Apa Itu Domain & Hosting?





Jika anda inginkan laman web dengan nama pilihan anda sendiri, contohnya http://www.laman-web-www.laman-web-aku.com, apa yang perlu anda dapatkan ialah domain dan hosting. Berikut merupakan sedikit penerangan tentang domain dan hosting:

Apa itu domain?
Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalah http://sembangkomputer.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.

Apa itu hosting?
Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

Bagaimana nak mendapatkan domain dan hosting?
Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan hosting. Antaranya ialah DataKL. Anda hanya perlu pergi ke laman web tersebut dan pilih salah satu dari mana-mana pakej yang ditawarkan. Biasanya, bayaran secara online akan dibuat menggunakan kad kredit atau PayPal. Tapi jangan bimbang jika anda tidak mempunyai kad kredit atau PayPal, kerana anda juga boleh membuat bayaran secara bank-in di cawangan Maybank yang berdekatan.



Saya dah ada domain dan hosting. Apa seterusnya?
Ok, sekarang anda dah sedia untuk lancarkan laman web anda agar boleh dilawati oleh seluruh dunia. Jika anda ingin membuat laman web dengan cara mudah, anda boleh menggunakan CMS seperti Joomla!, Zen Cart, Drupal, dan sebagainya. Jika anda ingin membuat blog, WordPress adalah pilihan yang terbaik. Sekiranya segala kandungan laman web anda sudah siap, letakkan ia kepada hosting anda menggunakan perisian FTP, ataupun melalui cPanel.

Nota: Link DataKL di atas adalah merupakan link affiliate saya. Jika anda membeli domain atau hosting melalui link tersebut, saya akan mendapat sedikit ganjaran dari DataKL dan membantu dalam pembangunan blog ini. Terima kasih.



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Apa Itu Domain & Hosting?"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS