Apa Itu Blu-Ray?




Cakera Blu-ray (Inggeris: Blu-ray Disc, BD) merupakan sebuah format baru cakera padat yang menggantikan cakera DVD. Format Blu-ray telah dibangunkan oleh Persatuan Cakera Blu-ray (Blu-ray Disc Association, BDA), dengan lebih dari 170 syarikat utama elektronik pengguna dari seluruh dunia.

Satu cakera Blu-ray dapat memuatkan sejumlah 25 GB data pada satu lapisan atau 50 GB dwi lapisan berbanding 4.7 GB data untuk DVD. Seperti namanya Blu-ray (sinar biru) mendapat namanya dari teknologi baru membaca cakera laser, berbeza dari DVD menggunakan pancaran laser berwarna merah, Blu-Ray sebaliknya berwarna biru. Laser biru-ungu mempunyai panjang gelombang 405 nm, lebih pendek berbanding DVD (650 nm) dan CD (780 nm). Ia mula dijual pada Jun 2006.

Blu-ray dicipta sejajar dengan pengenalan HDTV (Televisyen definisi tinggi), yang berkeupayaan memancarkan mutu siaran lebih jelas serta interaktif. Dengan pengenalan Blu-ray, rakaman serta penyimpanan jumlah data yang besar yang menyamai kualiti HDTV dapat dilaksanakan. Blu-ray juga digunakan dalam PlayStation 3 Sony.

Blu-ray memenangi perang format cakera optik definisi tinggi, menewaskan format HD-DVD. Toshiba, salah satu pemaju utama format pesaing itu, secara rasminya mengesahkan urusan mereka pada HD-DVD ditamatkan pada 19 Februari 2008.

Cakera Blu-ray Tulis Semula (BD-RE) kosong

Sejarah
Pada tahun 1998, set HDTV komersial memasuki pasaran pengguna. Namun, tiadanya cara yang berkesan dan murah untuk merakam atau memainkan kandungan HD. Memang tiada satu pun media boleh menyimpan amaun data sebegitu, kecuali Digital VHS JVC dan HDCAM Sony. Namun begitu, adalah diketahui bahawa penggunaan laser dengan jarak gelombang lebih pendek akan membolehkan storan optik berkemampatan tinggi. Penciptaan diod laser biru yang praktikal oleh Shuji Nakamura timbul sebagai sensasi, namun tuntutan mahkamah paten yang berpanjangan menangguhkan pengeluaran komersial.


Jenis meida: Cakera optik berdensiti tinggi
Kod Video: MPEG-2, MPEG-4 AVC (H.264), dan VC-1
Kapasiti: 25 GB (satu lapisan), 50 GB (dwi lapisan)
Mekanisma Pembacaan: 36 Mbps (1x)/72 Mbps (2x)
Pemaju: Blu-ray Disc Association (BDA)
Format: BD-R, BD-RE dan BD-ROM
Kegunaan: Storan data, Storan video dan Interaktif



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Apa Itu Blu-Ray?"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS