Cara Untuk Update Kaspersky Offline




Salam sejahtera kepada para pembaca yang dihormati. Kali ini saya mahu memperkenalkan cara-cara untuk update Kaspersky (x kisah yang version berapa dan tahun berapa) kepada para pembaca yang dikasihi sekalian.

Kepada pengguna-pengguna Antivirus Kaspersky yang ingin mengupdate Kaspersky anda secara offline dengan tanpa membuang masa jom ikut XLAWS buat tutorials. Zaaassss!

Pertama sekali benda yang paling penting adalah. Anda mestilah download software KLUpdater ini. Sila lihat gambar di bawah. Tekan di dalam kotak merah tersebut untuk download KLUpdater ini.


Selepas download telah pun selesai extract seperti biasa dan buka folder tersebut dan tekan KasperskyUpdater.


Nanti dia akan keluar macam skrin di bawah ini. Di dalam ruangan petak merah adalah tempat untuk memilih jenis Kaspersky yang anda gunakan dan version yang keberapa. Macam XLAWS punya Kaspersky Internet Security version 11.0.2.556. Jadi XLAWS tick button yang sama dengan XLAWS punya Kaspersky.


Macam mana nak tahu version Kaspersky anda? Senang je, cuba lihat gambar di bawah. Cuma pergi ke tray icon pada taskbar anda (belah hujung kanan sekali) dan biarkan cursor mouse anda di icon Kaspersky anda dengan tanpa menekannya. Nanti secara automatik akan keluar info. Jadi nanti dia akan beritahu version Kaspersky anda.


Selepas itu kita pergi ke tab Settings and Service pula. Seperti gambar di bawah ini. Anda juga boleh enable Filters untuk download update Kaspersky untuk Windows/Mac OS X ataupun Linux dan download 32 atau 64 bit ataupun kedua-duanya sekali pun boleh download.


Gambar di bawah ni adalah contoh XLAWS punya. XLAWS pilih update Kaspersky untuk Windows dengan sokongan 32 & 64 bit sekaligus. Tidak menjadi masalah kepada anda jika hendak pilih yang mana sesuai dengan Windows anda.


Akhir sekali, tekan button Apply dan KLUpdater ini akan download secara automatik.

Peringatan!
Sekiranya download Kaspersky offline update ni belum habis lagi dan anda mahu tutup PC anda tidak menjadi masalah kerana dia akan berhenti dan save setakat mana dia dah download. Anda boleh sambung balik download bila PC anda dibuka kembali.

Software ini juga download dalam keadaan diam sahaja. Nanti dia akan beritahu apa bila download sudah tamat.

Bagaimana pula cara-cara nak update Kaspersky secara offline ni? Senang je sebenarnya, cuma buka Kaspersky anda dan ikut langkah-langkah di bawah ini. Saksikan. Zaaaasssss!

Pertama sekali pilih Settings seperti gambar dibawah dalam ruangan kotak merah yang telah disediakan.


1. Tekan icon gambar bumi tu Application Update Settings.
2. Tekan button Update source.


Apabila keluar skrin seperti dibawah sila tekan Add button.


Pilih folder Updates yang anda telah download sebentar tadi. Semua update Kaspersky tadi telah disimpan di dalam folder Updates ini.


Setelah pilih Updates folder tadi, nanti akan jadi seperti macam ni dan tekan OK dan OK.

Perhatian!
Pastikan anda untick Kaspersky Lab update servers tu OK.


Seterusnya buka Kaspersky macam gambar di bawah ini dan update.


Sekiranya sudah selesai update Kaspersky anda sila pastikan di bahagian seperti gambar di bawah ini seperti asal balik. Jangan hiraukan Add button tu.

Perhatian!
Pastikan anda tick kembali Kaspersky Lab update servers tu dan buang path offline update anda tadi untuk nampak sama seperti gambar di bawah ini.

Tekan OK dan OK.


Akhir sekali cuba update secara online pula.

SIAP!!! Anda telah berjaya mengikuti seminar kali ini bersama XLAWS.hehe


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Cara Untuk Update Kaspersky Offline"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS