TM : Gangguan Internet Sementara Akibat Tsunami Di Jepun



Korang rasa internet korang lembap? Facebook macam HJ (Haram Jadah)? Jangan risau, kerana komputer korang memang tiada masalah, tapi kabel internet dasar laut yangg ada masalah sebab gempa bumi di Jepun hari tu.

Contoh kabel internet dasar laut

Petikan mesej dari TM
Telekom Malaysia™ kini mengumumkan yang mana para pengguna internet di Malaysia mungkin menghadapi sedikit masalah pelayaran ekoran daripada beberapa kabel yang menghadapi masalah akibat tsunami yang melanda Jepun semalam.

Antara kabel yang menghadapi masalah adalah termasuk Japan-US Cable Network (JUCN) dan juga Asia Pasific Cable Network 2 (APCN2) yang mana menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan juga Hong Kong.

Akibatnya, para pengguna yang melayari laman-laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara mungkin menghadapi sedikit masalah, termasuk masa pelayaran yang lambat, dan kesusahan untuk mengaksesnya.

Walaubagaimanapun, langkah-langkah awal telah diambil untuk mengelakkan masalah tersebut, dan makluman terkini berkenaan proses pembaik-pulihan akan diumumkan TM dari semasa ke semasa.

Note: Perkhidmatan lain seperti Celcom, Maxis, P1 Wimax, Digi juga akan ada masalah untuk buka website dari luar sebab semua internet akan lalu kabel dasar laut.



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "TM : Gangguan Internet Sementara Akibat Tsunami Di Jepun"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS