Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Biar Betul?!




Salam semua, korang pernah tengok anime Naruto tak?. Cerita tentang seorang remaja ninja yang ada kuasa musang ekor 9 tu. Takkan tak pernah tengok, menipu la. hahaha. Best la. Tak rugi kalau tak tengok lagipun setiap ending dalam episod Naruto tu selalu membuatkan aku tertanya-tanya ape yang berlaku seterusnya. Kan menarik tu?.

Tapi baru-baru ni, aku terdengar dari salah seorang melalui Facebook menyatakan bahawa anime Naruto ni mempunyai Mesej & Unsur Illuminati. Wei, biar betul? Biasalah orang kita ni, cakap je pasal isu illuminati dan agenda yahudi mesti ade yang cepat melatah. Terus nak sebarkannya, tapi hakikatnya benda tu hanyalah konspirasi dan rekaan semata-mata tanpa menyelidik dahulu kebenarannya. Di sini aku nak berkongsi satu nota dari Facebook yang menyatakan tentang unsur illuminati Dalam Anime Naruto.

Mesej & Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto
Kenalkah kamu seseorang yang bernama Masashi Kishimoto?. Mungkin ramai yang tak mengenalinya, dia adalah seorang mangaka komik yang berjudul NARUTO dan juga siri yang sudah dianimasikan serta ditayangkan di stesen TV di seluruh dunia pada hari ini. Saya adalah salah satu peminat cerita manga NARUTO ini, kerana keberkesanan pelukisnya mengolah cerita yang agak kompleks dan menarik ini.

Pelukis ini memang genius dengan meyelitkan pengaruh agama dan budaya sesuatu masyarakat di dalam komiknya itulah gaya pemikirannya, sedang membaca episod manga naruto yang lepas lepas saya terperasan satu watak yang bernama ‘TOBI’ yang amat mirip dengan DAJJAL/ANTICRIST dan ada unsur-unsur illuminati dalam cerita ni. OK, senang cerita saya ringkaskan satu-persatu supaya senang difahami.

Pekara yang perlu anda tahu dalam NARUTO:


1) ORGANISASI AKATSUKI = Antagonis utama cerita ni, AKATSUKI yang bermaksud ‘SENJA MERAH’ ini dianggotai oleh beberapa ninja yang telah mengkhianat atau membelot negara sendiri demi kepentingan dirinya dan bergerak secara sulit dn tertutup.


2) TOBI = TOBI atau UCHIHA MADARA (nama sebenar) adalah pengasas sebuah puak yang bernama UCHIHA dan juga menubuhkan organisasi AKATSUKI ini, seorang ninja yang telah hidup dari zaman dahulu lagi dalam cerita komik ni dan dikatakan sebagai kehidupan kekal abadi. Dia juga buta pada mata kirinya dan DALANG di balik semua KEBURUKAN dengan memanipulasikan fikiran, pembohongan serta fitnahnya amat luar biasa dan orang yang membuka peperangan Dunia NINJA yang baru.

Mari saya tunjukan lagi unsur-unsur illuminati. Jika anda menganggap ini hanya kebetulan, cuba perhatikan dialog yang dikatakan oleh tobi atau MADARA ini dalam ‘MOON EYES PLAN’:


3) JUUBI (binatang raksaksa) adalah raksaksa bermata satu yang ingin dibangkitkan oleh MADARA yang kebetulan juga bermata satu.


Bentuk asal mata JUBBI. Setelah saya SAMBUNGKAN menjadi simbol:


ADAKAH IANYA KEBETULAN atau ada MESEJ yang ingin disampaikan oleh pelukis ini?

Pain atau nama sebanarnya Nagato adalah ketua AKATSUKI, mempunyai MATA DEWA (Rinnegan) dalam agama Buddha dan mesir, mampu menghidupkan orang yang telah mati dan mencipta sesuatu mengikut kehendaknya. Dihasut oleh MADARA.

4) MATA DEWA (Rinnengan)


Ini pula adalah simbol ILLUMINATI: SAMA? ya SAMA.

PAIN yang sama dengan “Horus” The One-Eyed Sun God (TUHAN MATAHARI “RA” sebutan mesirnya).

5) UCHIHA SASUKE adalah WATAK kedua dalam cerita ni. Menjadi jahat akibat hasutan licik MADARA. Mari tengok.


Mata dia, LOGO HEXAGRAM SATANISM.

ADAKAH INI JUGA KEBETULAN??
Mungkin Masashi Kishimoto ingin kita mengetahui maksud dari MESEJ yang ingin disampaikan, iaitu bahawa kesemuanya itu berkaitan dengan apa yang terjadi dalam dunia REALITI kita sekarang. Watak-watak ANTAGONIS dan tiap-tiap simbol itu ada mengandung maknanya sendiri. Sesiapa yang mengikuti siri komik ini dari mula hingga sekarang pasti terasa persamaan antara watak MADARA yang mirip akan ciri-ciri tentang DAJJAL, PAIN yang mirip akan Horus (DEWA MATAHARI), dan Sasuke yang makin gelap hatinya dan menuju jalan kejahatan dan kesyaitanan.

Pelukis mungkin terbaca akan kisah-kisah ini dan saya amat mengagumi kecerdikan dan idea yang dia selitkan, dia juga tidak lupa menyampaikan MESEJ bahawa Kebenaran akan selalu menang melawan Kejahatan. Ianya sama sahaja seperti kisah Al-Masih Dajjal yang akan dikalahkan oleh Nabi Isa a.s yang dibantu oleh Imam Mahdi di akhir zaman nanti, kan?

Apa pendapat korang? Haha, Perlu ke kita kaitkan semua ini dengan unsur illuminati atau sebaliknya. Seperti mana yang kita tahu, yahudi memang sentiasa merancang untuk melemahkan, menjatuhkan umat islam dari dulu hinggalah sekarang. Tapi, adakah cerita naruto ini benar-benar berkaitan dengan unsur berikut atau hanya rekaan semata-mata ataupun secara kebetulan je terjadi sedemikian.

Nasihat aku la, sebelum kita menyebarkan atau menerima sesuatu seperti notes, video, gambar dan sebagainya atau share apa-apa kat Facebook. Jangan la mudah percaya bulat-bulat benda tu, tengok dulu macam mana, dapat diterima dek akal atau tak, selidik dahulu kebenarannya sebelum menyebarkannya ya.



We Appreciate Your Comments

14 Respones to "Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Biar Betul?!"

Anonymous said...

ichi=satu
juu=sepuluh


April 23, 2011 at 11:48 PM
Harfiz@Bizstudent said...

Nasib baik saya tak minat mana narUtO!


May 4, 2011 at 4:08 PM
XLAWS said...

haha bagus2. XLAWS pown tak berapa minat tgk


May 5, 2011 at 12:13 AM
Anonymous said...

sokong 1st comment, juu means 10.. bermaksud jumlah ekor kepada binatang yang nk di hidupkan.

bentuk asal mata juubi bergantung kepada sape yang menyambung titik nya.. jika saya sambung kan, saya hanya dapat 1 segitiga kecil dlm segitiga yang lebih besar.


May 5, 2011 at 5:07 PM
Anonymous said...

sbenanye madara tu pkai topeng sbb muke hancur mase lawan hokage pertme..n die de due2 belah mate..sbelah rinnegan sbelah lg sharingan (yg die tunjuk)..cbe korg bace manga die mase konan lawan tobi..topeng die pecah..


May 6, 2011 at 10:15 PM
Anonymous said...

oooooo


May 14, 2011 at 1:06 AM
Anonymous said...

klau tngok skadar hiburan pown x ley?bkan taksub sngat pownn~~


May 14, 2011 at 1:08 AM
XLAWS said...

Aku kalau korang nak ajak sembang Naruto memang lemah cket. huhu sbb da lama x follow. Kalau nak tgk boleh je, tp jgn la smpai terikot2 sudah ^^


May 16, 2011 at 2:42 PM
Anonymous said...

dri ku drjh 3 smpi aku form 2.....xprnh aku prsan nate berok tu ade kt situ =="


May 31, 2011 at 8:17 PM
jonet the jenab said...

mri manoh nate TOBi.....kawe tngok naruto tapi x knl hok mno so TOBI....


June 1, 2011 at 4:46 PM
Anonymous said...

tobi hok pake toping....mate satuw...de sharingang


June 2, 2011 at 1:09 PM
Anonymous said...

Pada pandangan saya, Masashi Kishimoto nak sampaikan mesej kepada kita supaya berhati-hati dgn hasutan illuminati coz mrk mampu menyesatkan sesiapa sahaja yg mrk nak. Coz kalau kita perhati jln cerita Naruto betul2, kita dpt lihat pertarungan antara baik dan jahat sentiasa berterusan. Namun begitu, kita tdk bleh berputus asa n sentiasa cari penyelesaian. Kalau kita hayati anime nie btl2, tak pernah pula Masashi memenagkan pihak musuh kan? Lebih kpd antara pihak yg benar (Naruto) menang ataupun perlawanan seri. Menunjukkan kebenaran pasti akan prevail dan mengungguli semua manakala perlawanan seri menunjukkan kpd kita bhw hanya berada di pihak yg benar tdk brmaksud kita bleh menang dgn bgt shj, kita mesti berusaha dgn memantapkan diri kita dr pelbagai segi kekuatan supaya dpt menang sebarang pertarungan menentang kegelapan. Naruto menunjukkan hal nie dgn berusaha dgn brsungguh-sungguh untk mnjd kuat supaya dpt melindungi org kampung n dpt selamatkan Sasuke, etc.. Cousin saya ada berkongsi satu maklumat dgn saya bbrp tahun lalu tntg anime Naruto. Dlm cerita nie, sesebuah kampung itu dianggap bebas krn tdk berperang walhal hakikatnya, mrk sbnrnya di bawah kawalan Madara krn semua benda yg berlaku kat dorang disebabkan oleh Madara. Cnthnya, perang ninja (dimulakan Madara) yg membuatkan penduduk2 kampung yg terlibat menderita (walaupun perang dah tamat, masih ada pihak yg menderita. penderitaan tue membuatkan mrk berdendam dgn kampung2 trtentu. mrk berazam nak hancurkn kmpg yg mengalahkan kmpg mrk dlm perang dahulu. hal ini mengikut percaturan Madara yg ingin menghancurkan Konoha. Madara kat sini seakan-akan mengawal keadaan dgn mmbuatkn org lain melakukan kerja kotor tanpa mengotorkn tgn sendiri), kemusnahan puak uchiha yg membawa kpd dendam yg bersarang kat hati Sasuke n lain2 yg saya tak dpt nak taip kat sini. Dunia dijadikan bagai permainan catur di mana Madara adalah org jahat yg mengawal keadaan mengikut kehendaknya. Adakalanya dlm menentang pihak yg sesat or the dark forces mmg akan ada yg terkorban sprti Itachi yg mnjd mangsa kebencian Madara trhadap clannya sendiri. Bukan dia shj. Jiraiya, Sandaime dan lain2 jgk terkorban dlm cubaan menegakkan apa yg benar. Mcm terlajak topik pula, ringkasnya, Madara menjadi dalang segala peristiwa yg berlaku tanpa disedari mana2 pihak (sepupu saya menekankan bhw penduduk merasakan diri mrk bebas n bahagia walhal mrk sbnrnya dibwh kawalan Madara secara tdk langsung). Byk lg saya nak kata kat sini tp ilmu saya agak cetek, risau info yg saya kongsi n interpertasi saya salah tntg anime nie. Tapi pd pndgn dan fahaman saya trhdp anime nie, itulah yg cuba disampaikan Masashi. Hidup ini penuh penipuan dan helah mrk yg sesat, oleh itu kita perlu sentiasa berusaha perbaiki diri n bertarung demi menegakkan kbnrn kerana Allah semata-mata. Semua nie pndgn saya sahaja brdasarkn bacaan n interpretasi. Pndgn stiap pihak berbeza. Yg pntg kita ambil yg jernih n buang yg keruh. Semoga Allah menjaga kita dari kesesatan. ^^ . Salam.


January 11, 2012 at 6:55 AM
Afizuddinazhar said...

It's funny how some people don't get the point behind this article.
Balik2 salahkan Naruto. Bc baik2 article ni,dia sbnrnye tgh ckp seolah2 Masashi ni mmg dah rancang nk selitkan kejahatan Illuminati akan dihapuskan in the end. Maksudnya Naruto bukan cerita yg jahat =,= tu pun tk fhm ke.

Anyway ade sedikit kslhn kt article ni. Akatsuki bermaksud Bulan Merah,bukannya senja merah.

Aka = Merah
Tsuki = Bulan


June 6, 2012 at 12:27 AM
suri said...

hehe.mcam2 dunia...


March 25, 2013 at 11:12 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS