Apa Itu Hard Disk RPM?




RPM bagi nama panjangnya ialah Revolutions Per Minute, RPM digunakan untuk membantu menentukan masa untuk mengakses ke dalam pemacu Hard Disk komputer. RPM adalah pengukuran berapa banyak data yang boleh di proses dalam 1 minit. Semakin tinggi RPM, semakin cepat data akan dihantar atau diproses.

Jika dibandingkan 2 Hard Disk, 5400 RPM dengan 7200RPM, Hard Disk 7200RPM lebih cepat mengakses banyak data berbanding dengan Hard Disk 5400RPM. Namun, perbezaan yang bagus untuk 5400RPM adalah lebih murah dari 7200RPM.

Jika kita pindahkan data kecil ke Hard Disk atau Pendrive lain, mungkin kita tidak nampak perbezaan kelajuannya. Tetapi, RPM Hard Disk boleh membuat perbezaan yang ketara ketika memproses atau membuat pindahan data yang besar atau berberapa ratus ribu data ke Hard Disk atau Pendrive dengan pantas. XLAWS mengesyorkan pengguna mendapatkan sekurang-kurangnya Hard Disk 7200 RPM.

RPM juga mempengaruhi kelajuan kipas atau heatsink berputar. Umumnya, dengan RPM yang tinggi. Kipas akan berputar dengan lebih laju dan akan mengurangkan lagi tahap kepanasan atau haba yang dihasilkan dari Processor, Graphic Card dan sebagainya. Namun, dengan RPM yang tinggi mesti anda perasan ada bunyi bising yang dibuat oleh pc anda. (Yang ni rasanya bunyi bising tu tak ada la kuat sangat. XLAWS pun tak pasti).



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Apa Itu Hard Disk RPM?"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS