Apa itu Linux?



Tux merupakan seekor penguin dan juga maskot rasmi Linux

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini XLAWS nak kongsi dengan anda semua apa itu Linux, dalam penerangan yang agak ringkas dan mudah difahami. =D

Linux disebut "Lin-naks". Adalah merupakan salah satu jenis operating systems (OS), dan semestinya menggunakan Linux Kernel dan dari situ lah nama Linux itu diperolehi. Linux dibangunkan & diubahsuai oleh penggiat-penggiat dunia Open Source di seluruh dunia dibawah GNU General Public License atau lain-lain lesen percuma. Selalunya Linux ini digunakan sebagai operating system untuk server. Ianya mudah untuk di install di mana-mana PC, tidak memerlukan spesifikasi hardware yang tinggi.

Linus Torvalds

Linux kernel pada asalnya telah ditulis oleh Linus Torvalds, dan semua komponen (libraries, utilities, desktop environment, dan lain-lain) di dalam Linux itu, digabungkan dengan nama GNU Operating System, yang telah dibangunkan oleh Richard Stallman. Dalam pembinaan GNU ianya akan sentiasa berkait rapat dengan Free Software Foundation atau nama lainnya GNU/Linux.

Richard Stallman

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.



We Appreciate Your Comments

3 Respones to "Apa itu Linux?"

Kusayangkamu said...

linux was never an operating system,infact its a kernel


May 22, 2012 at 8:25 AM
Akin Junior said...

Aku sedang menggunakan Linux ketika Komen ini di tulis huhuhu..bru je upgrade kernel vsn  3.5.5


May 23, 2012 at 9:43 AM
Nan said...

Masih setia dengan Linux Ubuntu 10.04 (Lucid Lynx)

Jadul? Yang penting cocoook!


October 24, 2013 at 3:35 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS