Kemunculan Windows 8




Bilakah tarikh rasmi windows 8 akan dikeluarkan?

Ada entri yang mengatakan Windows 8 akan dilancarkan. Namun, tarikh rasmi masih belum diketahui. Mengikut satu artikel di wikipedia, dalam satu Consumer Electronic Show di Las Vegas baru-baru ini, Microsoft ada mengumumkan mereka akan melancarkan satu sistem operasi baru pada tahun 2012. OS tersebut dijangka diberi nama Windows 8.

Ramalan ciri-ciri Windows 8
Selepas Microsoft mengumumkan tarikh jangkaan pelancaran Windows 8, banyak laman web yang membuat ramalan-ramalan mengenai ciri-ciri yang bakal ada pada Windows 8. Antara jangkaan popular ialah maklumat yang didakwa dibocorkan oleh seorang Microsoft Enthusiast bernama Francisco Martin Garcia. Jom kita tengok apa yang dia bocorkan.

Kelajuan & prestasi
Ciri penting yang bakal ada pada Windows 8 adalah kelajuan dan prestari yang lebih tinggi daripada sistem operasi sebelumnya. Microsoft dikatakan bakal memperkenalkan beberapa teknologi generasi baru high speed connectivity seperti sokongan USB 3.0 dan Bluetooth 3.0. Microsoft akan cuba mempertingkatkan prestasi Windows 8 sehingga korang tidak perlu lagi menunggu sistem untuk boot. Konsep ‘instant boot’ akan diperkenalkan.

Kinecs
Antara ciri lain yang bakal ada pada Windows 8 adalah teknologi motion video sensor generasi baru yang bakal digunakan dalam Xbox 360 keluaran akan datang. Teknologi ini mampu mengesan kedatangan pengguna dan membolehkan mereka log in secara automatik.


Kinecs yang didakwa akan diaplikasikan dalam windows 8. Kinces ni macam teknologi Facial Recognition Logon yang sudah terdapat dalam laptop Asus. mungkin lebih baik kot?.

Hardisk Sekuriti
Akhir sekali, Microsoft dijangka memberi fokus kepada enkripsi data yang disimpan di harddisk. Teknologi yang digunakan oleh sistem operasi Windows sekarang adalah Bitlocker.

Secara kesimpulannya, sekiranya maklumat ini adalah benar, Windows 8 dilihat bakal memberi fokus kepada prestasi dan kelajuan. Apa-apa sama-sama kita tunggu kemunculan Windows 8 sama ada pada awal 2012 atau lewat tahun ini.



We Appreciate Your Comments

6 Respones to "Kemunculan Windows 8"

Arya Putra said...

cun la bro!
adoyai..
aku tengah gilakan windows 7 ni..
sekali 8 dah nak kuar la plak..huhuhu..


April 12, 2011 at 11:23 AM
XLAWS said...

hehe ko gilakan win 7. aku gilakan ubuntu lak skang ni. =D


April 12, 2011 at 4:57 PM
Arya Putra said...

ko terer bro..takpe la..
aku hanye insan yg lemah..yg melukut..isk..isk..(tak sanggup nk habiskan ayat)

aku tak reti sangat nak guna ubuntu, linux..aku masih bertatih..


April 12, 2011 at 9:45 PM
XLAWS said...

aku pown baru belajar gak bro. =D


April 13, 2011 at 12:35 AM
hanafi lee said...

xlaws ade x microsoft office untuk ubuntu??


May 5, 2011 at 3:47 AM
XLAWS said...

aku xde la pulak software tu.huhu open office tu x ok ke?


May 16, 2011 at 2:45 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS