5 Punca Mengapa Kurang Pembaca Setia Di Blog




Pembaca setia adalah salah satu sumber trafik utama ke blog. Tanpa pembaca setia, anda kerugian jumlah trafik yang agak besar. Disini saya kongsikan beberapa punca mengapa blog anda kurang pembaca setia.

Bahasa
Bahasa yang tidak sesuai ketika menulis menjadi salah satu faktor utama pelawat malas untuk membaca post-post anda. “kitew”, “citew”, “korunk”, dan macam-macam lagi gaya penulisan yang keanak-anakan. Ramai yang beranggapan penulis yang menulis seperti ini seorang yang mengada-ngada, menyebabkan pembaca merasa meluat.

Gaya penulisan yang biadap, kurang ajar juga mempengaruhi pembaca. Pembaca tidak mahu mendengar leteran anda, sumpah seranah, caci-maki anda dalam blog.

Aspek Teknikal
Theme caca-marba, widget bersepah, lagu/video autoplay, font yang tidak sesuai, susunan teks, semuanya mempengaruhi pembaca. Cuba dapatkan respon dari pelawat untuk mendapatkan konfigurasi terbaik blog anda.

Blog yang terlampau berat juga menyebabkan pelawat tidak singgah semula, terutamanya pengguna broadband.

Tajuk Yang Tidak Sesuai
Saya pernah terangkan secara ringkas dalam artikel sebelum ini ;  5 Perkara Asas Dalam Blog. Tidak dinafikan, ada blogger yang menggunakan kaedah ini untuk menarik trafik. Tajuk yang digunakan hanyalah sebagai taktik menarik trafik, sedangkan kandungannya langsung tak berkaitan. Kalau sekali dua, mungkin pembaca kurang ambil berat, tetapi jika berkali-kali tertipu, pasti pembaca terus meletakkan blog anda dalam senarai hitam mereka.

Kurang Blogwalking
Hanya segelintir pelawat akan mengingati blog anda selepas sekali kunjungan. Bagi memastikan anda tidak dilupakan, lakukan lawatan ke blog-blog lain dengan kerap. Blogger lain akan mengingati anda jika anda kerap datang ke blog mereka.

Kurang Mesra Pelawat
Pelawat merasa kurang dihargai jika kehadiran mereka seperti tidak diendahkan. Cuba bina hubungan dengan pelawat dengan cara membalas komen, dan melakukan kunjungan semula. Apabila ada hubungan yang terjalin, barulah pelawat tidak segan-segan untuk selalu datang bertandang.



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "5 Punca Mengapa Kurang Pembaca Setia Di Blog"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS