Perbezaan Window 7 Antara Versi



Windows 7 adalah OS versi terbaru Microsoft. Tidak seperti versi sebelumnya, Vista, Windows 7 menawarkan upgrade tambahan dan mensasarkan keserasian maksimum dengan aplikasi dan hardware yang telah disokong Vista. Agenda utama Microsoft tentang Windows 7 adalah untuk menarik kembali ramai pengguna Windows XP yang menolak Vista.

Windows 7 menawarkan peningkatan prestasi yang lebih baik dan mantap berbanding versi terdahulu terutama Windows Vista dan Windows XP. Ia masih berasaskan kernel Vista, tetapi datang dengan peningkatan prestasi substansial dan shell Windows yang direkabentuk semula, sebuah taskbar baru, dan sistem Account Control (UAC) yang kurang menjengkelkan. Terdapat juga pembaikan dalam rangkaian, khususnya pengenalan kepada sistem rangkaian rumah dikenali sebagai Home Group.
 


Versi-versi Window 7

Starter Edition

Edisi ringan untuk komputer netbook. Netbook adalah komputer bertenaga rendah yang khusus direka untuk tugas-tugas ringan seperti browsing web dan email. Dalam edisi ini, ciri Windows 7 agak tidak berapa menarik kerana banyak kekurangan fungsi seperti Media Center, Aero Glass, fast user switching, sokongan multi-monitor, DVD playback, dan sokongan multitouch. Edisi ini bertujuan untuk menggantikan Windows XP pada komputer murah seperti netbook, pada masa ini pasaran ini di dominasi oleh Windows XP.

Harga : RM130 – RM160 (OEM-32bit)

Home Basic

Edisi ini ditujukan untuk pasaran baru sahaja iaitu untuk pelanggan yang mencari pengalaman baru Windows pada harga murah (sokongan Aero terhad, tidak ada fungsi seperti Windows Media Center atau sokongan multitouch).

Harga : RM250 – RM270 (OEM-32bit)

Home Premium

Edisi ini direka untuk pengguna di rumah. Fungsinya pula merangkumi seperti Media Center, sokongan multitouch, Aero Glass UI, dan sebagainya.

Harga : RM260 – RM290 (OEM-32bit), ±RM400 (Retail)

Professional

Edisi ini direka bentuk untuk bekerja di rumah dan perniagaan kecil, dan fungsi merangkumi backup rangkaian maju dan Encrypting File System.

Harga : RM450 – RM480 (OEM), ±RM650 (Retail)

Enterprise

Fungsinya meliputi semua yang terdapat dalam Profesional dan tambahan perlindungan BitLocker. Ini mempunyai pilihan untuk menyulitkan USB flash drive dan hard disk luaran. Ini juga mempunyai DirectAccess, yang membolehkan pekerja remote untuk mengakses rangkaian syarikat tanpa menggunakan VPN, dan carian bersekutu.

Harga : lesen pukal untuk syarikat, program Software Assurance

Ultimate

Fungsinya meliputi semua ciri-ciri yang tersedia pada Windows 7. Windows 7 edisi Ultimate adalah benar-benar sama dengan edisi Enterprise. Perbezaan utama adalah edisi Enterprise akan dijual melalui lesen pukal untuk syarikat, juga melalui program Software Assurance. Edisi Ultimate bagaimanapun, disediakan untuk pelanggan runcit.

Harga : ±RM650 (OEM), ±RM730 (Retail)


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Perbezaan Window 7 Antara Versi"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS