Cari Nama Driver Dengan PC Wizard




Setelah anda format Windows, perkara pertama yang harus dipasang sudah tentulah driver. Tapi, ops, apa nama driver saya ye? Oleh kerana Windows baru sahaja format kembali, sudah tentu ia tidak akan memaparkan kad grafik (graphic card) atau kad bunyi (sound card) apakah yang anda sedang guna. Jadi, macam mana nak tahu apakah nama driver dalam komputer? Tidak perlulah anda buka komputer tu sebab nak tengok apa yang tertulis di atas motherboard.  

PC Wizard akan membantu anda untuk mengenalpasti kesemua perkakasan yang terdapat di dalam komputer, beserta jenama dan modelnya sekali. Kemudian anda bolehlah cari driver ini dengan memasukkan namanya di Internet. Anda boleh menyimpan segala maklumat mengenai komputer anda dalam format-format seperti TXT, HTML dan PDF. Selain perkakasan, PC Wizard juga boleh memaparkan maklumat mengenai Sistem Pengoperasian anda, perisian, suhu, dan banyak lagi.


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Cari Nama Driver Dengan PC Wizard"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS