Awasi Bahaya Facebook!



Sejak kebelakangan ini Facebook telah mendominasi ruangan sembang (chat) komuniti pengguna Internet di Malaysia. Malahan di seluruh dunia, sebenarnya ia bukan sekadar sembang. Jika anda meninjau di tempat umum yang memiliki kemudahan wifi/hot spot, perhatikan apa yang dibuka oleh para netter tersebut. Kebanyakannya facebook.

Apa Itu Facebook?
Facebook merupakan salah satu layanan jaringan sosial internet yang percuma dimana kita dapat membentuk jaringan dengan mengundang sahabat kita. Dari jaringan yang di bentuk, kita dapat memperhatikan aktiviti mereka, mengikuti permainan (game) dan menambah rakan-rakan. Jaringan itu sama ada berdasarkan organisasi sekolah, mahupun daerah kediaman kita dan sebagainya.

Facebook mirip dengan Friendster, namun diakui memiliki banyak kelebihan. Pengguna Facebook bermula dari kanak-kanak hingga orang tua yang berumur 50 tahun ke atas.

Sehingga kini facebook telah meledak sehingga menempati ranking 7 sebagai website paling sibuk di dunia.

Siapa Pengasasnya?
Pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg (Gambar) dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York.

Mark Zuckerberg

Ketika menuntut Mark di Universiti Harvard, Zuckerberg telah menggodam laman web universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka. Oleh itu apakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008?, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama.

Majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika berbanding 400 individu lain pada tahun 2008. Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi).

Maklumat Tentang AEPi

  • Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

  • Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.

  • Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

  • Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang terkenal.

  • AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel.

  • AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Ke manakah perginya semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini adalah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Kesan Sampingan Facebook

  • Membazir waktu. Pengguna Facebook enggan berenggang dari komputer, laptop, handphone, dan gadget yang mampu mengakses Facebook. Banyak waktu terbuang di depan komputer. Jika terasa kehidupan yang sementara ini tidak lengkap tanpa facebook, aturlah waktu.

  • Keretakan dan keruntuhan rumah tangga. Ada kes seorang isteri dibunuh kerana si isteri menukar statusnya menjadi single. Si suami yang marah tanpa berfikir panjang telah menamatkan riwayat isterinya.

  • Foto yang diletakkan dalam Facebook boleh dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Letaklah foto di Facebook dengan bijak, karena bukan anda dan teman anda sahaja yang boleh melihat. Seluruh dunia boleh melihatnya, kecuali anda men-setting foto anda menjadi private, dan hanya orang-orang tertentu yang mampu melihat foto anda. Tapi aku cadangkan jangan letakkan foto korang betul-betul sebab kalau korang padam pun foto korang telahpun di simpan dalam MAIN SERVER mereka.

  • Jika semua maklumat peribadi diletakkan dalam Facebook, ia akan dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak bertanggunjawab.

  • Gangguan orang yang tidak dikenali.

Tips & Panduan Menggunakan Facebook

  • Jangan gunakan password yang lemah.

  • Jangan berikan tarikh lahir yang tepat dalam Profile.

  • Jangan pandang remeh kebaikan yang ada dalam Privacy Controls.

  • Jangan masukkan nama-nama penuh anak anda (mahupun nama penuh kawan-kawan anda) dalam Photo Caption.

  • Jangan beritahu semua orang "You ll Be Away From Home".

  • Jangan biarkan search engines mencari anda.

  • Jangan biarkan anak anda menggunakan Facebook tanpa dikawal atau dipantau.

  • Walaupun kesemua perkara ini nampak remeh, banyak kes berlaku bermula dengan Facebook. Bijaksanalah dalam penggunaan Facebook.

 Anak-beranak buruk perangai

 Kesian baby comel tu...

 Waaaa!! Tolong!! Nak Berfacebook!!!

 Melabur sambil berfacebook

 Orang malas tahap cipan!

 Doktor tak datang lagi ni, sempat lagi berfacebook.


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Awasi Bahaya Facebook!"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS