Ikona Maps: Antivirus Buatan Malaysia




Sebelum korang nak baca tu XLAWS minta maaf sangat-sangat sebab post kali ni panjang sangat. Tapi ni XLAWS bagi detail habis punya. Haaaa jadi kena tekun kalau nak dapatkan ilmu baru tu. =D

Pada mulanya, XLAWS meragui kebenaran berita ini. Tetapi, inilah hakikatnya. Negara kita telah berjaya menghasilkan satu perisian antivirus yang amat istimewa. Iaitu antivirus yang tidak perlu diupdate. Dengan kata lain, perisian ini boleh digunakan pada komputer yang tidak mempunyai internet. Memang diakui, terdapat perisian antivirus ciptaan negara lain yang tidak perlu diupdate. Ini kerana, jika kita melihat pada zaman asal penciptaan komputer, antivirus yang digunakan hanyalah perisian yang ringkas. Oleh kerana saban hari virus ini mula berevolusi dengan kadar lebih kurang 800 virus dicipta pada setiap hari, maka, ini mendorong syarikat-syarikat antivirus untuk sentiasa mengemaskini data virus-virus yang baru dan unik.

Apa yang menariknya tentang Ikona Maps ini, ia mampu mengesan virus sebelum ia memasuki RAM (Random Access Memory) lagi. Inilah ciri paling istimewa antivirus ciptaan tempatan ini. Menurut pegawai operasi syarikat tersebut, Ikona Maps merupakan satu-satunya antivirus di dunia ini yang menawarkan ciri sedemikian. Namun, sejauh mana kemampuan sebenar antivirus ini belum diketahui kerana produk ini masih belum dipasarkan. Adakah Ikona Maps mampu bergiat aktif mengesan virus-virus komputer yang semakin berevolusi dan trend menunjukkan para pencipta virus sudah pandai mencari kelemahan di dalam setiap perisian antivirus yang dikeluarkan. Marilah kita sama-sama menunggu keluarannya.

Di sini XLAWS ingin tambahkan lagi mengenai Ikonia Maps ni lagi. Jom Baca.

MAPS adalah "Malware Attack Prevention System" yang mana berkeupayaan penuh mengatasi masalah sistem komputer di serang secara sedar atau pon secara tak sengaja, seperti terklik laman web yang di penuhi "Virus" atau "Malware". Tak lupa juga dari CD, DVD, Pendrive, Bluetooh, Email dan Hacker!.

MAPS adalah satu-satunyanya aplikasi yang tidak mengunakan sambungan internet, tiada updates, virus database dan patches. Sekiranya MAPS mengenal pasti virus di PC anda, ia hanya lah dikenal pasti sebagai "MALWARE". Apa yang penting adalah, sistem anda free virus setiap masa.

MAPS hanya mengunakan 4% CPU komputer anda untuk memerhati dan scanning sistem anda tanpa henti. MAPS adalah software yang pertama active dulu setelah komputer dihidupkan (sebelum nak boot windows dia dah active dulu) dan yang terakhir berhenti ketika komputer dimatikan. Tidak seperti antivirus lain yang mengunakan banyak tenaga cpu, memori ketika scanning dan mengunakan hampir keseluruhan speed internet ketika updates, dalam banyak kes para pengguna terpaksa berhenti menggunakan PC semata-mata hanya untuk memberi laluan untuk antivirus lain untuk scan PC korang dengan asalan "berat", betul tak?.

Ikona MAPS menggunakan 2 cara untuk memerhati dan mengesan setiap software atau prosess. MAPS memerhati "kelakuan" dan "perbuatan". Setelah MAPS memasuki sistem anda ianya akan berada di system level memerhatikan KERNEL dan RAM PC anda. Setiap file akan execute di RAM akan di perhatikan oleh MAPS, sekiranya proses adalah tidak menyamai dengan keperluan sistem anda ianya akan dihapuskan dengan tanpa memberi ruang untuk file tersebut sampai ke Hard Disk. MAPS juga memerhatikan driver dbase anda setiap perubahan yang berlaku akan di perhatikan. Sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan berlaku ianya akan di kuarantinkan.

MAPS tidak akan sesekali berhenti proses PC korang, MAPS tidak boleh di deleted, MAPS hanya boleh di uninstall. Sekiranya sistem file anda dengan sengaja di deleted atas tujuan khianat, MAPS akan melaku restore dengan sendiri.

Ikona MAPS menyediakan control panel yang sangat mudah digunakan. Korang berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dilakukan oleh komputer korang dan apa yang tidak boleh dilakukan, dari sekecil menyekat text dokumen anda dari dibaca atau disalin hingga kepada menghadkan kepada penggunaan speed internet kepada beberapa jam sehari, yang mana semua boleh anda tentukan semudah satu clik sahaja.

Ikona MAPS merekodkan setiap perkara yang berlaku kepada PC anda didalam log, MAPS tidak akan terlepas pandang walaupun hanya sekecil menukar tetikus lama kepada yang baru, membuang, quarantine, save file. Log juga berkeupayaan merekod setiap malware yang anda temui semasa anda melayari internet.

Ikona MAPS di jangkakan akan berada di pasaran pertengahan tahun ini dengan harga RM150 hingga RM500.
  • IkonaSoftware (M) Sdn.Bhd. sebuah syarikat milik bumiputera Malaysia yang berdaftar di Bahnhoffstrasse, Switzerland, telah membangunkan aplikasi sistem perlindungan komputer dikenali sebagai Ikona MAPS (Sistem Perlindungan Serangan Malware).
  • Installation Ikona juga unik kerana menggunakan Thumbdrive berbanding penggunaan CD atau download di Internet demi mengelak dari tiruan.
  • Ikona MAPS dibangunkan selama empat tahun dan memerlukan kira-kira 300 tenaga pakar untuk menjadikannya satu realiti.
  • Ia merupakan aplikasi perlindungan komputer empat dalam satu iaitu antivirus, antispyware, antimalware dan antihack.
  • Ikona MAPS mampu beroperasi secara tunggal tanpa capaian internet, tidak menganggu aplikasi lain dan beroperasi sepanjang masa.
  • Ikona MAPS adaladah perisian pintar yang mempunyai dua enjin pengkomputeran utama iaitu tujuan dan perangai.
  • Ia melindungi komputer daripada serangan siber meliputi malware seperti virus, cecacing, eksploit, backdoor, key logger, Trojan, wabbit, root kit, spyware serta hacker.
  • Semasa installation, Ikona akan melakukan imbasan ke seluruh sistem dan perisian yang ada dalam komputer dan ia dilakukan di antara 5 hingga 9 minit. Imbasan default Ikona pula disetkan setiap 30 saat dan diselesaikan dalam masa 8 saat. Ia tidak memperlahankan komputer.

Ikonia System Requirement.
Windows: 2000 Pro, Server 2003 & 2008, Vista, XP.
Processor: 1GHz Pentium processor.
RAM: 96 MB (Minimum); 256MB (Recommended).
HDD: Up to 500MB of available space may be required.
    Berikut adalah petikan dari Kosmo.
    Ikona Maps dahului industri Antivirus.

    KUALA LUMPUR - Walaupun masih belum dipasarkan, Ikona Maps, produk anti virus yang dicipta anak Malaysia, telah berjaya mendahului produk anti virus di dunia kerana menepati modul dan ciri-ciri keselamatan ISO 20071/2.

    Penasihat Ikona Software (M) Sdn. Bhd. Datuk Ishak Ismail (gambar) berkata, dengan kejayaan yang dicapai, Ikona Maps kini adalah pemacu industri anti virus yang selama ini dikuasai oleh negara luar.

    Datuk Ishak Ismail

    "Walaupun baru dihasilkan dan belum dipasarkan, namun Malaysia boleh berbangga kerana Ikona Maps kini telah pun mendahului senarai kerana belum ada lagi mana-mana syarikat pengeluar anti virus lain yang menepati ciri-ciri dan modul bagi memenuhi kriteria pensijilan ISO.

    "Beberapa buah negara telah pun bersetuju membuat tempahan namun sasaran utama kami sebelum memasuki pasaran global adalah untuk memastikan Ikona Maps mendapat tempat di negara ini khususnya di kalangan badan-badan kerajaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

    Screenshot Ikonia.


    Ikonia Maps New Design Packaging.


    Sumber diambil dari techadders, Kosmo, Lowyat Forum, Hollowgram dan diubahsuai oleh XLAWS.


    We Appreciate Your Comments

    7 Respones to "Ikona Maps: Antivirus Buatan Malaysia"

    Arya Putra said...

    kene bayar ke bro?mane ko dapat berita ni?
    kalau kena bayar tak syok la..


    April 13, 2011 at 8:15 AM
    XLAWS said...

    haah kene bayar dalam RM150 ~ RM 500. dia ada 3 package law x silap. berita ni aku dapat dari techladders, kosmo, lowyat forum, Hollowgram. ada sumber dia kat akhir post tu.


    April 13, 2011 at 10:03 AM
    benji said...

    saya siap dapat sticker dia lagi.
    member bagi.
    dengar citer aman shah yang wat ni ya?
    xtau la.


    April 13, 2011 at 11:02 AM
    XLAWS said...

    Aman shah? saya pun tak taw lagi. hehe


    April 13, 2011 at 2:17 PM
    XLAWS said...

    bro Benji kalo ada sumber lagi pasal ni sila share ye. =D


    April 13, 2011 at 2:18 PM
    Mr.John said...

    apela korg nih..ini kan produk bumiputera..produk org islam..anggapla bayaran itu sbg sedekah kpd agama kita..sbb kita membantu saudara2 kita kat dlm tu..skrg nih mereka dah bgnkan AV xyah update..dgn adenye sokongan dr korg..ia dapat buat R&D dan improve version yg sedia ada..


    June 30, 2013 at 6:05 PM
    azis said...

    kalau mau antivirus buat computer silahkan download Smadav antivirus di link Smadav.net HOME
    thanks,


    February 11, 2015 at 3:47 PM

    Post a Comment

    Blog Fansub XLAWS

    J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
     
    Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS