Dota 2 - Game Terbaru Daripada Icefrog & Valve




Berita menarik untuk gamer tegar Dota Allstars! Pencipta utama Dota AllStars iaitu Icefrog telah mengumumkan game baru Dota 2 akan dikeluarkan pada Mac 2011 nanti. Dota 2 dibina oleh studio Valve, iaitu syarikat sama yang mengeluarkan Half Life/Counter Strike.

Dota2 bakal menggunakan konsep sama dengan map Dota Allstars sekarang cuma dengan beberapa peningkatan baru dari segi graphics, mekanik, gameplay, network dsb. Dengan idea genius daripada Icefrog, Dota 2 dijangka dapat mengatasi pencabar-pencabar seumpama dengan Dota seperti Heroes of Newerth (HoN) dan League of Legends (LoL).


Beberapa peningkatan baru dalam DOTA 2


  • Voice chat – boleh bersembang dengan pemain lain menggunakan suara.

  • Leaver AI replacement – katakan ada teammate atau musuh yang jadi leaver (keluar daripada game sebelum game tamat) maka tempat dan role mereka akan diganti oleh komputer AI.

  • Heroes voice – setiap hero dalam Dota 2 ada suara tersendiri dengan dialog atau trademark yang unik.

  • Graphic lagi cantik dan best – sebab pakai engine source daripada Valve dan tidak lagi menggunakan engine Warcraft 3.

  • Support resolusi tinggi, jadi tidak perlu bimbang gambar pecah-pecah bila main Dota 2. 

  • Coaching system, pemain pro boleh login sebagai coach dan latih pemain noob menjadi pemain yg lebih hebat.

  • Karakter-karakter Dota Allstars, dikekalkan cuma diberi nafas baru dengan pengubahan pada rupa dan perwatakan, ini disebabkan bagi mengelakkan copyright issue bagi karekter asal ciptaan Blizzard untuk warcraft 3 - Main online menggunakan steam client, jadi lepas nie tak perlukan Garena dah la kot.

Dota Allstars 6.69


Buat masa sekarang, Icefrog masih lagi mengusahakan versi terbaru Dota 6.72b. Dota 6.72b membawakan banyak perubahan, peningkatan dan juga pengenalan kepada Hero baru.

 DOWNLOAD
(Latest Map 6.72b)

 http://www.getdota.com/


We Appreciate Your Comments

2 Respones to "Dota 2 - Game Terbaru Daripada Icefrog & Valve"

LS said...

kalo dah kuar nnti post la lg...hehe


May 16, 2011 at 4:11 PM
XLAWS said...

orait bro. InsyaAllah ^^


May 16, 2011 at 5:58 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS