LimeWire Diarah Tutup Oleh Mahkamah Amerika Syarikat



Laman web pengkongsian fail (file-sharing website) terkenal, LimeWire telah diarahkan untuk ditutup oleh Mahkamah Amerika Syarikat setelah berjuang mempertahankannya selama 4 tahun.

Ia adalah kemenangan terbesar bagi industri rakaman setelah New York District Judge Kimba Wood memfailkan Injuksi Kekal yang mana ia membolehkan LimeWire terpaksa gulung tikar. Injuksi Kekal (permanent Injuction) yang dikemukakan adalah untuk menghalang LimeWire daripada terus menerus berkongsi fail iaitu software, lagu, videoklip dan sebagainya di laman sesawangnya.

LimeWire mempunyai jumlah pengguna kira-kira $50 billion setiap bulan telah dikecam hebat oleh The Recording Industry Association of America (RIAA) kerana bertanggungjawab dalam kerugiaan sebanyak $500million dalam masa sebulan.

Dalam satu tinjauan agensi kajian NPD, 58.8% pengguna seluruh dunia direkodkan memuatturun lagu dan fail dengan perkhidmatan peer to peer pada 2009.

Tindakan mahkamah RIAA terhadap LimeWire telah disokong padu oleh Syarikat Rakaman seperti Arista, Warner, Sony, Motown, Interscope, Electra, Capitol dan Atlantic.

LimeWire yang diterajui oleh Mike Gorton akan terus bernafas namun tidak lagi memberi perkhidmatan pengkongsiaan fail sepertimana sebelum ini. LimeWire juga berkemungkinan berharap dapat berkerjasama dengan syarikat-syarikat rakaman bagi meneruskan perkongsian fail secara sah dan mematuhi undang-undang hakcipta.

Selepas kejayaan menyaman LimeWire, RIAA dan sekutunya akan terus berjuang dalam menyaman beberapa laman perkongsian terkenal seperti FrostWire dan MP3Rocket. BitTorrent juga dikatakan antara next target RIAA dan mungkin memakan masa bertahun-tahun.

Walaubagaimanapun, BitTorrent yang dikatakan paling popular dalam pengkongsiaan fail sukar dikenakan tindakan undang-undang kerana ia menggunakan jaringan Gnutella (Gnutella Network).

Dalam pada yang sama, Swedish Appeal Court di Stockholm sedang menungu masa iaitu pada 26 November sama ada laman sesawang PirateBay bersalah atau tidak dalam perlanggaran hakcipta.


Giler lah macam ni nanti takde tempat nak download Movie/MP3/Music Video dan lain-lain lagi. Takut blog-blog dorang target nanti.adessss....


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "LimeWire Diarah Tutup Oleh Mahkamah Amerika Syarikat"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS