7 Cara Lajukan Window XP/Vista & 7 Dengan Berkesan



1. Bersihkan Desktop/Disk C & D Korang.Korang mesti rimas kan kalau tengok file/data korang bersepah sana-sini terutamanya di bahagian desktop/Hard Disk C & D. Pastikan korang susun data-data korang tu. Yang mana tak pakai buang je supaya bagi ruang untuk hard disk korang tu. C adalah tempat sistem/software penting korang dan D pula tempat simpan data/video/MP3/Kerja-kerja penting korang. Ini untuk langkah keselamatan juga kerana kalau C korang rosak macam windows corrupt ke, kene attack virus ke. Apa-apahal C korang yang rosak. D tak rosak, maka selamatlah data-data kesayangan korang tu. Lagi satu kalau rosak hanya C je yang nak kena format. D kira selamat dah. Kalau korang letak sume file-file penting kat C, terpaksa la kene format semua sekali. Haa.. kan da boleh nangis macam tu.

2. Scan & Fix Your Window Programs.
OS nie ada pelbagai jenis fungsi contoh macam registry, sistem-sistem dalaman lagi dan macam-macam lagi lah. Apabila korang tengah install software/update/delete data-data korang. Ada yang data dalaman berubah sendiri atau rosak. Tapi tak memberi kesan yang serius kat PC korang masih boleh berfungsi dengan sempurna. Cuma kelajuan PC korang tu jadi kurang sedikit. Untuk menyelesaikan masalah ni korang boleh guna software CCleaner.

3. Scan Virus, Spyware & Adware
Setiap komputer mudah kena serang dengan pelbagai virus. Virus-virus ni boleh mendatangkan masalah kecil dan besar pada PC korang nih. Spyware dan Adware pula adalah program-program yang dicipta oleh syarikat untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang pelanggan-pelanggan mereka. Biasanya program-program ni dicipta bukan untuk niat jahat tetapi untuk meningkatkan pasaran produk mereka. Spyware dan Adware juga mampu untuk melambatkan RAM korang.

4. Uninstall Unused Program/Software
Apabila sesuatu program telah di install dalam PC korang ianya akan menghubungkan antara software yang korang install tu dengan OS. Walaupun korang tak guna software tu ianya akan melambatkan PC. 

5. Adjust Visual Effects For Better Performances
Windows menyediakan pelbagai effect menarik seperti animated windows dan menu fading. RAM yang tidak mencukupi dengan kehendak OS tu dari segi Memory, Size Hard Disk dan lain-lain akan melambatkan PC korang juga. Kurangkan Visual effect akan dapat menyelesaikan masalah ni.

6. Defrag Your Computer
Defragment ni sangat berguna kepada semua pengguna PC kerana ia dapat melajukan lagi OS korang. Apa yang defragment bole buat? ia dapat membaiki kerosakan file di dalam PC dan menyusun semula data-data korang yang berterabur supaya nanti senang PC korang buat kerja nak cari data-data yang korang nakkan tu. Aku cadangkan korang pakai software ni Disk Keeper 2010.

7. Disable Automatically Start Program
Selalu korang bukak PC dan apabila sampai ke desktop mesti ada program yang korang mungkin  tak guna bukak secara automatik contoh macam bluetooth, yahoo messenger, skype, webcam dan lain-lain. yang ni pun adalah faktor-faktor menyebabkan PC korang menjadi lambat bila nak bukak sesuatu. Cara-caranya sila click link ini

msconfig


We Appreciate Your Comments

3 Respones to "7 Cara Lajukan Window XP/Vista & 7 Dengan Berkesan"

ヌール イワン said...

nak tanye laptop ak skang nie selalu sgt cepat panas..x taw asal..tgk video sngkut2+pecah2..pstu kalau die play ok je(laptop jadi panas then shutown)

can help??  kalau perlu screenshot g taw


August 3, 2012 at 7:09 PM
XLAWS said...

Kemungkinan dlm laptop ko byk habuk. kene g hantar service nie. lg 1 mungkin juga disebabkan virus.


August 3, 2012 at 8:09 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS