Maksud Error Semasa Mengakses Internet




Berikut ini adalah mesej-mesej error yang selalu kita jumpa semasa web yang kita layari yang tidak dapat dilayari.

400 - Bad Request
Error ini bererti server tidak memahami perintah yang diberikan oleh client. Hal ini biasanya terjadi jika terjadi kesalahan atau cacat pada script/programming server. Yang boleh mengatasi masalah ini adalah pihak webmaster/blogger web tersebut.

401 - Unauthorized
Error ini bererti anda tidak tidak diizinkan untuk membuka halaman tersebut. Biasanya ada halaman yang memerlukan username dan password khas untuk membukanya. Untuk membuka halaman ini, anda harus memiliki username dan password

403 - Forbidden
Error ini bererti halaman web tersebut tidak boleh diakses oleh sesiapapun (kerana memang disetkan begitu dari servernya). Atau boleh jadi juga kerana si pemilik laman belum membayar sewa hosting kepada pemilik webhosting iaitu pemilik server, sehingga server tersebut di block oleh web hosting. Laman ini memang tidak boleh di akses.

404 - Not Found
Error ini boleh muncul oleh beberapa sebab:

*Data yang diminta tidak ada, mungkin sebelumnya ada, tetapi sudah dihapus dari server.

*Anda sedang tidak terhubung dengan internet. akses internet anda terganggu atau sedang down. Cubalah untuk memeriksa akses internet anda, jika tidak ada yang salah, cuba ulangi untuk mengakses laman web tersebut. Bila masih gagal juga, cubalah dilain waktu, kegagalan ini mungkin bersifat sementara. Tetapi jika anda sering mencuba akses tapi gagal, kemungkinan laman web tersebut memang tidak ada.

*Salah taip dalam menuliskan alamat URL.

408 - Request Timeout
Pesan ini bererti batas waktu yang diberikan server untuk mengakses sudah habis . Setiap server biasanya memiliki batas waktu tertentu untuk mengakses data-datanya. Jika kecepatan akses kita lambat maka kegagalan ini mungkin terjadi.

500 - Internal Server Error
Error ini bererti terjadi kesalahan atau masalah dalam server yang sedang diakses. Sebelum permasalahan ini diselesaikan oleh webmaster, kita tidak boleh mengakses laman tersebut.



We Appreciate Your Comments

4 Respones to "Maksud Error Semasa Mengakses Internet"

----- ----- said...

benda ini kuar kot masa exam arie tu...haha~~..
sume aq bantai..haha~~

NINJA Crew


November 4, 2011 at 3:32 PM
XLAWS said...

ko bantai sumer betul ok la :)


November 4, 2011 at 5:44 PM
----- ----- said...

hehe~~...
aq rase 2 jerw kot jawapan mcm same...
yang lain ...
ssuh nk ckp...
x ingt sbb aq wat mcm essay..hehe~~


NINJA Crew


November 5, 2011 at 11:22 AM
nor said...

macam mana kita hendak mengeksesnya kembali jika keluar arahan forbidden.


November 16, 2013 at 8:20 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS