Sebab-sebab Perkhidmatan Facebook Tidak Mungkin Ditamatkan



Sejak Ahad lalu, dunia internet, terutamanya di laman Facebook dan blog-blog, dikejutkan dengan berita mengenai penutupan laman Facebook pada 15 Mac depan. Akan tetapi, jika difikirkan secara logik akal, ia adalah sesuatu yang mustahil. Laman Facebook pada akhir tahun lalu ditaksirkan bernilai sekurang-kurangnya USD 50 billion.

“Managing [Facebook] has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” -Mark Zuckerberg

Itu adalah “petikan” dari laman web asal yang menyiarkan berita tersebut, yang didakwa dikatakan oleh pengasas Facebook, Zuckerberg. Kalau pun betul Zuckerberg sudah bosan dengan kegilaan dalam hidupnya, dan mahukan hidup yang normal, saya tidak fikir yang dia begitu bodoh untuk menutupnya terus. Mungkinkah ada manusia di dunia ni yang sanggup melenyapkan terus USD 50 billion begitu sahaja?. Daripada menutup Facebook begitu sahaja, menjualnya kepada pihak lain adalah satu-satunya pilihan yang paling bijak.


Satu lagi sebab yang logik, jika benar Zuckerberg berhajat menamatkan Facebook, mengapa dia bersusah payah membangunkan sistem Facebook Mail, yang baru sahaja dilancarkan. Ada ke pengeluar kereta yang memperkenalkan aksesori baru untuk keretanya, sedangkan pengeluaran kereta tersebut akan ditamatkan?.

Apa yang boleh disimpulkan disini, berita mengenai penutupan Facebook adalah satu penipuan semata-mata. Laman web asal yang menyiarkan berita tersebut sendiri terkenal dengan banyak penipuan dan maklumat palsu sebelum ini. Tak perlu saya sebutkan laman web tersebut, kerana memang tujuan utama mereka menyiarkan berita palsu ini, hanyalah untuk mendapatkan “TRAFIK MURAHAN” semata-mata.

Note: Apa yang penulis tersebut tulis hanyalah pendapatnya sendiri. Mungkin anda ada buah fikiran berbeza. Tidak dinafikan, suatu hari nanti Facebook bakal ditutup. Tetapi disaat fenomena Facebook sedang menggila ketika ini, ianya mustahil. Renung-renungkan, dan selamat beramal!



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Sebab-sebab Perkhidmatan Facebook Tidak Mungkin Ditamatkan"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS