Cara Tukar Emoticon Di Cbox




Cbox merupakan sebuah chatbox yang boleh dipasang pada pelbagai website. Cbox juga sama seperti shoutmix dan pelbagai lagi. Bagi XLAWS cbox memang sungguh mudah digunakan. Apa yang menarik kita boleh ubah emoticon yang lama kepada baru, tapi kita kena setting sikit. OK, kali ni XLAWS nak ajar macam mana nak tukar emoticon di Cbox.

Kalau untuk shoutmix atau lain-lain minta maaf, serius XLAWS tak tahu nak ubah macam mana.

Pertama sekali korang haruslah register di laman webs Cbox dulu.
http://www.cbox.ws/

Lepas tu, login dan pergi ke Options>Smilies.


Delete semua emoticon yang ada dengan klik "X".


Seterusnya untuk add emoticon Yahoo pergi ke website ni.
http://messenger.yahoo.com/features/emoticons/

Pilih mana-mana emoticon yang korang suka lepas tu klik kanan dan pilih Copy Image Location macam gambar dibawah ni.


Pergi balik ke Cbox korang tadi dan paste di tempat URL yang telah disediakan. Contoh macam gambar di bawah ni. Untuk code tu tulis la apa-apa yang korang nak. Pastu ulangi seperti langkah diatas untuk menambah lagi emoticon.


Setelah ditambah beberapa emoticon akan menjadi seperti ni.


Kalau korang tak cukup baris nak tambah emoticon, cuma klik button New Row sahaja.


Apabila korang dah berpuas hati, jangan lupa tekan Save ya!. Hasilnya seperti gambar di bawah ni.
(Note: Ni XLAWS guna emoticon lain ye)


Lepas ni chatbox korang lagi bertambah meriah la kali ni. =D

Ramai juga orang tanya, kenapa tak guna shoutmix? shoutmix lagi best kowt. Tapi ni la jawapannya, kenapa XLAWS lebih suka guna Cbox sebab senang digunakan dan boleh tukar emoticon dengan senang juga!. Harap segala persoalan yang bermain di kepala hotak korang selama ni telah terjawab!. (opss terkasar bahasa sikit) maaf yek! hehehe


Apple Menghina Islam!





Pertama sekali XLAWS nak minta maaf sebab artikel ni memang dah lama. Waktu kejadian pada Oktober, 10, 2006. Tapi XLAWS nak beritahu kepada semua pengunjung supaya untuk pengetahuan ramai.

"Projek Apple Mekah" Membangkitkan kemarahan umat Islam
Mesej yang dihantar oleh MEMRI.

Pada Oktober 10, 2006. 1 website Islam telah post mesej untuk mengingatkan semua Muslim mengenai penghinaan baru pada Islam. Menurut mesej, bangunan berbentuk sama dengan Kaabah yang dibina di New York City, di Fifth Avenue di antara 58 dan 59 jalan di tengah bandar Manhattan, sangat jelas bertujuan untuk membangkitkan kemarahan umat Islam. Kenyataan bangunan itu menyerupai Kaabah yang disebut "Apple Mekah". Bangunan tersebut dibuka 24jam sehari seperti Kaabah, dan paling teruk sekali, di dalamnya mengandungi bar menjual minuman keras. Memang sangat jelas ianya bertujuan untuk menghina Islam!!!.

Masalah tersebut selesai apabila projek tersebut berakhir. Pembinaan bangunan tersebut tidak kelihatan sama seperti Kaabah sama sekali, melainkan semua struktur-struktur bentuk kiub ialah dilarang kepada orang-orang kafir.


Hitman 2: Game Tembak Orang Melayu




Baru-baru ni XLAWS ada post pasal Games Yang Menghina Islam. Tapi kali ni XLAWS nak beritahu korang semua pasal games yang menghina orang Melayu pula.

Tak habis-habis dengan agenda Yahudi ingin menghina Islam, tetiba lak ada game yang menghina bangsa Melayu. Apa kejadahnya?. Game Hitman 2 ni yang berkisah seorang karakter berkepala botak! ingin melunaskan misinya dibantu oleh pendeta dengan mencari dan membunuh boss mafia (kalau tak silap aku).

Bukti mereka hina orang Melayu pada gameplay dibawah:



Banyak perkataan Melayu disebut antaranya ialah:
Perkataan "lu gila!!" banyak disebutkan
"banduan" masa 1:44
"apahal ni?" masa 1:48
"boleh tahan" masa 1:49

Memang banyak disebut dalam gameplay tersebut!.

Yang aku pelik, masa minit ke 1:56 ada tulis, "Screw you, Haji".
Apa maksud Haji ni? Tembak Pak Haji ke???

Mereka ingat orang Melayu ni macam bodoh je. Ramai pak guard tewas di tangan seekor mamat berkepala botak ni.

Note: XLAWS pun terkejut gak tengok gameplay tu, pakaian polis kat dalam tu macam pakaian polis zaman dulu-dulu je. Dorang ni memang ada tak puas hati dengan polis Malaysia ke apa?. Ntahla, nilai lah sendiri.


C&C Zero Hour Shockwave v1.1 (Game Favourite XLAWS)




Hari ni XLAWS nak share sikit dengan game kegemaran XLAWS. Ni la dia, Command & Conquer Generals Zero Hour Shockwave. Game pada tahun 09/22/2003 tapi masih mantap lagi 1 dunia sampai sekarang sebab cara permainan dia best giler!. Kenapa Shockwave? ni hanya mod tambahan je, macam-macam yang ditambah kat dalam mod ni contohnya, kenderaan, unit, bangunan, skins, kesan khas sumer baru!. Banyak lagi mod, ada beratus-ratus dan banyak juga XLAWS da main mod tu. Tapi antara semua tu ni la yang paling best sekali. Tak percaya cuba la dulu. Pasni mesti ketagih nak main game ni lagi. hehehe


XLAWS taw kalau korang install mesti dapat error "technical difficulties" kan?. Nak setelkan masalah tu semua senang je. Masalah dia cuma patch je yang bermasalah. Jangan risau XLAWS ada sediakan download patch kat bawah ni.

Nak install korang kene buat "clean install" bermaksud, delete semua file & data yang ada kene mengena Command & Conquer ni barulah boleh install.

Apa yang penting korang kene install: (Follow step by step ye).
1. Install Command & Conquer Generals.
2. Copy & paste crack game.
3. Install Command & Conquer Generals Zero Hour.
4. Install Shockwave Mod v1.1
5. Copy & paste Zero Hour crack game.
6. Enjoy!

Korang pandai buat sendiri ni semua kan. =D

Note: Shockwave v1.1 adalah mod yang terakhir oleh SWR Production. (Completed 100%)


Kalau korang takde Installer untuk game tersebut XLAWS sediakan sekali di sini.
C&C Generals + Zero Hour DVD ISO 1 Link


DOWNLOAD

Special Thanks To: Team SWR
Sumber


Apa Itu Silent Install?




Software Silent install? Apa benda tu?. Mungkin perkataan tu kita tak pernah dengar, tapi untuk para pakar komputer yang sering menginstall software mungkin sudah tahu apa yang ingin XLAWS jelaskan. Tapi alangkah baiknya XLAWS menjelaskan dulu apa itu software Silent Install.

Updated! (23/4/2011)
Ketika korang sedang menginstall software ke dalam komputer, biasa korang akan nampak license agreement, kene tick sini, tekan button OK, next, masukkan serial key, akhir sekali mesti nak crack Betul tak?. Dengan Silent Install ni korang tak perlu nak buat tu semua lagi, cuma install dan tunggu, secara automatik software yang korang install tu akan siap di install dengan pantas. Selepas tu korang boleh gunakan macam biasa.

Buat masa ni XLAWS hanya nak terangkan je apa tu Silent Install. Untuk tutorial buat software Silent Install akan XLAWS postkan tak lama lagi. InsyaAllah. Sabo jela =D


Malaysian Independent Clothing Line




Psychotic Wear is a independent clothing line based in Kuala Lumpur since 2008, Before this we used RgX Clothing as our branding name but now we are back on business. We sell T-shirt with Monsterish And Evilish Design. Even though we are still new to this industry but we will give you the best shot. For now we still dont have our own design but we do sell other replica T-shirt such as DropDead, HateHero & Famous Band T-shirt. So Stay In Touch!

For More Information you guys can email us as:
psychoticwear@rocketmail.com
or just simply dial our phone number
017-3562756

You Can Simply “LIKE” Us On Facebook! Here:
http://www.facebook.com/psychoticwear

T-Shirt Design





How To Remove Subtitle From Video



This tutorial will teach you all How To Remove Subtitle From Video (Softsubs). This tutorials very easy to follow. Don't worry about anything. So, let's begin our tutorial.

UPDATED!!! (31/7/2011)
Note #1: This tutorial only remove subtitle from MKV.
Note #2: Can remove softsubs only. Impossible to remove hardsub.

Firstly, you must download this software, don't worry this is just freeware.
XviD4PSP

Note #3: Please click the image if you don't see the image clearly.

After that just install the software and open it.

Go Tools>MKVMerge


Second steps is click add button and select which video you need to remove the subtitle.


And it will provide information on what is contained in the video file. So for this tutorial we just need to remove the subtitle.

1. Untick box S_TEXT/ASS. You can see what type it is.
2. Select button Browse to save your file.
3. Click button Start muxing.


Muxing process is running.


Done!!!..Try see your video, no subtitle anymore right?. hahaha

Explaining About Muxing
This process can remove audio or subtitle from video and it will converted to MKV without loss any video quality. (Tested By XLAWS).

This is the difference between before & after muxing

BEFORE

AFTER

There are 2 methods how to put your own subtitle:

First, Open video and click Subtitles tab and select Add. After that you need to convert them. For more details about convert, see HERE.


Second method is, after you already add your video:

1. Press button add and select your subs.
2. Untick original subs and tick your subs.
3. Press Browse to save your video.
4. Click Start Muxing.


Piece of cake right? =D
Let me know if this tutorials really help you!

Regards from:
XLAWS


Trick Windows Paling Mustahil




Kali ni XLAWS nak cabar korang. Kalau korang berjaya buat memang LEGEND la. hehe.

OK cabarannya ialah, korang create 1 new folder. Lepas tu rename folder tu dengan list nama di bawah 1 per 1. Kalau boleh memang korang Legend! SERIUS!. Kalau tak boleh jangan sedih macam kakak kat atas tu. hahaha =D


1. CON
2. PRN
3. AUX
4. CLOCK$
5. NUL
6. A:-Z
7. COM1
8. LPT1
9. LPT2
10. LPT3
11. COM2
12. COM3
13. COM4


Amacam? tak boleh kan?. Ada keluar amaran "the specific device name is invalid". hahaha sebenarnya perkataan-perkataan ni telah di reserve oleh sistem windows. Memang korang tak boleh ubah, tak kira la format gambar/lagu/video/shortcut dan pelbagai lagi. Kalau dapat ubah pun mungkin nanti OS korang jadi bengong sikit.

Apa sebenarnya 13 perkataan tu?

1. CON - Keyboard and display
2. PRN - System list device, usually a parallel port
3. AUX - Auxiliary device, usually a serial port
4. CLOCK$ - System real-time clock
5. NUL - Bit-bucket device
6. A:-Z: - Drive letters
7. COM1 - First serial communications port
8. LPT1 - First parallel printer port
9. LPT2 - Second parallel printer port
10. LPT3 - Third parallel printer port
11. COM2 - Second serial communications port
12. COM3 - Third serial communications port
13. COM4 - Fourth serial communications port


Video Tutorial Aegisub Untuk Beginner




Apa-apahal biar XLAWS terangkan dulu mengenai Aegisub ni. Aegisub adalah freeware yang digunakan untuk subs movie/anime/music video pada masa kini. yeah, XLAWS pun sekarang ni menggunakan software ni untuk subs music video kegemaran.

Kebanyakkannya digunakan oleh fansub untuk subs anime. Apa yang paling menarik tentang Aegisub adalah korang boleh buat karaoke effect pada fonts tersebut. Haaaa tak percaya ke?. Kalau tak percaya cuba lihat video di bawah ni sebentar. Memang cool la effect dia!. hahaha =D

Aegisub Karaoke Effect



Tapi tutorial ni XLAWS tak ajar macam ni lagi. Korang kene belajar yang basic dulu OK?. Kepada korang yang nak belajar sangat-sangat Aegisub ni sila lihat video di bawah.



Kalau nak download boleh je.

Mediafire
http://www.mediafire.com/?5hbp453735afu1b

Kalau ada rezeki XLAWS akan buatkan tutorial Aegisub seterunya OK? =D


Cara Convert Link Torrent Ke Direct Link!




Salam semua kepada kaki download. hahaha, post kali ni special kepada semua kaki download dari mana-mana especially Torrent. XLAWS kali ni nak ajar korang macam mana nak convert link torrent menjadi direct link. Mungkin antara dari pembaca post ni dah tahu cara ni. Tapi XLAWS nak share pada sesiapa yang tak tahu lagi. Tanpa membuang masa jom follow tuto XLAWS buat ni.

Pertama sekali korang mesti register pada laman web ini macam biasa:

Selepas register, cari file torrent apa yang korang nak download. (File software/movies/music video dan apa-apa saja asalkan dari torrent).

XLAWS suka download file torrent kat sini:
http://thepiratebay.org/

Lepas tu copy link location file torrent macam gambar di bawah ni.

Note: Sila klik gambar untuk besarkan jika tak nampak ye.


Lalu pastekan dalam ruangan kosong di website torrific seperti gambar di bawah dan tekan button get.


Seterusnya dia akan bagi details apa yang terkandung di dalam file torrent tersebut. dan tekan button initiate bittorent transmission.


Selepas tu dia akan generate kan direct link untuk korang dan tekan link yang diberikan untuk download.


Apa yang bagus tentang torrific ni?
  • Download secara direct link, bermakna tak perlu gunakan account premium untuk download.
  • Download boleh resume kembali sekiranya korang nak sambung download balik pada bila-bila masa.

Keburukannya XLAWS tak jumpa lagi buat masa ni.

Torrific ni juga membenarkan korang convert file torrent kepada direct link hingga 10GB sahaja. Kalau nak lebih daripada tu, kene bayar untuk dapatkan premium akaun dengan tanpa had nak convert lebih 10GB.

Sekarang ni XLAWS pun tengah convert link torrent 4GB. Tapi untuk file besar-besar ni ambil masa sedikit untuk convertkan kepada direct link. Contoh macam gambar dibawah ni:


Dia siap beritahu bila tempoh file tersebut akan siap convert. XLAWS punya lagi 45 jam lagi. Tapi XLAWS tak kesah sebab janji boleh download direct lepas ni dan nak sambung download bila-bila pun boleh. Daripada nak tunggu download pakai client torrent memang payah sebab file torrent tu pun ada 2 seeders je. huh! memang berabad la kalau nak tunggu macam tu!. hehe

Sampai sini je tutorial XLAWS kali ni ye. ehehe =D


Ikona Maps: Antivirus Buatan Malaysia




Sebelum korang nak baca tu XLAWS minta maaf sangat-sangat sebab post kali ni panjang sangat. Tapi ni XLAWS bagi detail habis punya. Haaaa jadi kena tekun kalau nak dapatkan ilmu baru tu. =D

Pada mulanya, XLAWS meragui kebenaran berita ini. Tetapi, inilah hakikatnya. Negara kita telah berjaya menghasilkan satu perisian antivirus yang amat istimewa. Iaitu antivirus yang tidak perlu diupdate. Dengan kata lain, perisian ini boleh digunakan pada komputer yang tidak mempunyai internet. Memang diakui, terdapat perisian antivirus ciptaan negara lain yang tidak perlu diupdate. Ini kerana, jika kita melihat pada zaman asal penciptaan komputer, antivirus yang digunakan hanyalah perisian yang ringkas. Oleh kerana saban hari virus ini mula berevolusi dengan kadar lebih kurang 800 virus dicipta pada setiap hari, maka, ini mendorong syarikat-syarikat antivirus untuk sentiasa mengemaskini data virus-virus yang baru dan unik.

Apa yang menariknya tentang Ikona Maps ini, ia mampu mengesan virus sebelum ia memasuki RAM (Random Access Memory) lagi. Inilah ciri paling istimewa antivirus ciptaan tempatan ini. Menurut pegawai operasi syarikat tersebut, Ikona Maps merupakan satu-satunya antivirus di dunia ini yang menawarkan ciri sedemikian. Namun, sejauh mana kemampuan sebenar antivirus ini belum diketahui kerana produk ini masih belum dipasarkan. Adakah Ikona Maps mampu bergiat aktif mengesan virus-virus komputer yang semakin berevolusi dan trend menunjukkan para pencipta virus sudah pandai mencari kelemahan di dalam setiap perisian antivirus yang dikeluarkan. Marilah kita sama-sama menunggu keluarannya.

Di sini XLAWS ingin tambahkan lagi mengenai Ikonia Maps ni lagi. Jom Baca.

MAPS adalah "Malware Attack Prevention System" yang mana berkeupayaan penuh mengatasi masalah sistem komputer di serang secara sedar atau pon secara tak sengaja, seperti terklik laman web yang di penuhi "Virus" atau "Malware". Tak lupa juga dari CD, DVD, Pendrive, Bluetooh, Email dan Hacker!.

MAPS adalah satu-satunyanya aplikasi yang tidak mengunakan sambungan internet, tiada updates, virus database dan patches. Sekiranya MAPS mengenal pasti virus di PC anda, ia hanya lah dikenal pasti sebagai "MALWARE". Apa yang penting adalah, sistem anda free virus setiap masa.

MAPS hanya mengunakan 4% CPU komputer anda untuk memerhati dan scanning sistem anda tanpa henti. MAPS adalah software yang pertama active dulu setelah komputer dihidupkan (sebelum nak boot windows dia dah active dulu) dan yang terakhir berhenti ketika komputer dimatikan. Tidak seperti antivirus lain yang mengunakan banyak tenaga cpu, memori ketika scanning dan mengunakan hampir keseluruhan speed internet ketika updates, dalam banyak kes para pengguna terpaksa berhenti menggunakan PC semata-mata hanya untuk memberi laluan untuk antivirus lain untuk scan PC korang dengan asalan "berat", betul tak?.

Ikona MAPS menggunakan 2 cara untuk memerhati dan mengesan setiap software atau prosess. MAPS memerhati "kelakuan" dan "perbuatan". Setelah MAPS memasuki sistem anda ianya akan berada di system level memerhatikan KERNEL dan RAM PC anda. Setiap file akan execute di RAM akan di perhatikan oleh MAPS, sekiranya proses adalah tidak menyamai dengan keperluan sistem anda ianya akan dihapuskan dengan tanpa memberi ruang untuk file tersebut sampai ke Hard Disk. MAPS juga memerhatikan driver dbase anda setiap perubahan yang berlaku akan di perhatikan. Sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan berlaku ianya akan di kuarantinkan.

MAPS tidak akan sesekali berhenti proses PC korang, MAPS tidak boleh di deleted, MAPS hanya boleh di uninstall. Sekiranya sistem file anda dengan sengaja di deleted atas tujuan khianat, MAPS akan melaku restore dengan sendiri.

Ikona MAPS menyediakan control panel yang sangat mudah digunakan. Korang berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dilakukan oleh komputer korang dan apa yang tidak boleh dilakukan, dari sekecil menyekat text dokumen anda dari dibaca atau disalin hingga kepada menghadkan kepada penggunaan speed internet kepada beberapa jam sehari, yang mana semua boleh anda tentukan semudah satu clik sahaja.

Ikona MAPS merekodkan setiap perkara yang berlaku kepada PC anda didalam log, MAPS tidak akan terlepas pandang walaupun hanya sekecil menukar tetikus lama kepada yang baru, membuang, quarantine, save file. Log juga berkeupayaan merekod setiap malware yang anda temui semasa anda melayari internet.

Ikona MAPS di jangkakan akan berada di pasaran pertengahan tahun ini dengan harga RM150 hingga RM500.
  • IkonaSoftware (M) Sdn.Bhd. sebuah syarikat milik bumiputera Malaysia yang berdaftar di Bahnhoffstrasse, Switzerland, telah membangunkan aplikasi sistem perlindungan komputer dikenali sebagai Ikona MAPS (Sistem Perlindungan Serangan Malware).
  • Installation Ikona juga unik kerana menggunakan Thumbdrive berbanding penggunaan CD atau download di Internet demi mengelak dari tiruan.
  • Ikona MAPS dibangunkan selama empat tahun dan memerlukan kira-kira 300 tenaga pakar untuk menjadikannya satu realiti.
  • Ia merupakan aplikasi perlindungan komputer empat dalam satu iaitu antivirus, antispyware, antimalware dan antihack.
  • Ikona MAPS mampu beroperasi secara tunggal tanpa capaian internet, tidak menganggu aplikasi lain dan beroperasi sepanjang masa.
  • Ikona MAPS adaladah perisian pintar yang mempunyai dua enjin pengkomputeran utama iaitu tujuan dan perangai.
  • Ia melindungi komputer daripada serangan siber meliputi malware seperti virus, cecacing, eksploit, backdoor, key logger, Trojan, wabbit, root kit, spyware serta hacker.
  • Semasa installation, Ikona akan melakukan imbasan ke seluruh sistem dan perisian yang ada dalam komputer dan ia dilakukan di antara 5 hingga 9 minit. Imbasan default Ikona pula disetkan setiap 30 saat dan diselesaikan dalam masa 8 saat. Ia tidak memperlahankan komputer.

Ikonia System Requirement.
Windows: 2000 Pro, Server 2003 & 2008, Vista, XP.
Processor: 1GHz Pentium processor.
RAM: 96 MB (Minimum); 256MB (Recommended).
HDD: Up to 500MB of available space may be required.
    Berikut adalah petikan dari Kosmo.
    Ikona Maps dahului industri Antivirus.

    KUALA LUMPUR - Walaupun masih belum dipasarkan, Ikona Maps, produk anti virus yang dicipta anak Malaysia, telah berjaya mendahului produk anti virus di dunia kerana menepati modul dan ciri-ciri keselamatan ISO 20071/2.

    Penasihat Ikona Software (M) Sdn. Bhd. Datuk Ishak Ismail (gambar) berkata, dengan kejayaan yang dicapai, Ikona Maps kini adalah pemacu industri anti virus yang selama ini dikuasai oleh negara luar.

    Datuk Ishak Ismail

    "Walaupun baru dihasilkan dan belum dipasarkan, namun Malaysia boleh berbangga kerana Ikona Maps kini telah pun mendahului senarai kerana belum ada lagi mana-mana syarikat pengeluar anti virus lain yang menepati ciri-ciri dan modul bagi memenuhi kriteria pensijilan ISO.

    "Beberapa buah negara telah pun bersetuju membuat tempahan namun sasaran utama kami sebelum memasuki pasaran global adalah untuk memastikan Ikona Maps mendapat tempat di negara ini khususnya di kalangan badan-badan kerajaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

    Screenshot Ikonia.


    Ikonia Maps New Design Packaging.


    Sumber diambil dari techadders, Kosmo, Lowyat Forum, Hollowgram dan diubahsuai oleh XLAWS.


    Blog Fansub XLAWS

    J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
     
    Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS