Apa Itu CD?




Cakera padat juga dipanggil compact disc atau CD dalam bahasa Inggeris merupakan cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. CD yang dijual di pasaran pada lewat tahun 1982 masih merupakan media fizikal yang piawai untuk perakaman audio komersil sehingga kini. Sebuah CD audio terdiri daripada satu atau lebih runut stereo yang disimpan menggunakan pengekodan PCM 16-bit pada kadar pensampelan sebanyak 44.1 kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak 120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung kepada apa yang dirakamkan). Terdapat juga cakera 80 mm yang kadang-kadang digunakan untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.

Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali (CD-R dan CD-RW). CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini. CD dan produk-produk lanjutannya telah amat berjaya. Pada tahun 2004, jualan tahunan CD-Audio, CD-ROM, dan CD-R di seluruh dunia mencapai sekitar 30 bilion keping cakera.

Sejarah
Pada tahun 1979, Philips dan Sony menubuhkan sebuah pasukan petugas jurutera bersama untuk mereka bentuk cakera audio digital yang baru. Ahli-ahli terkenalnya termasuk Joop Sinjou, Kees Immink, dan Toshi Tada Doi. Selepas setahun pengujikajian dan perbincangan, pasukan petugas itu menerbitkan "Buku Merah", piawai cakera padat. Philips menyumbangkan proses pengilangan am, berdasarkan teknologi LaserDisc video, serta Pemodulatan Lapan-hingga-Empat Belas (EFM) yang menawarkan kedua-dua tempoh main yang panjang serta ketahanan yang tinggi terhadap kerosakan pengelolaan cakera, seperti cakar dan cap jari. Sony pula menyumbangkan Pengekodan Reed-Solomon Antara Lembaran Silang (CIRC), kaedah pembetulan ralat. Kisah cakera padat, yang diceritakan oleh seorang bekas ahli pasukan petugas, memberikan maklumat latar tentang banyak keputusan teknik yang dibuat, termasuk pemilihan frekuensi pensampelan, tempoh main, dan diameter cakera. Menurut Philips, Cakera padat "direka bersama-sama oleh sekumpulan besar yang bekerja sebagai sebuah pasukan".

Warna-warna gangguan. Pantulan pendarrona pada cakera padat.

Cakera padat tiba di pasaran Asia pada lewat tahun 1982, dan pada awal tahun yang berikut di Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran yang lain. Cakera-cakera padat pertama yang dijual merupakan 16 buah judul buatan Jepun daripada CBS/Sony. Peristiwa ini seringnya diperlihatkan sebagai "Letupan Besar" revolusi audio digital. Cakera audio yang baru ini disambut dengan ghairah, khususnya oleh komuniti-komuniti muzik klasik dan audiofil, dengan mutu pengelolaannya diberikan sanjungan yang tinggi. Ketika harga pemain CD turun dengan pantas, cakera padat mula menjadi popular di pasaran-pasaran muzik pop dan muzik rock yang lebih besar.

Cakera padat pada asalnya dianggap sebagai suatu evolusi piring hitam, dan bukan terutamanya sebagai suatu media storan data. Hanya kemudian bahawa konsep 'fail audio', serta penggunaan umum untuk sebarang fail data, muncul. Dari asalnya sebagai salah satu format muzik, cakera padat telah bertumbuh untuk merangkumi penggunaan yang lain. Sony dan Philips memperkenalkan CD-ROM (ingatan baca sahaja) pada bulan Jun 1985 dan CD-R (CD boleh rakam) pada tahun 1990.


Jenis media: Cakera optik
Pengekodan: Audio PCM dua saluran pada 16 bit/44100 hz
Muatan: Sehingga 800 MB
Mekanisme baca: Laser semikonduktor panjang gelombang 780 nm
Dimaju oleh: Sony & Philips
Penggunaan: Storan audio dan data




We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Apa Itu CD?"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS