Cari Nama Driver Menggunakan Everest



EVEREST Home Edition adalah software  yang boleh mengenalpasti nama driver. Hanya buka sahaja EVEREST, dan ia akan mengumpul maklumat tentang semua komponen hardware  dalam komputer anda. Dengan maklumat ini, senanglah jika anda nak cari driver tersebut di Internet.

Bagi mendapatkan senarai ringkas tentang hardware utama, klik pada Computer>Summary. Biasanya hardware yang paling penting untuk dicari driver adalah Video Adapter dan Audio Adapter. Nama bagi model Motherboard juga berguna sekiranya kad video dan audio adalah jenis built-in.


Nama yang anda perolehi inilah berguna untuk ditaipkan ke dalam Google bagi mencari driver tersebut.

Jika anda mendapati sesetengah nama driver diwarnakan dengan biru, itu tandanya anda boleh klik pada nama tersebut dan ia akan memaparkan link ke laman web yang berkaitan.

Anda juga boleh klik pada butang Report, dan EVEREST akan menjana laporan ringkas tentang semua komponen hardware anda dalam satu mukasurat.


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Cari Nama Driver Menggunakan Everest"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS