Apa Itu BIOS Serta Fungsinya?




BIOS (Basic Input Output System) ialah koleksi program/pengaturcaraan yang dijalankan sebaik sahaja komputer dihidupkan. Program ini telah dimasukkan ke dalam BIOS Flash ROM/Chip semasa proses membuat motherboard di kilang.

Contoh BIOS Chip

BIOS chip menyimpan ingatan ROM, ini bermaksud ingatan BIOS adalah bersifat kekal, ini bermaksud program BIOS masih kekal disimpan walaupun suis komputer dimatikan.



Bagi memudahkan kita memahami fungsi BIOS yang asas, kita dapati bahawa setiap kalau komputer kita dihidupkan, maka paparan monitor akan menunjukkan seperti gambar di atas. Dari paparan tersebut kita dapat lihat bahawa program BIOS berfungsi untuk mengesan setiap perkakasan komputer yang dipasang mengikut turutan yang telah ditetapkan. Contoh perkakasan komputer yang dikesan semasa proses POST (Power On Self Test) ialah Processor, RAM dan Hard Disk.

Fungsi BIOS
  • Memulakan (initialize) mengenal perkakasan ketika komputer dihidupkan.
  • Menguji komputer bagi memastikan ia berjalan dengan baik. BIOS juga berfungsi sebagai asas untuk melakukan proses troubleshooting perkakasan komputer.
  • Menjalankan operating system (Windows, Linux dan lain-lain).
  • Sebagai "orang tengah" di antara perkakasan dan perisian.
Terdapat beberapa settings pada BIOS yang boleh kita tetapkan, dan settings ini disimpan selagi bateri CMOS pada motherboard masih berfungsi.

Bateri CMOS/BIOS

Gambar seterusnya menunjukkan paparan BIOS Setup Utility bagi menetapkan BIOS setting.


Tujuan Setting BIOS
Sekiranya komputer tersebut dapat beroperasi dengan baik, kita bolehlah membuat setting BIOS sekiranya perlu. Kebiasaanya kita perlu memilih setting BIOS sekiranya:
  • Untuk melihat spesifikasi perkakasan komputer.
  • Untuk mengubah setting BIOS supaya tahap komputer (performance) dapat ditingkatkan secara optimum (contoh, tetapkan kelajuan RAM, Graphic Card, shared memory dan lain-lain).
  • Untuk mengubah "First Boot" sebelum membuat install OS (contoh, Windows, Linux dan lain-lain).
  • Overclocking processor.
  • Menetapkan BIOS password.
  • Mengesan kerosakan perkakasan komputer, dan macam-mcam lagi.
Peringatan Sebelum Setting BIOS!
Anda dinasihatkan supaya tidak mengubah setting BIOS sekiranya tidak pasti mengenai setting tersebut, kerana boleh menyebabkan komputer beroperasi dengan setting yang salah atau boleh menyebabkan masalah PC sangkut. Sekiranya tersilap setting, kita boleh kembali kepada setting yang asal dengan cara membuat pilihan "Restore Factory Setting" pada BIOS atau tutup PC dahulu dan cabut bateri BIOS itu selama beberapa minit dan pasangkannya semula.

Sebab Perlu Reset/Cabut Bateri BIOS/CMOS
  • Terlupa password BIOS.
  • Tersilap setting BIOS sehingga terlupa untuk membuat setting yang asal.
  • Komputer sangkut disebabkan kesilapan setting BIOS.
  • Komputer sangkut disebabkan overcloaking yang tidak sesuai (not compatible).


We Appreciate Your Comments

3 Respones to "Apa Itu BIOS Serta Fungsinya?"

paan oyen said...

gud info...


January 22, 2013 at 9:29 AM
oppa said...

tersilap?......


March 18, 2013 at 10:54 AM
oppa said...

oppa gang nam sytle...
please pray for sabah n lahat datu..


March 18, 2013 at 10:58 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS