


March 10, 2012 at 9:54 AM
Anonymous said...

Bro tolong jap setup utk harga RM2400...
Nvidia 560 ti vs ATI 6670 mana lagi prefer?
dlm bajet include moniter 22inch samsung full HD (rm450)
tolong hantar ke hanazawa_miru@live.com
tq bro..~


March 13, 2012 at 1:27 AM
XLAWS said...

aku da email ko.


March 15, 2012 at 9:35 AM
GTX680 said...

bajet ni bagus folo.. bagi yang baru nak berjinak2 dalam dunia gamers..


June 19, 2012 at 2:19 AM
XiaoChaos Faread said...

salam..

nak tanya i5 no brand bagus x?
kat mane boleh dpt?
bpe bajet ?


July 22, 2012 at 6:45 AM
hazim said...

tak de cpu coler ke?


November 14, 2012 at 4:44 PM
Ahmad Faidz said...

Aku nak bina 'Gaming PC' aku amik semuanye biase-2 je . Kalau dah ade duit baru tukar yang lagi bagus betul tak? ok ini spec die : Semuanye aku amik dari PC DEPOT.
AVF AC-SD183-BB CHASSIS (Case)
SAPP ATI HD6570 PCIE 2GB DDR3 128BIT (Graphic Card)
SEAGATE BARRACUDA 500GB 16M SATA-6 (Hard Disk)
GENIUS SLIMSTAR C110 COMBO-USB (Keyboard+Mouse)
GIGABYTE A55M-DS2 AMD A55 FM1 M/B (Motherboard)
AMD ATHLON-2 DUAL CORE 260 3.2GHZ AM3 (Processor)
KINGSTON KHX1600C9D3K2 4GB-CL9 DDR3 RAM(Ram&Memory)
SONIC GEAR MORRO 200 USB SPEAKER-2.0 (Speaker)
LG 18.5in E1942C LED LCD MONITOR (Monitor)
VGA EXTENSION CABLE M/M-1.5M (Cable for Connect pc to Monitor)


Saye baru 14 tahun , dah nak masuk 15 tahun . Tapi saye tetap suke tentang computer ni . Harge die semua 'Rm1261' Saye harap mak saye benar kan saye beli ni , Tapi ape-2 pon boleh tak bagi spec yang boleh mencecah 'rm1100' ? Tolong saye :) , Assalamualaikum.


November 20, 2012 at 8:52 PM
Unknown said...

Lol, Pakai PSU murah , Hangus Kang Motherboard tu . Not Recommended Rig .


March 29, 2014 at 2:54 AM
BUM said...

Bro, setup PC gaming bajet RM2500.00. Ok ke pakai AMD dari Intel? Takut laaa....


January 4, 2015 at 8:32 PM
isham said...

nk beli kt ne bro


February 3, 2015 at 5:59 PM
Aiman Skm said...

Kalau pakai case "Corsair Spec 001" bleh tak? Huhu.. masih baru dlm dunia PC


May 12, 2015 at 3:09 PM
Fuutori said...

So bpe u punye rating for this pc?


May 28, 2015 at 7:48 PM
Nhasir Zulkifli said...

Boleh setup untuk harga rm 1500?? Please answer


June 22, 2015 at 2:43 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS