Tips Menjaga Laptop



Laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti sehari-hari mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang ‘portable’. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.

Antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pemilik laptop adalah suhu laptop atau bateri menjadi panas, laptop tiba-tiba ‘hang’, laptop mati ketika digunakan dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi.

  • Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda.

 AMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang
budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba  di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP

  • Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.

  • Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.

  • Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.

  • Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.

  • Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.

  • Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual.

Semoga info kali ini memberi manfaat kepada kita semua.



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Tips Menjaga Laptop"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS