Internet Terpantas Di Dunia!




Sigbritt Lothberg, 75 tahun sangat bertuah apabila mencipta rekod kerana wanita tertua melayari internet tetapi memiliki sambungan internet jalur lebar terpantas di dunia iaitu 40GBps. Sambungan internet ini sangat laju sehinggakan dia boleh melihat live streming High Defination TV/Video (Full HD Streams) dengan jelas tanpa masalah. Kerja untuk muat turun filem video berdefinasi tinggi juga hanya memerlukan dua saat sahaja.

Tak silap hacker Malaysia mencatatkan kelajuan sambungan paling tinggi ialah STM64 iaitu bersamaan 10GBps menggunakan perkakasan dari Arkatel dan perantara medium fiber optik.

Kenapa Sigbritt begitu bertuah mempunyai sambungan sepantas itu? Ini kerana anak nya Peter Lothberg merupakan pakar dalam bidang rangkaian router yang kini bekerja sebagai pegawai di syarikat Cisco.

Apa yang membolehkan sambungan 40GBps itu dapat dicapai dialah teknik modulasi terbaru yang di cipta oleh Peter membolehkan data dihantar diantara dua router yang mempunyai jarak 2000 kilometer tanpa sebarang alat tambahan seperti pengulang gelombang atau sebagainya.Medium perantara yang digunakan ialah fiber optik dan menurutnya dalam teori tiada had jarak bagi teknik ini asalkan fiber yang digunakan tepat pada tempatnya.

Dengan terbuktinya sambungan 40GBps itu,Peter telah membuktikan yang kita buleh mendapatkan sambungan internet berkelajuan tinggi di mana-mana sahaja dengan kos yang murah.

Menurutnya lagi bahagian yang paling susah dalam projeknya ini ialah memasang perisian windows ke dalam komputer emaknya.





We Appreciate Your Comments

4 Respones to "Internet Terpantas Di Dunia!"

grondot said...

pergghh... saya nak selaju itu....


March 15, 2011 at 2:05 PM
XLAWS said...

hehe kalo XLAWS la. 1TB sehari kowt.hehehe


March 15, 2011 at 3:25 PM
Anonymous said...

perghhh law dpt internet laju cam tu..mmg syok laaa


March 15, 2011 at 4:21 PM
XLAWS said...

tu la pasal. macam2 movie/games/software da dapat =D


March 15, 2011 at 6:07 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS