Tips Penjagaan Laptop (Mesti Tahu)




Penggunaan laptop menjadi trend pada masa ni. Penjagaan laptop amat penting untuk memanjangkan jangka hayat laptop tersebut agar tahan selama mana yang mungkin.

Di bawah ni ada serba sedikit tips penjagaan laptop utk anda semua.

Bateri
  • Elakkan daripada penggunaan bateri.
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

Keyboard
  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Skrin LCD
  • Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes berapa lama yang anda mahu.
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead Pixel.

Haba Panas
  • Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

Surge Protector
  • Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
  • Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
  • Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
  • Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

Port
  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Di harap informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua. =D



We Appreciate Your Comments

11 Respones to "Tips Penjagaan Laptop (Mesti Tahu)"

Ahmad Fikrizaman said...

Aku rasa laptop aku sangat power.. tak tak pernah tutup langsung laptop walaupun tidur... kalau pegi kelas je aku tutup sebab aku bawak pegi skali... tu pun kat kelas aku bukak lagi... kalau tak bawak pegi kelas memang tinggalkan on je la... aku pun pelik laptop aku tak pernah panas.. huhu.. power gila..

Untuk tips tu terima kasih, akan cuba jaga macam tu.. tapi ada orang cakap kalau pakai power dari adapter senang komputer nak rosak.. tul ke??


April 4, 2011 at 5:47 PM
XLAWS said...

Fikri ko pakai lappy apa daaaa? x penah lak aku dgr mcm tu. kalo x pakai power adapter xkan nak guna laptop pakai battery je, mesti kene guna adapter. tapi aku syorkan dekat rumah tu nak bio laptop on lama2 kasi cabut battery dulu. kalo bio caz lama2 time da penuh bole buat jangka hayat battery laptop tu makin berkurang lak.


April 5, 2011 at 2:43 AM
Ahmad Fikrizaman said...

Memang buat cm2 pun.. cabut bttry.. pakai adaoter je... ASUS K52JK.. Terbaik kot.. tak penah tutup..


April 5, 2011 at 4:31 PM
XLAWS said...

latop tu memang power T_T serius, harap aku pown ada laptop macam tu.:P


April 5, 2011 at 11:18 PM
azmi said...

aku pakai netbook bapak lasak, dah msuk tahun ke-3 bateri still boleh tahan 5-6jam... xpenah bukak bateri, skali caj 2-3hari... netbook DELL mmang lasak gler, stakat bukak 3-4 hari direct senyum jerkk...


May 8, 2011 at 8:27 PM
XLAWS said...

whoa gempak gak bunyi cmtuh. ko buat apa bio netbook x tutp 4 hari?


May 8, 2011 at 10:16 PM
----- ----- said...

terasang aq baca comment2 kat sini..haha..
semua ayat hebat2...

yg aq cuma noob...

NINJA Crew


November 4, 2011 at 3:14 PM
XLAWS said...

teransang? hahaha!!


November 4, 2011 at 5:43 PM
----- ----- said...

yela cuba ko baca ayat2 comment...
sume ayat x nk kalah...
thu la kita nie pelajar lg kn2...
haha~~
dh keje nanti tau la....tungguuu...

NINJA Crew


November 5, 2011 at 11:53 AM
karnain said...

Ahmad Fikrizaman ..laar hang dok kat sini ka..dlm facebook pon ada..hahahah..aku pon sma takot gk jd pape kat laptop yela nak beli pon merah bji mata aku


November 15, 2011 at 4:24 PM
zamil idris said...

Penjagaan Laptop (Komputer Riba)
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/06/penjagaan-laptop-komputer-riba.html


June 2, 2015 at 10:57 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS