Matikan Service Yang Tidak Perlu Di Windows 7




Dalam tutorial ini XLAWS akan ajar anda semua tentang perkhidmatan ataupun service yang tidak penting sekaligus dapat melajukan lagi proses windows 7 anda. Tutorial ini bukan la untuk disable ataupun matikan service tersebut 100%. Tetapi, hanya setkan service tersebut kepada Manual. Maksudnya, service tersebut akan digunakan oleh windows anda JIKA PERLU sahaja.

Bagaimana hendak buka services tersebut?
Cuma tekan button Windows+R dan tulis services.msc di ruangan yang telah disediakan.


Nanti akan keluar seperti gambar di bawah ini.


Sekarang anda boleh menetapkan services yang tidak perlu untuk DISABLE atau MANUAL. Hanya klik dua kali pada service yang anda mahu dan pilih untuk Disable atau Manual. Contoh seperti gambar di bawah.


Note: Pastikan anda setkan kepada MANUAL SAHAJA. Ini secara automatik akan membolehkan windows menggunakan service tersebut apabila perlu sahaja. Kalau anda DISABLE service tersebut, apabila saat-saat windows perlu menggunakan service tersebut pasti akan ada keluar amaran rosak (error message).

Senarai services yang boleh setkan kepada manual dengan selamat.

*Application Experience
*Computer Browser (Jika komputer anda tidak disambungkan dengan internet)
*Desktop Window Manager Session Manager (Jika tidak mahu guna Aero theme)
*Diagnostic Policy Service
*Distributed Link Tracking Client
*IP Helper
*Offline Files
*Portable Device Enumerator Service
*Print Spooler (Jika anda tidak menggunakan Printer)
*Protected Storage
*Remote Registry (Sentiasa dimatikan untuk tujuan keselamatan dari hacker)
*Secondary Logon
*Security Center
*Server (Jika komputer anda tidak disambungkan dengan internet)
*Tablet PC Input Service
*TCP/IP NetBIOS Helper
*Themes ( Jika anda guna theme classic)
*Windows Error Reporting Service
*Windows Media Center Service Launcher
*Windows Search (Jika anda tidak gunakan Windows Search dengan kerap)
*Windows Time (Jika anda tidak mahu update sistem tray masa jam yang berkait dengan internet)


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Matikan Service Yang Tidak Perlu Di Windows 7"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS