Matikan Fungsi User Account Control (UAC) Window 7




Fungsi User Account Control (UAC) dibina untuk melindungi anda daripada aplikasi yang ingin mengubah sistem Windows tanpa kebenaran. Namun bagi pengguna Windows yang berpengalaman, fungsi ini agak melecehkan kerana perlu klik pada butang OK setiap kali anda ingin install apa-apa perisian.

Jika anda fikir anda seorang pengguna Windows yang berpengalaman, dan boleh mengenal perisian manakah yang betul-betul selamat untuk dijalankan, anda boleh membatalkan terus fungsi UAC ini.

Pertama sekali tekan Start Orb dan taipkan ‘UAC’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori Action Center dipaparkan. Klik pada ‘Change User Account Control settings’.


Ubah tetapan kepada ‘Never notify’. Klik pada butang OK. UAC akan dipaparkan buat kali terakhir, klik sahaja pada butang Yes.


Semudah itu sahaja, fungsi UAC pada Windows 7 anda telah dimatikan bagi memudahkan urusan anda.


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Matikan Fungsi User Account Control (UAC) Window 7"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS