Panduan Membeli Graphic Card & Bersesuaian




Saya pasti ramai lagi yang tak faham dengan Graphic Card ni. Jadi, post kali ini adalah istimewa untuk semua pembaca di XLAWS SHARING KNOWLEDGES ini. Kepada sesiapa yang tidak paham, baru nak kenal apa Graphic Card ini atau baru rancang nak beli Graphic Card tu sila baca ni dulu ye. Takut-takut tersalah beli boleh menangis anda dengan ayah anda sekali.hahaha =D

Memang banyak persoalan sebelum kita hendak beli.

Sebelum beli:
GC 9500GT nak buat main game Crysis boleh tak?.

Jawapan:
Boleh.

Lepas beli:
Kenapa gambar buruk, tak clear & tak cantik?

Atau

Sebelum beli:
Agak-agak PC aku boleh masuk tak GC 4870/5850 atau lain-lain? aku pakai Processor AMD X2 3600+.

Jawapan:
Boleh.

Selepas beli:
Kenapa rasa semacam je?. Member aku pakai GC lagi murah tapi gambar lagi best, siap setting graphic lagi tinggi.

OK, aku share sikit pengalaman aku.

Nak beli GC, jangan main beli je, sebab:

GC + Proc (Processor) + PSU (Power Suppy Unit) + Monitor, sume berkait rapat dalam satu slack.

GC + Proc:
OK, aku nak terangkan secara detail. Jadi kena buat perbandingan dengan pemerhatian sahaja.

Proc kita bahagikan beberapa jenis:

Low End (Untuk Buat Kerja Biasa)
-Pentium dual core dan anak beranaknyer.
-Processor AMD X2 4200+ kebawah
-Pentium 4 kebawah
-RAM DDR2 1-2GB
-Graphic Accelerator (Tiada GC) Basic je

Middle End (Standard Untuk Main Game)
-AMD X2 5000+ keatas
-AMD Phenom X2, X3 dan sebagainyer.
-Processor Intel Core 2 Quad/i3/i5/i7
-RAM DDR2/DDR3 2-4GB
-Graphic Card Nvidia/ATI 512MB-1GB

High End (Untuk Designer & Main Game)
-Processor Intel i7 & i7 Extreme
-AMD Phenom 2
-AMD Opteron
-Intel Xeon
-RAM DDR2/DDR3 4-8GB atau lebih
-Graphic Card Nvidia/ATI 2-4GB

OK, GC seperti ATI 4870 keatas (termasuk 5000 series), NVIDIA 260+ keatas, hanyalah sesuai digunakan untuk proc High End tadi (dan beberapa Middle End macam QX series dengan processor i5).

GC yang lagi murah selain yang aku tulis di atas tu, semua Middle End boleh pakai.

Yang Low End tu, sila consider upgrade kalau korang nak main game Guitar Hero, Starcraft 2, Dirt 2, Tiberium Twilight. Kalau sekadar buat assignment, menaip, dengar lagu, atau tengok movie, Tak payah upgrade pun OK.

OK, Mengapa?
Sebab, kalau korang nak jugak, kalau aku letak nilai performance GC tu 100%, tak kesah model apa pun, GC korang akan beroperasi pada kadar 90% atau rendah, silap-silap bawah 50%. Dalam sesetengah kes, jadi GC korang yang murah tu akan ditapau oleh GC orang lain yang lagi murah sebab kes proc tak fit je. benda ni kita panggil BOTTLENECK.

GC + PSU:
Ini pun satu. Selalu ramai orang beli PC. Kalau boleh casing nak yang paling murah, PSU paling murah dan rendah kuasanya (sebab free dapat dengan casing), janji PC hidup.

INI SALAH.

Kenapa korang tengok PC kat universiti awam/pejabat2 awam walaupun umurnya dah cecah 4 tahun ke atas, tetapi masih boleh digunakan?

Salah satu sebabnya ialah, PSU.

PSU yang bagus menjamin kesihatan PC. Dengan kata lain, aliran elektrik yang dijana oleh PSU murah tak stabil, kurang kuasa untuk menampung hardware-hardware yang ada di dalam casing dan ini boleh merosakkan hardware-hardware PC sikit demi sedikit. Nasib baik tahan 2-3 tahun. Nasib tak baik, silap-silap 2 bulan PC dah rosak.

Kaitan dengan GC:
GC adalah hardware PC yang paling kuat makan elektrik selain processor dan mobo (motherboard). Jadi nak support GC yang power/sedang-sedang/ikut kemahuan korang. Beli la PSU yang bagus dan tinggi wattnya (kuasa/power). Supaya ketika sedang bermain game tiada masalah seperti tiba-tiba PC ter-restart, screen jadi gelap, tersekat-sekat dan pelbagai masalah lagi.

Kalau GC kategori yang rendah kuasanya seperti:
8500GT kebawah
9500GT kebawah
4350 kebawah

Yang ni tak kisah kalau nak pakai PSU yang berkuasa rendah.

Kalau GC kategori yang tinggi kuasanya seperti:
8600GT ketas
9600GT keatas
GTX250+ keatas
3850 keatas
4850 keatas
5850 keatas

Sila invest untuk memastikan korang dapat bermain game dengan tenang, tak frust, tiada makian, carutan dan sebagainya Serta untuk menjamin korang dapat main untuk 2-4 tahun lagi.

Berbaloi ke?
Mestilah berbaloi-baloi. Serius!. PSU boleh tahan sampai 5 tahun keatas. Silap-silap korang tukar PC 3 kali tetapi masih pakai PSU yang sama.

PSU apa nak beli?
2 jenis PSU ni kegemaran aku, cukup nak memuaskan nasfu main game korang:
-Acbel E2 510watt (RM190 - RM220 keatas, bergantung pada penjual)
-Silverstone Strider 560watt (RM335 keatas, bergantung pada penjual)

GC + Monitor
Ini paling penting!. Ingat, kalau korang nak main game untuk 10 tahun lagi!

Hukum GC + Monitor:
Sesungguhnya monitor yang besar hanyalah untuk GC yang besar/power untuk mendapatkan kepuasan yang maksimum.

Kalau korang tak ikut hukum ni, memang main game tak puas.

Hukum asas Monitor Resolution ataupun Screen Resolution, kalau resolution macam nampak tak sesuai sila setting bagi clear & cantik, kecuali di atas sebab-sebab kesihatan seperti mata rabun, tak nampak tulisan  kecil dan sebagainya.

Semua ni basic setting dan berubah ikut model monitor.
'w' untuk widescreen.

monitor 13" - 800 x 600
monitor 13"w - 800 x 480
monitor 15" - 1024 x 768 (standard web)
monitor 15"w - 1024 x 600
monitor 17" - 1280 x 1024
monitor 19" - 1280 x 1024
monitor 19"w/19.5" - 1280 x 768
monitor 19"w/19.5" HD - 1280 x 720 (HD 720p)
monitor 20"w - 1280 x 768
monitor 21"w - 1600 x 1200
monitor 22"w/21.5"w - 1600 x 1200
monitor 22"w/21.5"w HD- 1920 x 1080 (HD 1080p)
monitor 24"w - 2048 x 1356

Untuk GC berkuasa rendah.
sebesar mana pun monitor korang, sila pakai:
800 x 600
800 x 480
1024 x 768 (standard web)
1024 x 600
1280 x 1024

Resolution ni tengok game juga, tapi dalam range ni je.
untuk mengelakkan GC korang overload, panas, sangkut-sangkut, dan sebagainya.

GC sederhana:
Adjust ikut kesesuaian game korang, sesetengah game memerlukan resolution yang rendah dan tinggi. Ultra pun ada.

GC power:
Ikut suka korang nak adjust macam mana pun. Kalau ada rasa sangkut sikit, sila rendahkan sikit setting graphic game anda.

lagipun zaman sekarang ni banyak game yang dah ada auto adjust kan? guna je yang tu.

RAM GC:
Graphic card pun ada RAM juga.

RAM GC dengan RAM PC tiada kaitan sangat. Tak kisah sama ada jenis GDDR, GDDR2, GDDR3, GDDR4, GDDR5 dan sebagainya.

Beli GC dengan GDDR yang lagi latest (GDDR3,GDDR4, atau GDDR5).

Kalau nak dibandingkan GDDR2 dengan GDDR3. GDDR3 lagi power dan begitu juga kalau compare dengan yang lagi atas.

Kalau dapat model 1GB kira OK dah. Janji GDDR3 keatas. lagi-lagi kalau korang guna monitor screen besar. Sebab ini akan support resolution monitor. Jadi, korang boleh bermain games dengan resolution yang lebih tinggi.

sebelum aku ingin menamatkan post ni, aku nak beritahu, GC macam mane yang berkuasa rendah, mane yang sederhana, mane yang berkuasa tinggi?

Ikut pasaran oktober 2009.

GC berkuasa rendah:
8500GT kebawah
9500GT kebawah
4350 kebawah
3450 kebawah

8600GT, 9600GT jangan beli. Tak berbaloi.

GC berkuasa sederhana:
8800GT
9600GT
9800GT
9800GT+
9800GTX
9800GTX+
9800GX2
3850
3870
3870X2
4650
4770

GC berkuasa tinggi:
GTX250
GTX260
GTX260+
GTX280
GTX280+
4850
4870
4870X2
4890
5850
5870


We Appreciate Your Comments

12 Respones to "Panduan Membeli Graphic Card & Bersesuaian"

krol said...

boleh ke amd e2 vision ditukarkan ataupun upgrade menjadi amd ati??


October 20, 2012 at 2:10 AM
krol said...

boleh x amd e2 vision,laptop ditukarkan kepada amd Ati???


October 20, 2012 at 2:11 AM
viter said...

sy pkai notebook asus modek K43SD, ddr3 2gb, intel core i3, nvidia geforce 610m. so sy nak tanya ne. ble x upgrade intel core i3 ke i5 atau i7. dan brapa maximum nvidia geforce ble d upgrade g. tlg jwp scpt mgkn k bro. ne email sy. sylvester_viter@yahoo.com


January 4, 2013 at 3:53 PM
Fahshah Khan said...

saya punya spec skang mcm Low End,so bleh tak sy upgrade jd mcm Middle End pun cukup baik dh,so boleh bagi pendapat tak klu sy setakat tukar proccesor 6400 and add grapic card skali. so ada effect apa2 tak kat mother board saya?


March 3, 2013 at 11:15 PM
Amir Nitro said...

Bro..Aq pki Ram 2gb,Nvidia GT630 ,Pentium Dual Core..tpi aq main oke jer :/


April 12, 2013 at 9:08 PM
GTX TITAN SLI said...

CUBA MAIN CRYSIS 3,,CE TEST,,HAHAHA


August 2, 2013 at 3:14 AM
man said...

saya punya processor AMD Athlon (tm) II x2 260 processor 3.20 GHz.... tu bagus ke tak main game????


June 26, 2014 at 7:55 PM
Zul Helmi said...

Nk tanya klo game watch dog(ps3),graphic card ape yg bole lpas???


July 15, 2014 at 11:48 PM
Abdul Rahman Abdul Hamid said...

saya nak beli prosessor AMD Athlon 2, mana nak beli.


March 14, 2015 at 3:12 PM
fadli said...

aku x berapa paham T.T . . grafik ape yang murah sesuai untuk main game PES dan FIFA untuk acer 7374 aku ?


May 17, 2015 at 1:02 AM
Fuutori said...

Amd tahan ke berbanding intel?


June 2, 2015 at 5:50 PM
Mokuton No Jutsu said...

grafik kad aku amd radeon hd7770 ddr5 ram 1gb, processor amd fx6300, aku main nfs rivals ngan most wanted lag gila2. ke game tu x berapa lepas ngan grafik kad aku? atau ada apa2 setting ke?


June 30, 2015 at 3:16 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS