Lebih 500 Usahawan ICT Akan Di Lahirkan MTDC



Kerajaan Malaysia yang komited terhadap perkembangan teknologi dengan pesat, kini melalui Belanjawan 2011, mengumumkan yang mana mereka melalui Malaysian Technology Development Corporation memperuntukan RM100 juta untuk para usahawan yang ingin memulakan atau membangunkan aplikasi mahupun apa sahaja yang menarik.

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi pelabur luar dan industri VC di Malaysia, kerajaan akan melaksanakan sebuah program khas yang mana akan melatih sehingga 500 orang usahawan berasaskan IT, serta pada masa yang sama menaik lebih ramai Angel Investor ke Malaysia. Progam ini kelak akan dijaga oleh Cradle Fund Sdn Bhd dan juga Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

Pada masa yang sama, MTDC pada tahun hadapan akan mengadakan acara International Venture Capital Symposium 2011 yang membolehkan para usahawan dan pelabur di Malaysia melebakan rangkaian mereka dengan berkolaborasi bersama-sama dengan pelabur daripada lua negara. Ianya masih tidak dimaklumkan lagi bila manakah acara tersebut akan diadakan.


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Lebih 500 Usahawan ICT Akan Di Lahirkan MTDC"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS