Perbezaan RAM DDR2 & DDR3





Pertama sekali, bila di lihat pada kaki RAM DDR2 & DDR3 adalah berlainan, jadi jika ada persoalan, bolehkah saya guna RAM DDR3 di motherboard yang support untuk RAM DDR2?. Jawapannya adalah TIDAK BOLEH!.

Bandwidth
Bandwidth ni adalah process penghantaran data ataupun frekuensi di dalam komputer itu sendiri, semakin tinggi bandwidth, semakin bagus penghantaran data itu.

DDR2 - pengeluaran RAM ini dimulai dgn 400mhz, 667mhz, 800mhz dan lain-lain.
DDR3 - RAM ni pula keluar dengan 1033mhz, 1333mhz, 1600mhz dan pelbagai lagi.

Jadi di sini, RAM DDR3 adalah lagi bagus Bandwidthnya, jadi penghantaran data adalah lagi bagus berbanding dengan RAM DDR2.

Latency
Ini pula tempoh sampai data hingga ke penghantaran data supaya dapat dicapai dgn tempoh yang cepat.

Ni antara latency yang ada pada RAM DDR2
DDR2: DDR2-1111 4-4-4-12. DDR2-1250 5-5-5-15

RAM DDR3 Pula.
DDR3: DDR3-1333 9-9-9-24

Pencapaian data paling cepat adalah DDR3, kerana latencynya adalah tinggi dari DDR2.

Penyimpanan Data Sementara
Tak tahu apa yang boleh diguna dalam bahasa Melayu, sebab dalam english adalah Internal Banks, ini adalah penyimpanan data dalam RAM untuk sementara sebelum di access untuk dihantar ke komputer.

DDR2 : 4 internal banks.
DDR3 : 8 internal banks.

DDR3 lagi bagus internalnya, kerana internal banks yang besar, jadi dapat lagi mengurangkan latency yang ada.

Memori Voltage
DDR2 : 1.8V +/- 0.1 V
DDR3 : 1.5V +/- 0.075V

DDR3 menjimatkan elektrik lagi, dan pada yang suka overclocking lagi bagus, kerana makin rendah penggunaan volt, makin seronok nak overclock RAM ni.

Penggunaan Kuasa/Power Consumption
DDR2: RAM ini memang banyak menggunakan elektrik.
DDR3: RAM ini di cipta untuk tidak akan menggunakan banyak kuasa apabila "idle" ataupun membuat sesuatu kerja yang biasa-biasa, seperti buat kerja menggunakan Microsoft Word dan sebagainya. Jadi bila banyak digunakan seperti bermain games, membuat kerja design-design dengan menggunakan software yang berat seperti Adobe Master Collection dan pelbagai lagi, barulah RAM ini akan menggunakan kuasa yang banyak.

DDR3 lagi menjimatkan elektrik.

Kesimpulan
Jadi kesimpulannya, RAM DDR3 lebih menjimatkan elektrik & pantas untuk memproses/penghantaran data.

Ingin guna DDR3?. Pastikan motherboard anda support untuk DDR3, Kalau tidak tahu, jangan segan silu bertanya kepada orang yang lebih pakar. Jika tidak, memang tak boleh pasang.

Harga DDR3 sekarang ni tidak mahal seperti dulu, cuma motherboard yang support DDR3 ni agak mahal dari motherboard yang support DDR2.

Inilah perbezaan di antara kedua-dua jenis RAM ini, kalau ada lain info mungkin akan diupdate, kalau salah tolong tegur dan beritahu ya. =D



We Appreciate Your Comments

6 Respones to "Perbezaan RAM DDR2 & DDR3"

tarabassing said...

barulah jelas ttg ni. nice share :)


March 11, 2011 at 3:42 AM
XLAWS said...

OK bro no hal =D


March 11, 2011 at 9:24 AM
Anonymous said...

boleh review jenis2 ram.. n ram mane yg berbaloi untuk dibeli,, (murah tp ade kualiti)kekeke


July 1, 2011 at 4:37 AM
XLAWS said...

beli hyper X la. dijamin puas ati! kekeke


July 3, 2011 at 1:19 AM
Mr confuse said...

Macam mane nak tau sama ada ni ddr2 atau ddr3... Pasal ram pc sy rosak, tp xtw nak bezakan.. Dgn sebab 2 sy xbeli2 lg ram unt pc sy... Drpd mr confuse


August 2, 2012 at 8:38 PM
isa said...

salam bro..nk tny sy ad motherboard yg support DDR3..blh ke sy install DDR2 kt motherboard nie??


September 3, 2013 at 1:34 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS