Permainan Popular Yang Telah Membunuh 183 Remaja




Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat sesak nafas semasa bermain sejenis permainan berbahaya yang kini dikatakan menjadi kegilaan di internet.

Brandon Stine (gambar) ditemui mati di dalam biliknya di Michigan, Detroit.

Ibu bapanya percaya bahawa anaknya itu telah bermain permainan "pass out", di mana pemain-pemain akan dengan sengaja menghentikan pengaliran udara ke otak agar mereka tidak sedarkan diri.

Di dalam permainan ini yang juga dikenali sebagai tap out, hangman, elevator, dan blackout, kumpulan remaja biasanya akan berpasangan di mana dua orang pemain ini akan menghentikan pengaliran udara ke otak antara satu sama lain dengan cara mencekik leher. Dengan ini individu yang dicekik akan hilang kesedaran (pensan) untuk jangka waktu yang singkat. Namun permainan ini juga boleh dilakukan sendirian.

Baru-baru ini permainan ini mendapat publisiti yang begitu hebat terutamanya di internet, apabila ramai remaja yang berkongsi gambar di facebook serta memuat naik video mereka yang sedang memainkan permainan ini di Youtube untuk dikongsi bersama rakan-rakan remaja lain di internet.

Sebuah badan bebas, The Dangerous Behaviours Foundation, DBF (Yayasan kelakuan berbahaya) yang mengambil langkah-langkah untuk menerangkan kepada ibu bapa tentang bahaya dan risiko kelakuan remaja, melaporkan 26 kematian disebabkan permainan "pass out" ini di Amerika Syarikat tahun ini sehingga bulan oktober.

Menurut Yayasan itu lagi, 183 orang kanak-kanak telah terbunuh akibat bermain permainan ini sejak 2007.


Choking Game ~ Wake Up Video





We Appreciate Your Comments

6 Respones to "Permainan Popular Yang Telah Membunuh 183 Remaja"

LS said...

tak paham la...cmne permainan ni dimainkan..


May 16, 2011 at 3:40 PM
XLAWS said...

dia main cekik leher sndri smpai nazak. giler punyer game. huhu


May 16, 2011 at 6:26 PM
Anonymous said...

Gosh, aq prnah main. kitorg cangkung, then tarik nafas n hembus laju2 smpi pening. then brdiri ada org tkan dada. then pengsan. huhuh. now bru tahu betapa bahaya bnda nih.


June 6, 2011 at 1:25 PM
XLAWS said...

perghhh yg ko g maen tu kenapa? apa faktor yg menyebabkan ko tertarik dgn permainan cmnie?


June 7, 2011 at 9:52 AM
Anonymous said...

ni game pew aa?nk try men la....


July 22, 2011 at 1:28 PM
XLAWS said...

x bek bunuh diri. dosa.. nanti masok neraka jahanam.huhuhu


July 25, 2011 at 11:44 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS