Bahaya Upload Gambar Anda Di Pelbagai Website!!! (Khususnya Perempuan)



Rasanya sudah banyak artikel mengenai betapa bahayanya upload gambar di pelbagai website seperti Facebook, Twitter, Myspace dan segala macam lagi jenis website. Tapi apa yang XLAWS nak sampai dan tunjukkan kali ini adalah lebih bahaya apa yang korang semua sangka kan dan tidak terlintas di fikiran korang!!!.

Khususnya kepada semua perempuan di luar sana tu tak usah la upload gambar korang di mana-mana laman sosial ataupun mana-mana website. Tak payah nak tunjukkan kejelitaan, kecantikan, kesexyian, kecomelan, lurah-lurah dendam semua tu atau dengan perkataan lebih mudah "bajet cantik je". Korang nak tahu kenapa XLAWS cakap macam ni???.

Sebab fungsi Photoshop skang ni lebih maju kehadapan! haaa kalo korang tak percaya korang usha gambar kat bawah ni.


Before

After

 Scanned!

Dengan beberapa klik je kat Photoshop tu dah boleh nampak "barang" korang. Ni la akibatnya kepada siapa yang pakai sexy sangat, baju nipis ataupun tak pakai bra. Memang korang senang kena scan la kejap lagi. Jadi, kepada wanita di luar sana yang ada gambar sexy korang tu cepat-cepat la delete sebelum giliran korang pula jadi mangsa siber ni. Lebih baik kita semua menutup aurat seperti mana yang telah ditetapkan dalam Islam daripada mengikut budaya barat yang negatif ni.

Hikmah di sebalik menutup aurat ialah dapat mengelakkan kejahatan, maksiat dan menjaga maruah serta harga diri. Oleh itu, cara berpakaian lelaki juga mesti memenuhi tujuan tersebut.

Mempamerkan tubuh merupakan satu kesalahan kerana dikhuatiri boleh menjurus kepada perkara kejahatan dan kemaksiatan sekiranya mempamerkan tubuh dengan aksi dan gaya yang tidak sepatutnya untuk tatapan umum tanpa rasa malu apatah lagi sehingga menyalahi hikmah menutup aurat.

Apa yang XLAWS nak nasihatkan ialah jangan lah kita menunjuk-nunjukkan kecantikan luaran yang ada. Sebaliknya kita harus menunjukkan kecantikan dalaman seperti akal, minda, dan kelebihan yang ada pada kita. Sekian terima kasih.

Akhir sekali XLAWS nak minta maaf kalau ada kata-kata kesat yang menyentuh perasaan korang serta gambar-gambar sexy di atas ni. XD

Note: Jangan lupa manfaatkan Facebook Share Button untuk sebarkan dan beritahu rakan-rakan anda mengenai info yang sangat penting ini!.


Jom Main Angry Birds Di Web Browser




Kepada yang teringin sangat-sangat nak main game Angry Birds tu sekarang ni boleh main secara online di web browser korang. Apa lagi jom la cuba!. =D

Jom main Angry Birds menggunakan Google Chrome.
https://chrome.google.com/webstore/detail/aknpkdffaafgjchaibgeefbgmgeghloj

Jom main Angry Birds menggunakan Firefox & web browser lain.
http://chrome.angrybirds.com/

Tapi lambat sikit la sebab nak loading page lagi. Tapi kalau korang nak cepat boleh download di link bawah ni.

Angry Birds For PC
http://xlawsknowledges.blogspot.com/2011/05/angry-birds-game-popular-pada-masa-kini.html


Cara Melihat Password Asterisk




Di sini XLAWS nak ajar korang 1 trick untuk melihat password dalam bentuk "" ataupun "*****" dengan menggunakan code javascript.

Contoh untuk tutorial ni XLAWS menggunakan Facebook sebagai bahan tutorial ini. Kalau tak nampak gambar sila klik untuk besarkan ye.


Copy code javascript ni.
javascript:(function(){var s,F,j,f,i; s = %22%22; F = document.forms; for(j=0; j<F.length; ++j) { f = F[j]; for (i=0; i<f.length; ++i) { if (f[i].type.toLowerCase() == %22password%22) s += f[i].value + %22\n%22; } } if (s) alert(%22Passwords in forms on this page:\n\n%22 + s); else alert(%22There are no saved passwords in forms on this page.%22);})();

Selepas tu pastekan di web browser korang dan tengok hasilnya macam mana.


Install Firefox Addon Tanpa Internet



Tuto kali ni adalah cara macam mana nak install Firefox addon tanpa sambungan internet. Nanti senang la nak install addon kat firefox dengan cepat. Selain itu, korang juga boleh buat koleksi addon yang korang minat.

OK. mudah je caranya. Cuma cari addon yang korang mahukan dan klik kanan pada button Add to Firefox dan pilih Save Link As... Save je file tu di mana-mana.


Cara nak install pula. Cuma drag addon tersebut ke shortcut Firefox.


Addon successfully installed. =D


Budak 13 Tahun Cipta Laman Sosial Seperti Facebook!




BANDUNG - Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, tribunnews.com semalam.

Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan. Konsep salingsapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.

"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.

"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhammad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.


Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti. Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.

Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.

Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam. "Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya. - Agensi


Berkongsi File Lebih Pantas Dengan Kaedah P2P



Assalamualaikum semua. Kali ni XLAWS nak berkongsi dengan korang semua 1 kaedah macam mana nak transfer data menggunakan kaedah P2P. kaedah P2P ni sama je macam Torrent. Berkongsi file cuma dengan menggunakan web browser sahaja. Dengar macam mudah kan?


Contoh, kawan mahukan data kerja dalam PC korang. Tapi korang takde pendrive pula nak transfer data. Jadi, korang tak perlulah upload ke tempat lain seperti Mediafire, Hotfile dan bagi download link tu semua. Kerana ianya buang masa. Korang cuma perlu buka website dibawah ni sahaja.

Contoh di sini XLAWS menggunakan jetbytes.

1. Klik button Browse... dan pilih file yang korang nak transfer tu.
2. Selepas tu jetbytes secara automatiknya akan cipta 1 link download baru untuk file tersebut.
3. Copy download link tersebut dan berikan pada kawan dan suruh pastekan pada web browser kawan korang.


Perbezaan Full Dengan Quick Format




Kita selalu menggunakan Quick Format ketika menformat komputer atau device seperti pendrive, external hard disk.

Adakah anda sedar, jika kita selalu menggunakan Quick Format boleh mengakibatkan hard disk cepat rosak dan Windows mudah "corrupt".


Di sini saya nyatakan perbezaan di antara Full Format dan Quick Format.

FULL FORMAT
Untuk Full Format akan menggambilkan masa yang agak lama ini kerana ia akan check setiap "sector" dalam hard disk untuk mencari "bad sector" di dalam hard disk. Bila ia menjumpai "bad sector" didalam hard disk, ia tidak akan meletakkan data windows yang baru pada "bad sector" terbabit. Dengan cara ini, Windows yang diinstall bertahan lebih lama dari Quick Format.

QUICK FORMAT
Hanya membuang (format) windows dengan sekali imbasan sahaja, ia tidak akan scan "bad sector", dan akan meletakkan data windows yang baru pada tempat yang sama.

Memanglah senang untuk menggunakan Quick Format kerana ianya cepat. Tetapi risiko akan kembali lagi terutama sekarang dengan keluar bermacam jenis software yang memudahkan "Installation Windows" dengan hanya 5 minit complete dengan software-software, ini akan lebih cepat sesuatu windows "corrupt".

Jadi, lebih elok anda guna Full Format, untuk penggunaan hayat yang panjang.


Beli Gaming PC Dengan Bajet RM 1000




Assalamualaikum semua, tengah XLAWS jalan-jalan bukak website sana-sini tadi terjumpa pula 1 artikel menarik dari website JOMPHP ni. Jadi, XLAWS pun nak share dengan korang pula. Mana taw ada diantara korang masih dalam plan nak beli PC gaming tapi diselubungi keraguan, boleh la rujuk sini. Bagi XLAWS memang menarik, puas hati dan memang save budget untuk sesiapa yang inginkan PC gaming dengan kos yang rendah. tanpa buang masa lagi jom baca.

Kalau anda ingin bermain game di komputer, pilihan terbaik ialah membeli satu set PC berbanding beli laptop atau mac. Ini kerana, dengan bajet yang rendah anda mampu menggunakan komputer yang sudah dikira laju dengan keupayaan grafik yang mantap berbanding laptop berharga RM3K-RM4k.

Kalau orang dah biasa pakai PC mesti rasa janggal kalau pakai laptop. Sebab utama processor PC jauh lebih laju berbanding yang digunakan pada laptop, lebih-lebih lagi jika dah overclock. Processor laptop banyak yang dah diunderclock supaya jangka hayat bateri tahan lama, lagipun kebanyakan model laptop menggunakan built in graphic chipset yang lemah keupayaan bermain game.

Seorang rakan saya ada bertanyakan, bolehkah membina satu Gaming PC dengan bajet hanya RM1000. Boleh, jika anda memilih perkakasan yang tepat dengan bajet anda tetapi ianya mestilah berbaloi. Jangan main beli sahaja.


Nak buat gaming PC dengan harga RM1000 memang boleh, cuma anda boleh jadikan syarat berikut sebagai guideline.

  • Tahu pasang sendiri barang-barang komputer, jadi tak perlu upah orang atau kedai pasangkan CPU anda sebab boleh jadi mereka akan caj lebih mahal dan boleh exceed bajet.
  • Anda sudah mempunyai monitor samada LCD atau CRT. Jadi tak perlu monitor baru sebab monitor baru, contohnya Samsung 19 inci harga lebih kurang RM350+.
  • Nak barang baru atau second hand? Barang second hand atau used parts boleh beli di forum lowyat sebab selalu ada orang jual barang2 used dan biasanya jauh lebih murah berbanding barang baru.
  • Kalau anda kenal mana-mana tokey kedai komputer lagi bagus, mana tahu boleh dapat diskaun menarik daripada mereka.
  • Jangan beli satu set komputer yang sudah siap dipasang, atau OEM PC. Mahal dan biasanya spec kurang menarik. Pilihan anda ialah beli barang part-by-part dan pasang sendiri. Langkah bijak dan menjimatkan duit.
  • Tahu install sendiri sistem operasi tanpa perlu harap kat orang lain yang buatkan.
  • Sebelum beli komputer, baik anda buat research betul-betul barang mana yang bagus dan kena dengan bajet. Ini adalah cadangan daripada saya untuk membeli CPU baru dengan harga RM1000 berdasarkan pricelist yang saya tengok di PC Depot. Harga di kedai lain mungkin sama, lebih murah atau lebih mahal ya.

Ini link pricelist PC depot: http://www.pcdepot.com.my/prodimg/price.pdf


PROCESSOR

Processor: AMD Athlon 2 250 X-2 3.0GHZ
Harga: RM186
Sebab: Processor AMD murah, motherboard AM3 pun murah tapi performance bagus. Senang nak overclock.

MOTHERBOARD

Mobo: ASUS M4N68T-M V2
Harga: RM180
Sebab: Murah, support AM3 dan DDR3 tapi hanya ada port VGL sahaja.

RAM

RAM: Kingston KVR1333 DDR3
Harga: RM75
Sebab: Ram 2GB DDR3 dah cukup untuk main game-game sekarang. Ada bajet lebih boleh tambah extra 2GB jadikan ram 4GB.

GRAPHIC CARD

GC: Sapphire HD 5670 DDR5 512MB
Harga: RM272
Sebab: Directx11 enabled, DDR5, 512MB ram graphic card ini boleh main game2 latest dengan setting medium-high jika menggunakan resolution di bawah full HD 1080p.

CASING & POWER SUPPLY

Casing yang murah, design bagus dan luas, contohnya seperti casing coolermaster
Harga: Beli yang harga sekitar RM100~
Sebab: Biasanya casing dah ada power supply, disebabkan bajet tidak banyak mungkin terpaksa kena pakai power supply itu dahulu. Dah ada bajet baru tukar baru sebab power supply yang bagus agak mahal juga.
Optional: Cooler Master 460W RM149.

HARD DISK

500GB Seagate Sata Hard Disk
Harga: RM122
Sebab: Rasanya hard disk seagate lagi bagus daripada hard disk Western Digital (WD). Beza harga pun tak banyak mana.

Aksesori: Keyboard, Mouse, Speaker atau Headphone.

  • Kalau beli keyboard, mouse, speaker or headphone murah semua tue boleh dapat dengan harga RM50.
  • Dah ada bajet extra baru upgrade kepada yang lebih elok.

DVD Drive

  • Tak perlu sebab zaman sekarang orang pakai external hard disk, mana ada burn2 cd/dvd lagi
  • Nak install windows 7 atau Ubuntu pun boleh pakai pendrive, lagipun lebih laju berbanding pakai CD
  • Kalau nak juga boleh beli Samsung or LG DVD Drive – RM90 (optional).

Sistem Operasi (OS)

  • Ubuntu tidak digunakan untuk bermain games, jadi anda kena install windows. Lupakan Windows XP, pakai Windows 7 terus.
  • Dengan spec PC anda sekarang pakai windows 7 pun memang laju dan tidak patut ada lag atau hang jika anda pandai setting.

Bajet keseluruhan
 
RM186 + RM 180 + RM75 + RM272 + RM100 + RM122 + RM50 = RM 1034.

Kalau dah beli barang banyak2 mesti boleh minta kurang harga, jadi saya rasa boleh dapat kira-kira RM1000 juga.

Kalau tambah PSU (Power Supply) RM149 anda terpaksa tingkatkan bajet menjadi RM 1183. Apa-apapun saya cadang sediakan bajet lebih +RM200 baru rasa selamat sikit masa nak shopping barang komputer tersebut.


Apa Itu Backlink?



Pernah anda terfikir kenapa la setiap kali buat post di blog anda, tiada visitor dari search engine datang? Ini kerana salah satu sebabnya adalah anda tidak membuat optimasi enjin carian (SEO) pada laman blog anda. Bila tiada visitor maka blog anda secara asasnya sama seperti sebuah kedai yang tidak mempunyai pelanggan!.

Salah satu cara optimasi off page yang selalu dibuat oleh webmaster-webmaster (pemilik laman web atau blog) adalah membina jaringan backlink yang banyak.


Kenapa mereka membina jaringan backlink ni?. Ini kerana semakin banyak backlink yang mereka ada akan meningkatkan Page Rank (PR) laman web atau blog mereka dan bila PR makin tinggi, maka setiap kali post atau page diupdate, maka content kita akan diberikan keutamaan untuk berada di 1st page enjin carian bagi kata kunci (keyword) tertentu.

Apa Itu Backlink?
Backlink ini merupakan “incoming link” atau link masuk untuk website kita. Kalau ikut bahasa pasarnya, url website kita berada di website atau blog orang lain.

Pada kebiasaannya Backlink boleh berlaku dengan:

  • Orang buat review terhadap produk atau website kita, kemudian mereka letak link URL kita di dalam review post tersebut.
  • Apabila kita sponsor sesuatu theme, link kita diletakkan di footer theme tersebut.
  • Apabila link kita diletakkan di blogroll di blog-blog orang lain.
  • Melalui comment-comment di blog orang lain dengan meletakkan url website kita.
  • Signature atau post di forum-forum yang kita join dengan meletakkan URL website kita.

Backlink juga adakalanya dikenali sebagai inbound link atau incoming link. Inbound link ini amat mustahak untuk penentuan ranking search engine (SERP - Search Engine Ranking Position) kerana setiap seach engine mempunyai algorithmsnya yang tersendiri untuk menyukat berapa bilangan backlinks sesuatu website atau page yang ada dan sekaligus akan memberikan rank dan position yang lebih tinggi mengikut kelayakan website atau page itu sendiri.

Dalam erti kata lain, makin banyak backlink sesuatu website tersebut, maka semakin popular website tersebut sekaligus segala isi kandungan (content) yang berada dalam website tersebut dianggap penting dan relevent oleh sesuatu algorithms search engine.

Mengetahui jumlah Backlink di website anda.
Ada banyak cara untuk menilai berapa banyak jumlah backlink yang website anda ada. Perkara ini penting untuk diketahui kerana sebagai pemilik website, anda harus berusaha menambahkan sebanyak mana backlink yang anda ada.

Antara tool percuma yang ada untuk check jumlah backlink website anda adalah Backlink Watch.


Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan URL website anda dan tekan butang “Check Backlinks”. Jika website anda mempunyai backlink, maka secara automatiknya ia akan mengira dan memaparkan dari mana backlink tersebut datang.

Cara ini juga digunakan oleh pengalisa-penganalisa SEO untuk “spy” website pesaing mereka. Dengan itu mereka akan terus meningkatkan lagi usaha menambahkan backlinks ke website mereka.


Firefox 4 Memenangi "Battle Of The Browsers"




Internet Explorer 9, Google Chrome & Mozilla Firefox merupakan sebahagian besar internet browser kegemaran para pengguna. Ini kerana ketiga-tiga browser ini kerap mempunyai update untuk memperbaiki kelemahan-kelamahan yang ada. Opera pula tiada update.

Baru-baru ni Mozilla Firefox telah memenangi "Battle Of the Browsers". Firefox 4 sangat bagus untuk pemprosesan HTML5, masa untuk boot dan penggunaan RAM yang rendah.Secara keseluruhan, Mozilla Firefox merupakan browser paling termantap pada tahun ini. Pemaju Internet Explorer pula tidak menumpukan kepada seni pembangunannya sekaligus menyebabkan punca kejatuhan Internet Explorer.

Result Pertandingan Tersebut


COD: Modern Warfare 3 Details Leaked!




Modern Warfare 3 sekali lagi akan mengegarkan dunia pada November 2011 ini. Menurut daripada blog
Kotaku, pelbagai sumber telah mengesahkan Modern Warfare 3 akan dikeluarkan pada 8 November 2011 ini. Sekaligus akan mengambil alih tempat Modern Warfare 2 sepenuhnya.

Apa yang XLAWS tahu setakat ini adalah, Modern Warfare 3 bentuk peperangannya masih sama dengan sebelumnya. Pemain akan berjuang pertempuran-pertempuran di jalan bandaraya utama seperti London, Paris, dan New York. Serta banyak tempat-tempat menakjubkan akan dibuka untuk multiplayer mod game.

Cara permainan dilaporkan mula dari bandar New York City sebagai rakyat Rusia yang cuba untuk menyerang Amerika Syarikat dan akhirnya membawa pemain meneruskan lagi 15 misi di seluruh dunia sehingga mendapatkan misi terakhir di Dubai. Pemain akan memainkan beberapa watak dalam semua misi dalam pelbagai konflik dan dapat membawa pelbagai kenderaan jenis baru dan lama. Tidak lupa juga terdapat pelbagai senjata baru juga! serta banyak jenis permainan baru dan peta baru untuk multiplayer mode.


Escape From Earth: Website Bengong



Tengah XLAWS jalan-jalan kat Silent Hackers (SH) tadi tetiba pula terjumpa satu post yang agak menarik dan lawak mengenai tempah ticket untuk kedunia baru (New World). Kemana tu bro? Kebumi baru la untuk siap sedia dari malapetaka 2012 ni. Apa yang pandai sangat dengan mat salleh ni? lawak gak XLAWS baca. Pulak tu tambang dia murah gila.

Ni link website tu: http://escapeearth2012.com/


Mereka ingat bila kiamat hanya bumi akan hancur ke?

Teringat pula kisah bahtera Nabi Nuh 'alaihissalam. Orang kafir ni bongkak nak langgar perintah Allah S.W.T sehingga kata boleh panjat gunung untuk elak banjir. Tapi, gunung-gunung tu pun tenggelam sekali. Subhanallah.

Pengajaran: Bila Allah S.W.T dah tetapkan macam tu, tiada siapa boleh ubah kehendakNya. Nak tak nak, kena beriman dan bertakwa. Selamat & bahagia di dunia dan akhirat. 

Credit To: SetanStyliz


Apa Itu Firesheep?




Sebuah add-on Mozilla Firefox bernama Firesheep mempunyai ciri-ciri yang mendapatkan data sesiapa dengan senang tanpa bersusah payah untuk hack. Dengan menggunakan Wi-Fi di tempat awam, cc, atau dimana-mana sahaja si hacker tersebut mampu merampas atau hack Facebook orang lain, Bukan Facebook sahaja, malah Twitter, Yahoo, Flickr dan pelbagai lagi. Add-on tersebut dicipta oleh Eric Butler, pengasas aplikasi web bebas asal Seattle dan dilancarkan di Toorcon 12, Security Conference, di San Diego, Amerika Syarikat (AS).

Setelah addon Firesheep dipasang di komputer, maka Firesheep akan menambah sebuah sidebar pada browser Firefox.


Selepas menekan button Start Capturing. Secara automatik akan terkumpul segala data oleh pengguna sama WiFi dengan korang.


Hanya dengan melakukan double klick pada salah satu akaun user yang ada di sidebar, korang dengan Senang-lenang je masuk akaun Facebook, Twitter atau Google mangsa tersebut.


Memang mudah kan? tapi XLAWS tak nak sediakan download link tu semua. Pandai-pandai la korang cari sebab artikel ni sekadar info nak beritahu korang semua betapa bahayanya Firesheep ni dan macam mana hacker hack Facebook korang. Ni la dia salah satu caranya.

Note: Jadi, korang kena sentiasa berwaspada kalau mengunakan WiFi yang free di luar sana. Tapi korang jangan risau ada cara nak elak dari Firesheep ni, iaitu Blacksheep.


Blacksheep Penghalang Firesheep



Masih ingat Apa Itu Firesheep?. Satu addon Mozilla Firefox yang membolehkan hacker hijack atau mengambil alih akaun orang lain dengan senang-lenang. Tapi setiap penyakit mesti ada penawarnya. betul tak?. Jadi penawar untuk Firesheep adalah Blacksheep yang dicipta oleh sebuah syarikat keselamatan iaitu ZScaler.

Blacksheep sama seperti Firesheep, cuma bezanya Blacksheep akan membuat satu "honeytrap" di mana maklumat palsu akan dihantar kepada pengguna Firesheep secara rawak. Selepas itu, Blacksheep akan mencipta sambungan sendiri dengan mewujudkan nilai cookies palsu dan mampu mengenalpasti IP pengguna Firesheep tersebut supaya korang boleh menyekat website mereka ataupun IP mereka.

Apabila Blacksheep mengesan kehadiran Firesheep, secara automatik akan keluar amaran pada Firefox korang macam gambar di bawah ni.


Blacksheep akan membuat maklumat palsu setiap 5 minit. Korang boleh ubah nilai pada Tools>Add-ons>Blacksheep>Options.


Download addon Blacksheep

Requirements
  • Mac OS X: 10.5 or newer on an Intel processor.
  • Windows: XP or newer. Install Winpcap first!


    Senarai Software Dan Hardware Compatible Dengan Win 7



    Kali ni XLAWS nak beritahu korang semua macam mana nak check sesuatu hardware atau software tu compatible dengan lappy atau PC korang tu dengan mudah. Bagi XLAWS, website ni memang berguna la lebih-lebih lagi untuk hardware.

    Pertama sekali korang pergi ke website ni.
    http://www.microsoft.com/windows/compatibility/windows-7/en-us/default.aspx

    Nanti dia ada beri 2 pilihan sama ada nak pilih tab software atau hardware.


    Jika korang memilih tab software, anda akan melihat pilihan menu seperti PC Gaming, Security, Business & Home Office, Graphics & Printing dan sebagainya. Sebagai contoh, anda memilih menu PC Gaming. Seterusnya, anda akan dapat melihat paparan seperti di bawah ini. Sama juga untuk hardware.


    Selepas itu, sila pilih jenis sistem komputer anda sama ada Windows 7 64-bit atau Windows 7 32-bit.


    Selepas itu, anda akan melihat senarai PC Games dan hardware yang compatible atau serasi dengan Windows 7. Selamat mencuba. =D

    Note: XLAWS memang menyukai Windows 7. Ia laju, ringan dan mesra pengguna. Tidak seperti Linux Ubuntu yang banyak kelemahan terutamanya dari segi Hardware Compatibility.


    Tips Untuk Elak Akaun Facebook Kena Hack



    (Gambar sekadar hiasan) XD

    XLAWS nak beri sedikit sebanyak tips untuk mengelakkan FB korang kena hack oleh hacker di luar sana tu. Sekurang-kurangnya korang tahu macam mana nak atasi daripada hacker ni. Kang tak pasal-pasal kena hack oleh Jack Sparrow macam gambar kat atas tu.

    • Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extension Firesheep. Jadi, sila hati-hati dengan extension Firesheep.
    • Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pelik dan pemendek seperti http://goo.gl/M3lNj, http://bit.ly/Y97B, http://adf.ly/Zpk dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pelik dan pemendek tersebut. Jadi, berhati-hati la.
    • Gunakan Antivirus yang berkesan seperti Microsoft Security Essentials, Kaspersky Internet SecurityKaspersky PURE dan selalu update.

    • Gunakan Software Firewall yang berkesan seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu update.
    • Selalu scan komputer anda dengan Antivirus yang berkesan dan selalu dikemaskini bagi membuang sebarang perisian jahat.
    • Password mestilah kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol seperti askjyskjthsgafqkldshbd920!%{}. Jangan ambil perkataan dalam kamus sebagai password.
    • Selain itu, elakkan menggunakan tarikh lahir, nama teman wanita, nama keluarga, nombor telefon, nama ibu, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya sebagai password.
    • Memanfaatkan setting Account Security di akaun Facebook anda seperti di sini.
    • Berhati-hati dengan menggunakan Wi-Fi yang diragui keselamatannya seperti di kafe siber, kedai kopi, kolej, universiti, restoran, hospital dan sebagainya untuk log in akaun Facebook anda.
    • Jangan mendaftar di laman web yang lemah sekuritinya dan diragui keselamatannya seperti mendaftar di laman web jiwang.org dan sebagainya.
    • Jangan pamerkan alamat e-mel anda di ruangan Info di Akaun Facebook anda.
    • Jangan klik sebarang link yang dihantar ke alamat e-mel anda yang diragui keselamatannya. Sila periksa dahulu siapa pengirim e-mel tersebut sebelum klik link tersebut.
    • Berhati-hati ketika online Facebook anda di kafe siber.
    • Jangan menjadi mangsa keylogger. Sila gunakan Antivirus seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE untuk scan jika ada keylogger yang menusup masuk ke sistem komputer anda.
    • Jangan install sebarang perisian crack ke dalam komputer anda. Jika hendak crack sebarang perisian, gunakan serial number dan bukannya keygen.
    • Jangan cari gaduh atau cabar dengan HACKER!.

    Note: Tips di atas sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko akaun Facebook anda daripada kena hack dengan hacker. Akhir kata, stay safe!. =D


    i-Komik: Koleksi Manga & Majalah Malaysia




    Assalamualaikum. Hari ni XLAWS nak share dengan korang semua 1 website yang serupa dengan onemanga.com, mangafox.com dan lain-lain lagi. Tapi website ini berbeza sikit sebab mengandungi koleksi manga, komik dan majalah dari Malaysia. Memang terbaik la.

    Banyak manga, komik, majalah seperti APO, Gempak, Dewata Raya, Wira Tunggal dan pelbagai lagi la. Mesti ada komik kegemaran korang di situ kan. OK, XLAWS pun malas nak cakap panjang. Tanpa buang masa lagi jom kita layanz i-komik Malaysia ni.


    Cara Install Custom Theme Win XP/7



    Macam mana nak tukar theme Windows XP/7? Hah! tak payah nak pening-pening kepala. Gunakan Software TuneUp Utilities 2011. Software ni boleh permudahkan lagi kerja-kerja menukar theme secara automatik dgn beberapa click daripada guna cara manual. Kalau guna cara manual takut tersilap langkah di system32 yg boleh menyebabkan explorer jadi corrupt. Di bawah ni adalah cara-cara memasang theme dengan mudah dan lebih selamat.

    1. Mula-mula download Software TuneUp Utilities (Download Here)
    2. Sediakan custom theme windows XP/7 anda. (Download Here)

    Pertama sekali, pergi ke tab Customize Windows>Visual style.


    Atau untuk cara lebih mudah lagi dengan tulis styler pada start button search anda.


    Selepas itu, tekan Add>Load visual style from a file...


    Pilih file theme anda.


    Tekan Apply. DONE!


    Senang je kan nak tukar theme windows ni. =D


    Tuneup Utilities 2011




    A new version of a large set of various tools for tuning and optimizing the system. With this program you can clean the disks of dust, remove invalid entries from the registry and defragment it, optimize memory, manage startup permanently delete files from the disc with a special utility TuneUp Shredder (further recovery becomes impossible, even with special programs) , to recover deleted files, change the look of Windows, and much more.

    All utilities in this package integrated into a single graphical environment. To run a particular utility, choose its name from the list and click on her arm. After this, a dialog box in which you and all appropriate action. The package combines the important functions for system optimization, configuration, cleaning and maintenance in a modern graphical user interface.

    DOWNLOAD
    (Fileserve & Filesonic)


    Cara Lajukan Firefox (Terbaik!)




    Tutorial kali ni boleh melajukan speed internet Mozilla Firefox korang serta meringankan lagi Firefox tersebut. Maknanya korang lepas ni boleh la guna Mozilla Firefox ni dengan smooth je. Kalau tak percaya cuba la macam mana hasil dia. XLAWS dah cuba memang puas hati der.OK la jom kita mulakan tutorial kita.

    Note: Ikut semua langkah di bawah OK.

    OK, trick ni untuk mengurangkan penggunaan RAM ketika kita sedang pakai.

    1. Tulis about:config di adress bar Firefox.
    2. Cari browser.sessionhistory.max_total_viewer pada Filter.
    3. Set kan kepada 0.

    Pastikan sama macam gambar di bawah ni

    Kedua, Trick untuk melajukan Firefox loading pages.

    1. Set kan network.http.pipelining kepada true.
    2. Set kan network.http.proxy.pipelining kepada true.
    3. Set kan network.http.pipelining.maxrequests kepada 10.

    Pastikan sama macam gambar di bawah ni

    Ketiga, tekan kanan pada mana-mana ruang kosong dan pilih New>nglayout.initialpaint.delay>Set kan kepada 0. Nilai ini adalah jumlah masa browser menunggu sebelum bertindak atas maklumat yang diterimanya. Jika korang menggunakan broadband mesti loading page jadi lebih cepat.


    Seterusnya, Untuk melajukan lagi Firefox korang ikut langkah di bawah pula. Kalau korang tak jumpa dekat Filters tu cuba korang create New Interger macam gambar di atas. Klik kanan, New>Interger; untuk setting di bawah ni.

    1. network.dns.disableIPv6 set kepada false.
    2. content.notify.backoffcount set kepada 5.
    3. plugin.expose_full_path set kepada true.
    4. ui.submenuDelay set kepada 0.

    Yang terakhir sekali, Trick untuk mengurangkan penggunaan RAM apabila korang minimized Firefox.

    1. Klik kanan pada mana-mana ruangan kosong dan pilih New>Boolean.
    2. Apabila ada kotak keluar korang tulis config.trim_on_minimize dan enter.
    3. Selepas tu pilih True dan enter.
    4. Restart Firefox.


    Trick mudah untuk melajukan Mozilla Firefox ni sememangnya dapat melajukan lagi Firefox 2 hingga 3 kali lebih pantas dari yang asal. Enjoy!


    11 Best Dark Custom Windows 7 Theme



    Aero X7 Port
    A dark Aero theme with some pretty dominant hover effects for the caption buttons.


    Download: Aero X7 Port

    Black Horizon Xtreme
    Another custom black theme with glossy shiny elements.


    Download: Black Horizon Xtreme

    Gizdom Reloaded
    This dark Windows 7 theme really rocks and is definitely one of the best. Very tiny buttons, rectangle window frame with thin borders. Small scrollbars. Great work!.


    Download: Gizdom Reloaded

    In Agony
    Another minimalistic theme for Windows 7. Good work!


    Download: In Agony

    Dark Vision
    Dark Vision is a pretty hot theme that will truly give your Windows 7 a darker touch. Includes an installer for the theme.


    Download: Dark Vision

    Mocharocha
    A very elegant custom theme with some cool buttons. If you don’t like the traditional look of buttons and like the “button down effect”, try this Mac inspired Windows 7 theme titled Mocharocha. A truly dark dream for Windows 7 customizing.


    Download: Mocharocha

    Concave 7
    Concave 7 is one of my favorite dark Windows 7 themes. It’s a very elegant and minimalistic theme, one of the best! I love it.


    Download: Concave 7

    NEXT Level
    There are many grey tones, but this grey combined the the transparent Aero effect blows your mind. The caption buttons are rather large, but I definitely like this grey custom Windows 7 theme. Maybe not the best out there, but it’s good.


    Download: NEXT Level

    Life
    That’s what I’m talking about! This is a truly epic dark Windows 7 theme with a great look and feel. If you want to customize Windows 7 and make it look like no other computer, give it a try!


    Download: Life

    Pre Black
    Don’t like it too dark? I fully understand you, but some grey tones work great for a desktop theme. At least it works great in this visual style for Windows 7 titled “Pre Black”.


    Download: Pre Black

    Colorful Dark Odyssey
    Colors, colors and more colors in this darkish theme.


    Download: Colorful Dark Odyssey


    Blog Fansub XLAWS

    J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
     
    Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS