Speed Up Internet Browsing By DNS Hack




Sebelum ni aku ada pernah sekali post pasal Increase Internet Speed 20% untuk melajukan internet korang sebanyak 20% lagi. Kali ni aku nak ajar korang macam mana nak bagi surfing internet pada tahap laju gila gaban punya.hehe..Follow tutorial di bawah =D

Note: Tekan gambar kalo tak nampak.

Pertama sekali korang bukak Run. Cari paling cepat tekan button WINDOW+R. Lepas tu tulis regedit dan OK


Kedua, ikut macam gambar di bawah ni.
HKEY_LOCAL_MACHINE>SYSTEM>CurrentControlSet>services

sambung dari services>Dnscache>Parameters. Pastu yang nombor 7 tu click kanan pilih New>DWORD (32-bit) Value.

Yang terakhir tulis ni NegativeCacheTime. Letak Value data dia 0 pastu OK.

Sekarang cuba korang try surfing internet kat mana-mana website tengok macam mana dia pergi.hahaha =D


Cek Antivirus Berfungsi Atau Tidak



Untuk memastikan sama ada korang punya antivirus berfungsi dengan baik copy kod di bawah.

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H* 

Pastu letak dalam notepad


Pastu pilih save as...


Namakan file tu seperti fakevirus.exe dan save kan di desktop korang.


Hahahaha. Antivirus ESET aku berfungsi dengan baik la!.


Sekiranya anti virus anda updated atau berfungsi, ia akan memberi amaran segera kepada korang dengan arahan tertentu atau terus didelete file itu. Bagi mereka menggunakan Avira Antivirus, PC korang akan berbunyi dan ada arahan untuk anda memdeletenya. Bermakna antivirus korang tu berfungsi la. Kalau tiada detection atau antivirus korang buat bodo je, bermakna antivirus korang tidak updated atau 'tidur'. Mula updated antivirus anda atau cari anti virus baru.

File eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Semua produk anti-virus diprogram untuk mengesan file ini seperti kelihatan virus sebenar. Kerana itu, korang boleh dengan selamat mengujinya sama ada untuk menentukan antivirus anda berfungsi, tanpa bimbang ia akan menjangkiti komputer anda.

Sekiranya anti virus anda tidur dan file ini tidak didelete, korang tak usah risau, ia tidak akan merosakkan PC korang dan sekiranya mahu mendelete file ini. Anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke thrash bin atau open task manager cari file nama fakevirus.exe pada tab process dan pilih seterusnya end process.


How To Burn Windows On DVD (Bootable)



Untuk tutorial kali ini aku meggunakan Power ISO untuk burn windows kedalam DVD (Bootable). Apa yang korang perlukan adalah:


    OK, skang sila ikuti langkah-langkah dibawah. Senang jer!

    Dalam tutorial ni aku pakai file Windows DVD aku yang dah aku ISO sebelum ini. Aku pilih Window 7 32 & 64 bit sebagai contoh. Click 2 kali untuk buka.


     Lepas tu file tersebut akan dibuka dengan software Power ISO dan tekan Burn.


    Apabila dah tekan Burn dia akan keluar macam ni. Pilih Burn speed paling rendah! pastu tekan Burn.


    Process Burning window ke dalam DVD agak memakan masa. Korang perlu bersabar jek.



    Process Burn Window da siap nanti secara automatik tempat DVD korang terbuka sendiri. Tu tandanya da siap la tu.hehe

    Lepas ni kalo korang nak format pc/desktop pun boleh. =D


    Cara Install Bahasa Arab Pada Window 7



    Kali ini aku nak tunjukkan tutorial cara-cara untuk install Bahasa Arab pada Window 7 dari permintaan member aku secara mengejut pada pagi tadi dan untuk semua orang jugak!.hehehe

    Note: Tekan gambar kalo tak nampak dengan jelas.

    OK, pertama sekali pergi ke Control Panel dan tekan Change Keyboard Or Other Input Method.


    Lepas tu pilih Keyboards and Languanges tab tu dan tekan Change Keyboards...


    Pilih Add...


    Pilih Bahasa Arab. Aku pakai Arabic (Saudi Arabia).


    Kat belah kiri Arabic (Saudi Arabia) tu kan ada benda macam tambah kan "+". Tekan tu dan tick Arabic (101) dan Arabic (102).


    Akhir sekali, tekan Apply dan OK!


    Kalo nak tukar Bahasa Arab just tekan button CTRL+SHIFT dan tekan button CTRL+SHIFT untuk jadi Bahasa English balik. =D

    Sebelum tekan CTRL+SHIFT 


    Selepas tekan CTRL+SHIFT


    Hah! Siap buat nama lagi. =P


    Kenapa Perlu Update Antivirus?



    Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan lazim yang sering diajukan berkaitan dengan antivirus. Diharap penerangan saya ini dapat memudahkan kefahaman semua. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen.

    Apakah itu update?
    Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.

    Antivirus [masukkan nama antivirus di sini] kena update tak?
    Ya. Semua jenis antivirus pun perlu update dari masa ke semasa.

    Kenapa perlu update antivirus?
    Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update selalu, agar ia mengenali virus-virus terbaru.

    Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kata antivirus, tak kenal macam mana aku nak detect virus.

    Perlukah saya update antivirus setiap hari?
    Tidak semestinya. Bagi sesetengah orang, untuk update antivirus setiap hari adalah melecehkan, lebih-lebih lagi jika komputer anda tidak mempunyai sambungan Internet. Cadangan saya, update antivirus anda sekurang-kurangya sebulan sekali.

    Kalau antivirus saya out-of-date, dah tak boleh guna dah ke?
    Antivirus anda masih boleh digunakan walaupun ianya out-of-date. Cuma ia tidak akan dapat mengesan sekiranya terdapat virus-virus baru, itu sahaja.

    Bagaimana nak update antivirus?
    Jika komputer anda mempunyai sambungan Internet, proses update akan dilakukan secara automatik. Jika tidak, anda boleh download update bagi antivirus di cyber cafe, kemudian letakkan pada komputer anda secara manual.


    Google dah kenal 1 Trillion URL




    Pada blog rasmi Google, mereka telah mengumumkan bahawa jumlah URL yang berada dalam indeks Google kini telah mencapai sebanyak 1 Trillion (1’000’0000’0000!). Jumlah ini hanya mengambil kira URL unik sahaja, tidak termasuk URL-URL yang merujuk pada laman web yang sama. 

    Sehingga kini, Google terus berusaha keras dalam mengumpul informasi tentang laman-laman web terbaru supaya dapat digunakan dalam carian anda

    Walau bagaimanapun, kuantiti yang besar ini bukanlah segalanya. Yang lebih penting adalah kualiti dalam hasil carian yang dipaparkan oleh Google. Lagipun, biasanya kita hanya tengok hasil carian di muka pertama je kan?

    Dengan jumlah yang terlampau banyak ni, semakin sukar nak cari laman web yang betul-betul bagus dan menepati kehendak kita. Tapi kalau anda rajin, anda boleh gunakan perkhimatan web seperti Digg, Reddit, dan del.icio.us untuk mengetahui tempat-tempat yang menarik di segenap ruang web. Jangan habiskan masa untuk MySpace dan Friendster je, jom layari Internet ^^


    Backup Kesemua Driver Anda Dengan DriverMax




    Dalam proses install semula Windows, tugas yang paling melecehkan adalah install semula kesemua driver yang diperlukan. Anda harus klik satu-persatu pada CD  Driver yang diberikan, dan proses ini akan memakan banyak masa lebih-lebih lagi jika terdapat banyak hardware pada komputer tersebut. Dan bagaimana pula jika anda tak ada CD Driver? Ha menangis yo!

    Adalah lebih baik jika anda backup dulu driver anda sebelum memulakan proses install semula Windows. Ini boleh dilakukan dengan DriverMax. Dengan DriverMax, anda boleh eksport kesemua driver anda dan simpan ia dalam bentuk fail. Setelah proses install Windows dijalankan, anda boleh import semula fail driver tersebut. Hanya dengan satu klik sahaja, semua driver anda akan siap terpasang dan segala hardware dalam komputer anda kini boleh digunakan.

    DriverMax adalah percuma, tetapi ia memerlukan pendaftaran untuk mendapatkan nombor siri. Dari FreewareGenius


    Cari Nama Driver Dengan PC Wizard




    Setelah anda format Windows, perkara pertama yang harus dipasang sudah tentulah driver. Tapi, ops, apa nama driver saya ye? Oleh kerana Windows baru sahaja format kembali, sudah tentu ia tidak akan memaparkan kad grafik (graphic card) atau kad bunyi (sound card) apakah yang anda sedang guna. Jadi, macam mana nak tahu apakah nama driver dalam komputer? Tidak perlulah anda buka komputer tu sebab nak tengok apa yang tertulis di atas motherboard.  

    PC Wizard akan membantu anda untuk mengenalpasti kesemua perkakasan yang terdapat di dalam komputer, beserta jenama dan modelnya sekali. Kemudian anda bolehlah cari driver ini dengan memasukkan namanya di Internet. Anda boleh menyimpan segala maklumat mengenai komputer anda dalam format-format seperti TXT, HTML dan PDF. Selain perkakasan, PC Wizard juga boleh memaparkan maklumat mengenai Sistem Pengoperasian anda, perisian, suhu, dan banyak lagi.


    Cari Nama Driver Menggunakan Everest



    EVEREST Home Edition adalah software  yang boleh mengenalpasti nama driver. Hanya buka sahaja EVEREST, dan ia akan mengumpul maklumat tentang semua komponen hardware  dalam komputer anda. Dengan maklumat ini, senanglah jika anda nak cari driver tersebut di Internet.

    Bagi mendapatkan senarai ringkas tentang hardware utama, klik pada Computer>Summary. Biasanya hardware yang paling penting untuk dicari driver adalah Video Adapter dan Audio Adapter. Nama bagi model Motherboard juga berguna sekiranya kad video dan audio adalah jenis built-in.


    Nama yang anda perolehi inilah berguna untuk ditaipkan ke dalam Google bagi mencari driver tersebut.

    Jika anda mendapati sesetengah nama driver diwarnakan dengan biru, itu tandanya anda boleh klik pada nama tersebut dan ia akan memaparkan link ke laman web yang berkaitan.

    Anda juga boleh klik pada butang Report, dan EVEREST akan menjana laporan ringkas tentang semua komponen hardware anda dalam satu mukasurat.


    Bagaimana Nak Cari Driver Di Internet?



    Perkara utama yang anda perlukan untuk mencari driver adalah nama bagi model hardware tersebut.

    Contohnya, nama bagi model graphic card saya adalah NVIDIA GeForce FX 5200. Jadi, apa yang perlu saya lakukan adalah menaip “NVIDIA GeForce FX 5200” di laman web Google.

    Untuk lebih spesifik lagi, saya taipkan “download driver NVIDIA GeForce FX 5200”. Google akan memaparkan hasil carian, dan link inilah yang akan saya klik untuk mencari driver tersebut.


    Jika PC atau laptop anda berjenama (Dell, Compaq, HP, atau Acer misalnya), anda boleh terus taipkan nama bagi model PC/laptop itu. Biasanya nama ini ada dilekat bersama PC/laptop anda.

    Satu lagi cara untuk mengetahui nama bagi model hardware anda adalah dengan menggunakan software. Cara ini adalah lebih mudah kerana anda tidak perlu terbelek-belek PC atau laptop anda untuk mencari nama driver. Hanya gunakan software ini dan ia akan memaparkan nama bagi semua komponen hardware yang berada di dalam komputer anda secara terperinci. Contoh software seperti ini adalah Everest dan PC Wizard.


    Apa Itu Driver?



    Setelah anda format komputer anda dan install Windows, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memasang driver. Driver ini diperlukan oleh komponen hardware yang berada di dalam komputer, contohnya graphic card dan sound card.

    Tanpa driver, anda akan dapati komputer anda tak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Contohnya, tanpa driver untuk sound card, sistem audio takkan berfungsi dan menyebabkan komputer anda tidak dapat mengeluarkan sebarang bunyi atau memainkan mp3.

    Selalunya apabila anda beli barang-barang komputer, pekedai akan membekalkan anda dengan CD driver. CD inilah yang sepatutnya anda simpan elok-elok, mana tahu anda perlukannya esok hari. Kalau anda tiada CD ini (hilang atau sebagainya), anda masih boleh cari driver anda di Internet.

    Jangan lupa backup semua driver yang sedia ada dalam komputer anda, sebagai langkah berjaga-jaga. Driver yang anda telah backup ini sangat berguna sekiranya anda perlu format kembali komputer.


    Dota 2 - Game Terbaru Daripada Icefrog & Valve




    Berita menarik untuk gamer tegar Dota Allstars! Pencipta utama Dota AllStars iaitu Icefrog telah mengumumkan game baru Dota 2 akan dikeluarkan pada Mac 2011 nanti. Dota 2 dibina oleh studio Valve, iaitu syarikat sama yang mengeluarkan Half Life/Counter Strike.

    Dota2 bakal menggunakan konsep sama dengan map Dota Allstars sekarang cuma dengan beberapa peningkatan baru dari segi graphics, mekanik, gameplay, network dsb. Dengan idea genius daripada Icefrog, Dota 2 dijangka dapat mengatasi pencabar-pencabar seumpama dengan Dota seperti Heroes of Newerth (HoN) dan League of Legends (LoL).


    Beberapa peningkatan baru dalam DOTA 2


    • Voice chat – boleh bersembang dengan pemain lain menggunakan suara.

    • Leaver AI replacement – katakan ada teammate atau musuh yang jadi leaver (keluar daripada game sebelum game tamat) maka tempat dan role mereka akan diganti oleh komputer AI.

    • Heroes voice – setiap hero dalam Dota 2 ada suara tersendiri dengan dialog atau trademark yang unik.

    • Graphic lagi cantik dan best – sebab pakai engine source daripada Valve dan tidak lagi menggunakan engine Warcraft 3.

    • Support resolusi tinggi, jadi tidak perlu bimbang gambar pecah-pecah bila main Dota 2. 

    • Coaching system, pemain pro boleh login sebagai coach dan latih pemain noob menjadi pemain yg lebih hebat.

    • Karakter-karakter Dota Allstars, dikekalkan cuma diberi nafas baru dengan pengubahan pada rupa dan perwatakan, ini disebabkan bagi mengelakkan copyright issue bagi karekter asal ciptaan Blizzard untuk warcraft 3 - Main online menggunakan steam client, jadi lepas nie tak perlukan Garena dah la kot.

    Dota Allstars 6.69


    Buat masa sekarang, Icefrog masih lagi mengusahakan versi terbaru Dota 6.72b. Dota 6.72b membawakan banyak perubahan, peningkatan dan juga pengenalan kepada Hero baru.

     DOWNLOAD
    (Latest Map 6.72b)

     http://www.getdota.com/


    Myspace Kembali Dengan Logo & Design Baru




    Myspace ialah raja social networking beberapa tahun lepas sebelum populariti Myspace di-take over oleh Facebook. 

    Sekarang Myspace muncul kembali dengan beberapa perubahan baru dengan harapan dapat meningkatkan jumlah pengguna yang semakin berkurangan dengan drastik.

    Ni logo Myspace terbaru. Simple gler.


     Beberapa features percuma cool untuk pengguna seperti games, music, tv dan banyak lagi.


    Custom profiles; sesuai untuk sesiapa yang suka menghias profile.


    Aku dah lama tak pakai Myspace nih sebab berat. Terlalu banyak iklan dan benda dia letak. Tapi apa yang best kat Myspace ni sebab boleh stream music, video klip dan banyak lagu best dahulu. Band2 indie yang popular sekarang dulu pun naik nama sebab glamer di msypace. Perubahan itu bagus, dan meningkatkan lagi persaingan. Lepas ni yang untungnya pengguna la.


    Surah.my - Tafsiran Al-Quran Dalam Bahasa Melayu



    Surah.my merupakan sebuah laman web tempatan yang menyediakan tafsiran Al-Quran dalam bahasa melayu.

    Setiap surah lengkap dengan bacaan sebenar dan juga terjemahan dalam bahasa melayu dan inggeris.


    Korang juga boleh mendengar bacaan setiap surah yang boleh dimuat turun dalam format mp3.


    Jika anda agak kekok dengan antaramuka bahasa melayu, terdapat pilihan untuk menukar ke bahasa inggeris.


    Lawati Surah.my sekarang!


    Tips Menjaga Laptop



    Laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti sehari-hari mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang ‘portable’. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.

    Antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pemilik laptop adalah suhu laptop atau bateri menjadi panas, laptop tiba-tiba ‘hang’, laptop mati ketika digunakan dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi.

    • Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda.

     AMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang
    budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.

    GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.

    CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba  di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

    Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

    Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

    Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

    Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

    Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

    Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

    Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

    Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

    Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP

    • Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.

    • Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.

    • Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.

    • Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.

    • Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.

    • Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual.

    Semoga info kali ini memberi manfaat kepada kita semua.


    Harga Notebook Di Pasaran



    Salam sejahtera semua =D. X-LAWS nak bagi senarai harga notebook yang berada di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Kelang tempat yang paling popular adalah Lowyat Plaza. Sebelum ni ada PC Fair tapi sudah tamat.

    Untuk tidak menghampakan semua di sini X-LAWS senaraikan website yang boleh korang layari untuk pengetahuan mengenai harga dan spesifikasi notebook di Malaysia:

    1. C-ZONE
    2. CYCOM Sale & Servic
    3. Pristige
    4. Geek
    5. Startec Computer System 
    6. Sri Computers
    7. Notebook Shop
    8. Sungeiway.Com
    9. Asus Notebook
    10. NetWorld Computers
    11. ACER Aspire Series
    12. ACER TravelMate Series
    13. Shop For Notebooks
    14. Dell Notebook
    15. Benq Notebook
    16. Asashi Technology
    17. FutureNet
    18. MacAsia
    19. Planet Technology
    20. Pusat Komputer Putri
    21. World Of Notebooks

    Anda boleh jugak dapatkan di Lelong, E-Bay dan Mudah untuk notebook terpakai dan terbaru. Selamat membeli.

      Lepas ni kalau korang nak beli notebook jangan lupa check kat sini. Tak payah pening-pening kepala nak pergi ke sana nak jalan-jalan survey sana-sini. Korang survey sini dulu OK? =D


      Screengrab: Tangkap Screen Shot Di Mozilla Firefox




      Screenrab merupakan plugins Mozilla Firefox yang berfungsi untuk mengambil screen shot di web browser Mozilla Firefox.



      Lepas install Screengrab pastu restart Firefox. nanti ikon screengrab tu akan terpapar macam di bawah ini.



      OK sekarang, kita gunakan contoh website yang kita nak amek screenshot ialah:
      http://abduzeedo.com/easy-casino-style-sign-photoshop
      lepas bukak tu ikut macam gambar di bawah ni.



      Lepas tu nama kan file korang tu dan PASTIKAN DI AKHIR NAMA FILE KORANG TU LETAK .jpeg dan Save as type JPG.



      Lihatlah hasilnya. Kalau korang ada cara lain untuk save screenshot sila komen ya! =D


      Matikan Fungsi User Account Control (UAC) Window 7




      Fungsi User Account Control (UAC) dibina untuk melindungi anda daripada aplikasi yang ingin mengubah sistem Windows tanpa kebenaran. Namun bagi pengguna Windows yang berpengalaman, fungsi ini agak melecehkan kerana perlu klik pada butang OK setiap kali anda ingin install apa-apa perisian.

      Jika anda fikir anda seorang pengguna Windows yang berpengalaman, dan boleh mengenal perisian manakah yang betul-betul selamat untuk dijalankan, anda boleh membatalkan terus fungsi UAC ini.

      Pertama sekali tekan Start Orb dan taipkan ‘UAC’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori Action Center dipaparkan. Klik pada ‘Change User Account Control settings’.


      Ubah tetapan kepada ‘Never notify’. Klik pada butang OK. UAC akan dipaparkan buat kali terakhir, klik sahaja pada butang Yes.


      Semudah itu sahaja, fungsi UAC pada Windows 7 anda telah dimatikan bagi memudahkan urusan anda.


      Blog Fansub XLAWS

      J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
       
      Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS