Gantung Diri Secara Live!



Teknologi sekarang, semuanya kita boleh tonton secara 'Live'. Siaran bola sepak yang paling popular. Anugerah Juara Lagu, NFL. Semuanya kini di alam maya secara percuma. yang menariknya apabila kita tonton secara live, kita akan tahu semuanya terlebih dulu berbanding orang lain yang menonton siara ulangan ataupun download dari Youtube. Menarik bukan tonton secara live ni. Apa yang terjadi di tempat lain kita boleh tonton ditempat sendiri..

Lain pula cerita si  Kevin Whitrick, dia menggantungkan dirinya dan di tonton kan secara live dengan orang yang chat bersamanya. Sungguh tidak percaya perkara itu pon terjadi. Rakan-rakan chatting bersamanya ingatkan sekadar gurauan tapi rupanya sudah mati. Kevin menggantungkan dirinya sambil di tonton secara percuma. Pihak polis masih lagi menyiasat kes ini.


Sungguh pilu kejadian ini berlaku dan ditonton. seperti tonton wayang online. Rakan-rakan tidak boleh berbuat apa-apa kerna ianya terjadi tanpa diberitahu. Tapi kalau beritahu pun nak buat ape. Ingatkan hanya gurauan. Entah mengapa Kevin gantung diri. Stress kot.


Koleksi Pendrive Yang Unik!



Hari ini XLAWS saja nak kongsi kepada anda semua dengan koleksi-koleksi pendrive yang unik mesti buat hati korang tertarik punya. XLAWS lihat macam nak beli satu je. Tapi tak tahu kat mana ada jual. Huhuhu... Apa-apa pun jom! mari kita layan pendrive unik tersebut.


Spam Facebook!




Hati-hati dengan SPAM versi Indonesia yang menyerang Facebook terutamanya di Malaysia. Contoh SPAM seperti gambar di atas. Jangan sesekali klik link berstatus lucah atau yang anda sendiri tidak pasti arah tujunya. Pada sesiapa yang dah terkena, tukar password anda. Anda yang lain, sila masuk ke Account Setting dan tick'kan pada "https" (account security) untuk surf yang lebih selamat.

Sila rujuk gambar ini: http://cl.ly/3t0o04171u030y1Q1o1i

Sila blok application ini juga di mana punca segala masalah SPAM ini dimulakan.


Download Software Percuma Di FileHippo




FileHippo merupakan salah satu website yang terbaik, dimana menyediakan freeware yang perlu ada di setiap dekstop/laptop kita. Setiap freeware boleh di download secara terus dari server yang disediakan. Satu kelebihan yang apa pada site ini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan yang di sediakan. Hanya pilih freeware yang tersenarai dan klik untuk dowaload. Freeware yang di sediakan adalah yang terkini (Update).

Kategori freeware terbahagi kepada Browsers & Plugins, Anti-Spyware, Firewalls & Security, Messaging & Chat dan sebagainya. Free software yang di download dari FileHippo adalah selamat dan tidak mengandungi virus.

Untuk melayari site tersebut, sila klik http://www.filehippo.com/


Evolusi Facebook



Mark Elliot Zuckerberg dilahirkan pada 14 Mei 1984 adalah seorang pengaturcara komputer dan usahawan. Sebagai seorang mahasiswa dari Universiti Harvard, dia telah mencipta website sosial network Facebook bersama rakan sekolejnya, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada hari ini facebook adalah laman rangkaian sosial paling popular di seluruh dunia dan Zuckerberg menjawat jawatan sebagai CEO Facebook sejak kemunculannya pada tahun 2004.

Di awal kemunculannya kontroversi telah timbul dimana orang mempersoalkan asal-usul perniagaan dan kekayaannya. Time Magazine menambah Zuckerberg sebagai salah satu dari The World’s Most Influence People 2008 di bawah kategori Saintis & Pemikir dalam fenomena web dengan kedudukan 52 daripada 101 orang.

Evolusi facebook dari tahun 2004 sehingga awal 2011


 Facebook 2004: Di awal kemunculannya Facebook dikenali sebagai THEFACEBOOK.


Facebook 2006


Facebook 2007


Facebook 2010


Facebook 2011


~ Facebook 2012 Timeline ~


Laptop Pertama Di Dunia!



Di tahun 1970-an gagasan komputer peribadi portable pertama diilhamkan oleh Alan Kay di Xerox PARC. Kemudiannya beliau menerbitkan gagasan itu. Gagasan itu segera disambut positif, yang akhirnya disepakati nama untuk projek laptop pertama adalah Osborne1. Produksi pertama pada tahun 1981 oleh Adam Osborne, seorang yang bekerja di penerbitan buku, beratnya sekitar 11 kg. Raksasa ini dilengkapi dengan layar monitor 5-inci, kelihatan seperti sebuah telefon bimbit yang berukuran raksasa, skrin yang kecil dalam sebuah mesin yang besar.


Osborne1 menggunakan sambungan listrik dengan bateri cadangan opsional, serta menggunakan dua floppy drive ukuran 5 ¼ inci, modem port, keyboard, bateri pack dan dijual dengan harga sebesar $1800. Ibarat ahli Sumo sedang lari pecut 100 meter, cuba anda bayangkan? Ini bukanlah sebuah laptop dalam erti yang sebenarnya. Meskipun boleh dibawa kemana-mana, tapi seakan-akan kita menggendong anak berumur sekitar 3-4 tahun kemana-mana.




Osborne 1 (Spec):

Introduced: April 1981
Price: US $1,795
Weight: 24.5 pounds
CPU: Zilog Z80 @ 4.0 MHz
RAM: 64K RAM
Display: built-in 5" monitor

53 X 24 text
Ports: parallel / IEEE-488

modem/serial port
Storage: dual 5-1/4 inch, 91K drives
OS: CP/M



Web Browser Terbaik, Terhebat & Terpantas!



Selepas Mozilla Firefox 4 dilancarkan kelmarin, dan Internet Explorer 9 juga telah dilancarkan, nampaknya Google Chrome perlu mengatasi masalah shockwave playernya yang kerap mengalami crash akibat tidak dapat menanggung 'beban' dari laman web yang memakai kod baru atau kod yang terlalu 'berat'. Untuk menyelesaikan masalah ini kami berjaya menemukan sebuah web browser yang telah dibuat dari Jepun, iaitu LUNASCAPE (Version 6.4.4) yang mempunyai ketiga-tiga elemen dari web browser utama.


Akan tetapi, Lunascape adalah web browser yang memakai KETIGA-TIGA enjin dari web browser utama tadi iaitu Internet Explorer, Google Chrome, dan Mozilla Firefox..

Lunascape = IE (Trident)+Firefox (Gecko)+Chrome・Safari (Webkit)

Ini bermakna, ia juga menyokong ketiga-tiga add on dari web browser yang telah dipasang pada PC anda! pendek kata ia adalah web browser Universal Add-On!

Kalau anda rasakan Mozilla Firefox begitu User Friendly, Google Chrome Begitu pantas sekali, dan Internet Explorer memudahkan kerja-kerja pejabat anda, maka Lunascape lebih lagi!. Add-On dari Mozilla Firefox dapat dipakai dengan cemerlang tanpa masalah. Selain itu, apabila anda menemukan sebuah laman yang tidak dapat dibuka dengan baik oleh Lunascape, anda hanya perlu menukar enjinnya sahaja!.

Lunascape telah diuji untuk membuka 100 tab pada satu masa (serentak) dan terbukti ia tidak mengalami masalah sedikit pun dan ia juga menyokong pemasangan pada Windows 7 dengan tiga enjin dari web browser ternama lagi tersohor itu, maka anda tidak perlu lagi menukar-nukar web browser untuk capaian laman yang lebih baik. Hanya tukarkan enjin dan anda sudah pun diibaratkan sedang memakai 'web browser' tersebut. Contohnya apabila anda memakai enjin Trident, anda ibarat sedang membuka Internet Explorer..apabila anda tukar (switch) kepada Gecko, anda sudahpun menukar ia kepada Mozilla Firefox..begitu juga apabila anda menukar ia kepada Webkit, ibarat anda sedang melayari internet dengan menggunakan Google Chrome. Ya, begitulah perumpamaan untuk kebolehan Lunascape.

Lunascape juga mempunyai kebolehan dari Google Chrome iaitu 'Inspect' yang sekiranya anda periksa pada Google Chrome, ianya adalah 'Inspect Element'..aplikasi yang sama, nama sahaja berbeza..ia digunakan untuk melihat kod yang digunakan pada sesebuah blog atau laman web..

Ia juga menyokong pemasangan secara mudah alih (Portable) iaitu ia boleh dipasangkan pada pendrive anda. Wah! ini sudah cukup bagus.

Lunascape bukan sekadar memakai 3 ENJIN UTAMA sahaja, tetapi yang pasti ia LEBIH PANTAS BERBANDING WEB BROWSER YANG ASAL.

jadi kenapa perlu memasang tiga web browser sedangkan anda hanya perlu memasang SATU sahaja pada PC anda? saiznya setelah dipasang juga tidak begitu besar berbanding Google Chrome iaitu cuma 122MB sahaja (Google Chrome 146MB).

Untuk mencuba perisian web browser ini, anda boleh DOWNLOAD SINI. Pastikan download yang FULL VERSION punya OK.

Untuk tengok video tutorial penggunaan Lunascape, sila ke SINI.

Jadi apa tunggu lagi? cuba sekarang dan sila komen dibawah ya!


Apa Itu Ubuntu?




Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!!. Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan. Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal, namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat masuk ke sistem operasi ini.

Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.

Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda.

Ubuntu System Requirements
1 GHz x86 processor
1GB of system memory (RAM)
15GB of hard-drive space (although this can be split onto 2 drives, a 5Gb / and a 10Gb /home fairly easily)
Can use with Graphics card and no Graphic card and monitor capable of 1024 by 768
Either a CD/DVD Drive or a USB port (or both)
Internet access is helpful

Download Ubuntu

XLAWS sediakan sekali blog/website yang menyediakan tips & trick untuk Ubuntu.

Ubuntu Malaysia
Melayubuntu

Nak tahu macam mana bentuk & effect ubuntu tu?. Jom kita tengok video di bawah ni. Mantap punya! =D




Infografik: Jenis-Jenis Linux




Artikel kali ni XLAWS sediakan dengan cara simple sekali. Kalau anda semua nak tahu gambar di bawah inilah jenis-jenis linux dari tahun 1992 hingga sekarang yang semakin kembang dan terus maju! =D Semakin lama semakin banyak distro yang telah dihasilkan. Tetapi linux yang paling popular buat masa ni ialah Ubuntu kerana effect pada dekstop di hasilkan sangat menakjubkan!.

Note: Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.


Sejarah Linux (Ringkas)




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ni XLAWS ada menceritakan tentang Apa Itu Linux. Sekarang XLAWS nak kongsi sikit tentang sejarah ringkas Linux pula. =D

Operating Sytems Unix telah di implementasi pada 1960 dan dikeluarkan pada 1970. Ianya sangat mudah didapati dan diubahsuai/ditiru/diambil secara percuma oleh banyak institusi akademik dan perniagaan.

Pada tahun 1991 di University of Helsinki, Linus Tovald telah memulakan kerja dalam mengubah MINIX menjadi Linux Kernel. Setelah bergantung kepada MINIX selama beberapa ketika, dan penggunaan GNU dalam Linux, akhirnya menjadikan Linux boleh berdiri sendiri, Linux telah dikukuhkan lagi oleh para penggiat dunia Linux yang terdapat diserata dunia.

Kini penggunaan Linux sungguh meluas, daripada OS peribadi sehingga OS untuk supercomputer. Linux yang selamat juga menjadi OS pilihan untuk server kerajaan Brazil dan ketenteraan Russia.

Torvald dan Stallman masih lagi berusaha dalam bidang masing-masing, Kernel dan GNU.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.


Apa itu Linux?



Tux merupakan seekor penguin dan juga maskot rasmi Linux

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini XLAWS nak kongsi dengan anda semua apa itu Linux, dalam penerangan yang agak ringkas dan mudah difahami. =D

Linux disebut "Lin-naks". Adalah merupakan salah satu jenis operating systems (OS), dan semestinya menggunakan Linux Kernel dan dari situ lah nama Linux itu diperolehi. Linux dibangunkan & diubahsuai oleh penggiat-penggiat dunia Open Source di seluruh dunia dibawah GNU General Public License atau lain-lain lesen percuma. Selalunya Linux ini digunakan sebagai operating system untuk server. Ianya mudah untuk di install di mana-mana PC, tidak memerlukan spesifikasi hardware yang tinggi.

Linus Torvalds

Linux kernel pada asalnya telah ditulis oleh Linus Torvalds, dan semua komponen (libraries, utilities, desktop environment, dan lain-lain) di dalam Linux itu, digabungkan dengan nama GNU Operating System, yang telah dibangunkan oleh Richard Stallman. Dalam pembinaan GNU ianya akan sentiasa berkait rapat dengan Free Software Foundation atau nama lainnya GNU/Linux.

Richard Stallman

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.


Linux Falcon




XLAWS hari ni nak memperkenalkan Linux Falcon yang di adaptasi dari drama Jepun iaitu Bloody Monday mengenai seorang remaja pro hacker yang terpaksa berhadapan dengan masalah terrorist di Jepun. Tapi theme ini tidak 100% sama macam dalam drama tu. Tapi bagi XLAWS Linux ni memang cool & awesome la!. Ni XLAWS bagi screenshot Linux tersebut.

Note: Minta maaf la. Screenshot diambil dari VB (Virtual Box) =D

 Boot Screenshot






Cantik kan? Bagi XLAWS memang cantik & cool!. Jika anda ingin mencuba sila la download link Megaupload di bawah. =D

Note: Pastikan korang ada Premium Account Megaupload baru boleh download. Sebab, file 1GB lebih keatas mesti kena pakai Premium. Kalau nak Premium Account cuba mintak di blog Bro Premiumfreak kita ni OK. =D

Megaupload
http://www.megaupload.com/?d=ID5TEF06


Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS