Web Browser Terbaik, Terhebat & Terpantas!



Selepas Mozilla Firefox 4 dilancarkan kelmarin, dan Internet Explorer 9 juga telah dilancarkan, nampaknya Google Chrome perlu mengatasi masalah shockwave playernya yang kerap mengalami crash akibat tidak dapat menanggung 'beban' dari laman web yang memakai kod baru atau kod yang terlalu 'berat'. Untuk menyelesaikan masalah ini kami berjaya menemukan sebuah web browser yang telah dibuat dari Jepun, iaitu LUNASCAPE (Version 6.4.4) yang mempunyai ketiga-tiga elemen dari web browser utama.


Akan tetapi, Lunascape adalah web browser yang memakai KETIGA-TIGA enjin dari web browser utama tadi iaitu Internet Explorer, Google Chrome, dan Mozilla Firefox..

Lunascape = IE (Trident)+Firefox (Gecko)+Chrome・Safari (Webkit)

Ini bermakna, ia juga menyokong ketiga-tiga add on dari web browser yang telah dipasang pada PC anda! pendek kata ia adalah web browser Universal Add-On!

Kalau anda rasakan Mozilla Firefox begitu User Friendly, Google Chrome Begitu pantas sekali, dan Internet Explorer memudahkan kerja-kerja pejabat anda, maka Lunascape lebih lagi!. Add-On dari Mozilla Firefox dapat dipakai dengan cemerlang tanpa masalah. Selain itu, apabila anda menemukan sebuah laman yang tidak dapat dibuka dengan baik oleh Lunascape, anda hanya perlu menukar enjinnya sahaja!.

Lunascape telah diuji untuk membuka 100 tab pada satu masa (serentak) dan terbukti ia tidak mengalami masalah sedikit pun dan ia juga menyokong pemasangan pada Windows 7 dengan tiga enjin dari web browser ternama lagi tersohor itu, maka anda tidak perlu lagi menukar-nukar web browser untuk capaian laman yang lebih baik. Hanya tukarkan enjin dan anda sudah pun diibaratkan sedang memakai 'web browser' tersebut. Contohnya apabila anda memakai enjin Trident, anda ibarat sedang membuka Internet Explorer..apabila anda tukar (switch) kepada Gecko, anda sudahpun menukar ia kepada Mozilla Firefox..begitu juga apabila anda menukar ia kepada Webkit, ibarat anda sedang melayari internet dengan menggunakan Google Chrome. Ya, begitulah perumpamaan untuk kebolehan Lunascape.

Lunascape juga mempunyai kebolehan dari Google Chrome iaitu 'Inspect' yang sekiranya anda periksa pada Google Chrome, ianya adalah 'Inspect Element'..aplikasi yang sama, nama sahaja berbeza..ia digunakan untuk melihat kod yang digunakan pada sesebuah blog atau laman web..

Ia juga menyokong pemasangan secara mudah alih (Portable) iaitu ia boleh dipasangkan pada pendrive anda. Wah! ini sudah cukup bagus.

Lunascape bukan sekadar memakai 3 ENJIN UTAMA sahaja, tetapi yang pasti ia LEBIH PANTAS BERBANDING WEB BROWSER YANG ASAL.

jadi kenapa perlu memasang tiga web browser sedangkan anda hanya perlu memasang SATU sahaja pada PC anda? saiznya setelah dipasang juga tidak begitu besar berbanding Google Chrome iaitu cuma 122MB sahaja (Google Chrome 146MB).

Untuk mencuba perisian web browser ini, anda boleh DOWNLOAD SINI. Pastikan download yang FULL VERSION punya OK.

Untuk tengok video tutorial penggunaan Lunascape, sila ke SINI.

Jadi apa tunggu lagi? cuba sekarang dan sila komen dibawah ya!



We Appreciate Your Comments

8 Respones to "Web Browser Terbaik, Terhebat & Terpantas!"

BroZooL said...

Antara Chrome | Mozilla | Opera | IE | Lunascape mana yang lebih laju bro? Boleh terangkan ikut susunan ?


March 25, 2011 at 11:03 AM
XLAWS said...

mengikut pengalaman aku la. stakat ni.

1. Lunascape
2. Mozilla Firefox
3. Google Chrome (Yg ni aku jarang pakai)
4. IE
5. Opera.

Tapi yang terbaek bagi aku Mozilla & Lunascape =D


March 25, 2011 at 2:21 PM
Arya Putra said...

yang terbaik ialah XLAWS sebab share maklumat ni! hehehe!
thanks bro..sebar2kan la ilmu pengetahuan ni ye..

anyway ikut pengalaman aku plak yg paling laju ialah:

1. Lunascape
2. Google Chrome
3. Firefox 4 / Maxthon (berkongsi tempat yang sama)


April 11, 2011 at 9:33 PM
XLAWS said...

ooo. tapi skang ni firefox 4 tu pown boleh tahan gak. tapi x sehebat lunascape. sbb bole support 3 engine lak.. =D


April 12, 2011 at 4:52 PM
Arya Putra said...

bagi aku sebenarnya buat masa sekarang masih evaluation untuk tahap kelajuan firefox 4 dengan chrome..kadang2 chrome ni takleh pakai gak bro..aku sebenarnya lebih sukakan firefox 4 sebab interfacenya dah jadi lebih cantik dan laju plak dari versi dulu2..

tapi bab kelajuan mmg kalah la dgn lunascape..


April 12, 2011 at 9:44 PM
XLAWS said...

apa2 pun jom cari kelemahan yang ada pada browser2 yg kita pakai ni.


April 13, 2011 at 12:34 AM
Anonymous said...

Tapiii.. napa laptop aq gna opera baru laju sket...??


May 8, 2011 at 10:53 PM
XLAWS said...

Ko guna Opera yang dah kene tweaked kowt?huhu


May 16, 2011 at 2:52 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS