Cara Untuk Update Windows XP/Vista/7 Secara Offline




Salam sejahtera kepada semua pembaca. Kali ini XLAWS nak tunjukkan bagaimana cara untuk update Windows XP/Vista/7 dengan cara offline. Tak susah pun, senang je. Tanpa membuang masa jom tengok macam mana XLAWS buat ye.

Pertama sekali perkara yang paling penting kita mesti download software wsusoffline ini dahulu.


Selepas download software wsusoffline tu extract ke desktop anda atau di mana-mana yang anda suka.


Selepas extract anda buka folder tadi dan buka UpdateGenerator.


Selepas itu nanti dia akan keluar macam skrin di bawah ni.


Kalau anda nak update offline tick pada button yang telah disediakan pada setiap kategori Windows. Macam XLAWS, pada gambar di atas XLAWS telah pun tick Window 7 x64 untuk update. Untuk Options di bawah pula terpulang kepada anda sama ada nak download sekali software tambahan ataupun tidak. Sila tick pada per selected product and language pada ruangan Create ISO images.

Biar XLAWS terangkan apa itu Create ISO images. Selepas anda selesai download sesuatu update Windows tersebut misalnya Windows XP. Nanti PC anda akan secara automatik akan bukukan semua update tu dalam 1 file, nama file pada akhir nama adalah .ISO. Cuba lihat contoh gambar di bawah ini.


Image di atas adalah update-update yang XLAWS dah download. Antaranya Windows XP & Windows 7 x32 & 64x bit semuanya dalam file ISO. Selepas ini senang la kerja untuk mengupdate Windows secara offline sebab susah nak update secara online bagi yang internet berkelajuan sederhana macam XLAWS ni.hehe

OK. Selepas dah tick apa yang penting untuk di download sila tekan button Start.


Nanti dia akan keluar cmd mcm gambar di bawah ini.


Ini adalah process untuk download update-update Windows tersebut. Anda mestilah bersabar kerana download ni agak memakan masa. Tapi bila dah habis download memang cayalah! senang je nak update Windows lepas ni.hehe

Peringatan!
Sekiranya download Windows update ni belum habis lagi dan anda mahu tutup PC anda tidak menjadi masalah kerana dia akan berhenti dan save setakat mana dia dah download. Anda boleh sambung balik download bila PC anda dibuka kembali.

Selepas selesai download update. Nanti dia akan bukukan dalam 1 file ISO tersebut macam XLAWS terangkan di atas tadi.

file ISO tersebut ada dalam folder iso anda ye.

Jadi macam mana nak install update tu pula?
Senang je, cuba lihat gambar di bawah ini. Extract file ISO tu di mana-mana yang anda suka. XLAWS extract di desktop je.


Selepas itu buka UpdateInstaller.


Nanti dia akan keluar skrin macam gambar di bawah ini dan tekan button Start.


Selepas tu nanti akan keluar cmd lagi untuk update Windows anda. Ianya mengambil masa sedikit. Diharap tuan-tuan & puan-puan bawa bertenang ya.

Dan akhir sekali sila restart PC anda. SELESAI SUDAH!!! =D


We Appreciate Your Comments

3 Respones to "Cara Untuk Update Windows XP/Vista/7 Secara Offline"

farid said...

nak tanya....kat atas tu kata,bila dah download..nti sng nak update window lpas ni...blh explain lg x?


May 23, 2011 at 12:15 AM
Mustafa Bakri said...

saya sudah download. puas saya cari file iso tak jumpa. letak di mana fail tu?


August 18, 2013 at 7:51 AM
syafiq said...

jd mcm ni bro lps tkn update installer....


January 6, 2014 at 1:20 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS