Kenali Jantina Laptop/PC Korang



Nak tau tak laptop anda semua jantan atau betina? Ingat laptop takde jantina ke? Masa anda beli laptop kena check dulu samada jantan ke betina. Kalau anda lelaki beli laptop yang betina. Kalau perempuan beli la yang jantan. Baru macho.

Ok. Cara-cara nak tahu samada laptop ataupun PC anda jantan ke betina ikut cara di bawah:

1. Pertama sekali copy benda kat bawah ni masuk ke dalam notepad

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"hi chicharito"

2. Kemudian save as chicharito.vbs

3. Dah siap save klik pada file yang anda save tadi. Kalau yang keluar suara garau tu mestila jantan. Kalau yang suara lembut sikit tu mesti betina. Jangan dua-dua sudah.

Sebenarnya nak save dengan nama apa-apa pun boleh tapi mesti .vbs. Bukan .txt ok. Yang ayat "hi chicharito" tu nak gantikan dengan nama anda sendiri pun boleh.

Selamat mencuba.


Matrix Effects




Cara-cara buat Matrix di PC korang.
Salin kod di bawah ni pastu save dalam notepad. save as .bat OK.

@echo off
color 0a
cls
:A
echo 110001 00000zuarxpdc111101011101 0101zuarxpdc010 000111001 00011110010101zuarxpdc0100010 10011
echo 100011 10111zuarxpdc101000010000 0011zuarxpdc000 101000111 11010110010100zuarxpdc1100110 01011
echo 101001 10101zuarxpdc110001000111 0101zuarxpdc110 100011110 01010101010001zuarxpdc0101001 01010
echo 110001 00000zuarxpdc111101011101 0101zuarxpdc010 000111001 00011110010101zuarxpdc0100010 10011
echo 100011 10111zuarxpdc101000010000 0011zuarxpdc000 101000111 11010110010100zuarxpdc1100110 01011
echo 101001 10101zuarxpdc110001000111 0101zuarxpdc110 100011110 01010101010001zuarxpdc0101001 01010
goto A


Delete Partition Window 7



Pilih 1 partition yang korang dah tak nak lagi. Aku pilih Partition XLAWS pastu tekan kanan pilih Delete Volume...

Nanti dia akan jadi warna hijau. pastu tekan kanan lagi pilih Delete Partition...

Lepas tu aku nak recover balik partition yang aku delete tadi pada D aku. Cuma pilih D dan tekan kanan pilih Extend Volume...

Korang tekan next je sumer.

Haa..Partition korang dah kembali kepada asal semula =D


Buat Partition Baru Window 7



Ikut gambar di bawah.

Pastu pergi ke Disk Management.

Pilih disk mana nak di bahagikan macam contoh di bawah ni aku ambik D untuk buat partition sebab banyak lagi ruang. Pastu tekan Shrink Volume.

Pastu pilih bape besar saiz dekat partition baru tu. Contoh macam aku punya 20GB, jadi letak 20000.

Masa tgh Shrink Volume tu agak memakan masa sikit. pastu da siap dia akan kuar partition yang hitam tu.

Pastu tekan kanan kat partition baru tu dan pilih New Simple Volume...

Cuma tukar Assign the following drive letter. Banyak lagi pilihan dari A-Z tapi aku amek X.

Gambar bawah ni cuma tukar Volume Label. Tu letak nama kat partition korang je.

Apabila dah siap nanti dia jadi macam gambar di bawah ni.

Lihat hasilnya. Tengok ada Partition baru dah. =D


7 Cara Lajukan Window XP/Vista & 7 Dengan Berkesan



1. Bersihkan Desktop/Disk C & D Korang.Korang mesti rimas kan kalau tengok file/data korang bersepah sana-sini terutamanya di bahagian desktop/Hard Disk C & D. Pastikan korang susun data-data korang tu. Yang mana tak pakai buang je supaya bagi ruang untuk hard disk korang tu. C adalah tempat sistem/software penting korang dan D pula tempat simpan data/video/MP3/Kerja-kerja penting korang. Ini untuk langkah keselamatan juga kerana kalau C korang rosak macam windows corrupt ke, kene attack virus ke. Apa-apahal C korang yang rosak. D tak rosak, maka selamatlah data-data kesayangan korang tu. Lagi satu kalau rosak hanya C je yang nak kena format. D kira selamat dah. Kalau korang letak sume file-file penting kat C, terpaksa la kene format semua sekali. Haa.. kan da boleh nangis macam tu.

2. Scan & Fix Your Window Programs.
OS nie ada pelbagai jenis fungsi contoh macam registry, sistem-sistem dalaman lagi dan macam-macam lagi lah. Apabila korang tengah install software/update/delete data-data korang. Ada yang data dalaman berubah sendiri atau rosak. Tapi tak memberi kesan yang serius kat PC korang masih boleh berfungsi dengan sempurna. Cuma kelajuan PC korang tu jadi kurang sedikit. Untuk menyelesaikan masalah ni korang boleh guna software CCleaner.

3. Scan Virus, Spyware & Adware
Setiap komputer mudah kena serang dengan pelbagai virus. Virus-virus ni boleh mendatangkan masalah kecil dan besar pada PC korang nih. Spyware dan Adware pula adalah program-program yang dicipta oleh syarikat untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang pelanggan-pelanggan mereka. Biasanya program-program ni dicipta bukan untuk niat jahat tetapi untuk meningkatkan pasaran produk mereka. Spyware dan Adware juga mampu untuk melambatkan RAM korang.

4. Uninstall Unused Program/Software
Apabila sesuatu program telah di install dalam PC korang ianya akan menghubungkan antara software yang korang install tu dengan OS. Walaupun korang tak guna software tu ianya akan melambatkan PC. 

5. Adjust Visual Effects For Better Performances
Windows menyediakan pelbagai effect menarik seperti animated windows dan menu fading. RAM yang tidak mencukupi dengan kehendak OS tu dari segi Memory, Size Hard Disk dan lain-lain akan melambatkan PC korang juga. Kurangkan Visual effect akan dapat menyelesaikan masalah ni.

6. Defrag Your Computer
Defragment ni sangat berguna kepada semua pengguna PC kerana ia dapat melajukan lagi OS korang. Apa yang defragment bole buat? ia dapat membaiki kerosakan file di dalam PC dan menyusun semula data-data korang yang berterabur supaya nanti senang PC korang buat kerja nak cari data-data yang korang nakkan tu. Aku cadangkan korang pakai software ni Disk Keeper 2010.

7. Disable Automatically Start Program
Selalu korang bukak PC dan apabila sampai ke desktop mesti ada program yang korang mungkin  tak guna bukak secara automatik contoh macam bluetooth, yahoo messenger, skype, webcam dan lain-lain. yang ni pun adalah faktor-faktor menyebabkan PC korang menjadi lambat bila nak bukak sesuatu. Cara-caranya sila click link ini

msconfig


Cara Lajukan Startup Windows



Untuk pengguna Window 7 cuma perlu taipkan msconfig dekat search bar tu
Pengguna Window XP lak just tekan Window+R pastu taip msconfig dan enter.


Apabila dah keluar System Confuguration pergi ke Startup Tab dan untick program apa sepatutnya yang tak perlu dibuka secara automatik.


Window 7 Shortcuts Keys




Kepada insan-insan yang tak tahu apa tu button WINDOW sila tengok gambar di atas. Yang dalam kotak merah tu lah button Window.

General
Windows + ? (Up Arrow) – Maximize window

Windows + ? (Left Arrow) – Snap window to left side covering half of desktop space. Continue pressing the keyboard shortcut will rotate the window between snap to left, snap to right and restore to normal position.

Windows + ? (Right Arrow) – Snap window to right side covering half of desktop space. Continue pressing the keyboard shortcut will rotate the window between snap to left, snap to right and restore to normal position.

Windows + ? (Down Arrow) – Minimize the window. Restore to normal size and position if the window is currently maximized.
Other popular or common keyboard hotkeys which are already been used in Windows Vista:

Windows + D – Show desktop and restore desktop (minimize or restore all windows).

Windows + M – Minimize all windows.

Windows + T – Show preview thumbnail of running applications in Windows Taskbar one by one without mouse over.

Windows + U – Open Ease of Access Center.

Windows + P – Display options.

Windows + F – Search window.

Windows + G – Bring all gadgets on top and foreground.

Windows + X – Run Windows Mobility Center.

Windows + R – Open ‘Run’ command.

Windows + E – Run Windows Explorer.

Windows + L – Lock the computer.

Windows + Pause [Break] – Open System Properties.

Windows + [number] – Activate and run the program pinned on Windows 7 Taskbar, running program won’t be affected.

Windows + Tab – Windows Aero Task Switcher

F1 – Help

F3 – Search

Taskbar Modifiers
Shift + Click on icon Open a new instance

Middle click on icon Open a new instance

Ctrl + Shift + Click on icon Open a new instance with Admin privileges

Shift + Right-click on icon Show window menu (Restore / Minimize / Move / etc)

Note: Normally you can just right-click on the window thumbnail to get this menu

Shift + Right-click on grouped icon Menu with Restore All / Minimize All / Close All, etc.

Ctrl + Click on grouped icon Cycle between the windows (or tabs) in the group

Logging In And Out
Alt+? Go back

Alt+? Go forward

Alt+? Go up a directory

Alt+D Move focus to address bar

Alt+D, Tab Move focus to search bar

Alt+Enter Open the Properties window of the current selection

Ctrl+Mousewheel Change the view type (extra large, small, list view, detail, etc.)



Langkah Berjaga-jaga Selepas Menggunakan Mozilla Firefox



 Note: Untuk pengguna Mozilla Firefox je.

Lepas korang asyik layan facebook, myspace, yahoo dan lain-lain website mesti korang bla macam tu je kan. Tak kira la di mana-mana pun korang online sebabnya ianya amat merbahaya kerana setiap benda yang korang online tu komputer telah pun save kan data-data apa yang korang buat tu.

Contoh, macam facebook...komputer akan simpan data-data seperti password. Paling kurang pun simpan ID atau e-mail korang pun hacker dah boleh hack korang punya account.

Untuk menggelakkan masalah ni. Lepas je korang habis puas online tu pastikan clearkan semua cookies, delete history, & cache. Cara-caranya seperti di bawah.

Pertama sekali pergi ke Tools>Options...>Pergi ke Privacy Tab. Pastu korang akan nampak macam gambar di bawah ni.

Click clear your recent history. Pastu pilih Everything & Tick semua pastu tekan Clear Now.

Akhir sekali, Click remove individual cookies. cuma tekan Remove All Cookies.

Lepas ni bila korang habis surfing internet kat cc ke atau dekat mana-mana pastikan korang padam apa yang korang dah bukak tu. Tidak lah menjadi perkara wajib tapi harus.kekeke


Cara Unblock Youtube



Ada Masalah Macam Ni?


Korang mesti tertanya-tanya pesal la dorang block Youtube ni? sedangkan Youtube ni tempat share maklumat. Siapa yang dekat hostel tu boleh guna trick ni. Ada jugak yang pakai Broadband je nak tengok youtube ni. Kepada sesapa yang tak boleh tengok website yang kene block tu senang je nak unblock dengan software Ultra Surf.

Apa itu Ultra Surf? ialah software berfungsi sebagai proxy untuk membuka sesuatu website yang di block dengan mengikut jalan belakang/tidak di ketahui/tak boleh detect oleh agen-agen block website tersebut. OK, berminat sila follow tutorial di bawah ni.

Note: Untuk Musang Berapi Sahaja OK. (Mozilla Firefox lah!)

Pertama sekali korang mestilah download software ni.


Pastu bukak software tu. Dia macam ni.
 Bila nanti dia da bukak akan keluar Internet Explorer sekali. Hah! exit je Internet Explorer.

Pastu open Mozilla Firefox. kat bahagian atas Tools>Options...>Advanced>Network Tab>Settings
nanti dapat macam gambar di bawah ni.


Seterusnya lihat gambar di bawah.
  1. Select Manual Proxy Configuration
  2. HTTP Proxy: 127.0.0.1 Port: 9666 (Default Proxy)
  3. Tekan OK.
Sekarang korang dah boleh layanzzz! Youtube dgn senang-lenang.

Note: Kalau Korang dah habis layanzzz! pastikan korang setkan balik Use System Proxy Settings pastu tekan OK.

TRICK NI BOLEH BUKAK WEBSITE KUIS JUGAK!!!.KEKEKEKE


Uji Kualiti Keyboard Kamu Sekarang



Nak tahu sejauh mana keyboard korang power ke tak? tak kira lah keyboard lopek/noob/original/built in/wireless? Ikuti cara-cara di bawah.

  1. Pastikan korang Reply di post ni.
  2. Tekan dan tahan kedua-dua button SHIFT di keyboard korang.
  3. Sambil tengah menekan kedua-dua button shift tu, tulis ayat "A QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG".
  4. Lihat tulisan yang terhasil di skrin korang.

*Sebab mesti menulis ayat itu adalah kerana ayat tersebut memerlukan anda menekan setiap huruf, A- Z yang ada di keyboard.

X-LAWS try ~~>

~~~ QUIC BROWN OX UMP OVER HE Z OG~~~

Hahaha! X-LAWS punya keyboard tahap cikai punya. T_T sob2~~


Cara Install Window XP/Vista/7 Melalui Pendrive



Dalam Tutorial kali ni aku ingin berkongsi bagaimana cara untuk format Desktop/Laptop/Netbook menggunakan pendrive. Apa kelebihan format melalui pendrive ni?

  • Install Windows lebih cepat berbanding menggunakan CD/DVD
  • Menyelesaikan masalah untuk desktop/laptop/netbook yang takde CD/DVD ROM
Memang best guna format PC korang melalui cara ni kerana menjimatkan masa.OK, sebelum untuk memulakan tutorial ni korang perlulah mendownload software ni Novicorp Win To Flash.

Selepas download software tu korang extract dalam 1 new folder then bukak software tu. apabila da bukak nanti dia ada kuar macam ni.

Ha korang accept je tak payah nak pening-pening nak membacanya. lepas tu ikut step di bawah pulak.


Pergi kat Tab Advanced Mode pastu kat bawah tu ada banyak pilihan. Untuk yang kotak merah tu ialah untuk Window XP, kotak biru pulak untuk Window Vista & 7. Yang kotak ungu pulak untuk Window Vista & 7. Tapi better amik yang kotak biru tu untuk format pc ke Window Vista & 7.

PERINGATAN: sebelum tu, korang perlulah format dulu pendrive korang terlebih dahulu selepas membuka Novicorp ni. Kalau tak nanti masa process burn Windows ke Pendrive akan keluar mende alah ni.


OK step seterusnya di bawah.

Untuk seterusnya kita usik kat Tab Basic Parameters sahaja. Tab-tab lain tak perlu usik OK. Pastikan korang da masukkan CD/DVD Window XP or Vista & 7 kat dalam PC korang pastu gambar di atas yang Windows source path tu tekan select pastu cari kat mana path CD Windows korang. USB Drive pulak cari juga kat mana path Pendrive korang.

Sama juga untuk format Window Vista & 7. OK gambar seterusnya aku pakai Window 7. (Jangan risau lepas ni sume step sama je).

Apabila da setkan sume tekan Run. nanti akan keluar macam gambar di bawah ni.

Cuma pilih I Accepted the terms of the license agreement je. Pastu tekan Continue.

Sebelum tekan OK. Pastikan korang da backup sume data-data korang dalam pendrive tu. Pastu barulah tekan OK.

Gambar di bawah adalah process transferring Windows ke Pendrive.

Done!!!. Pastu korang gune lah macam biasa. Cocok Pendrive tu pastu boot dengan cara biasa iaitu cara-cara korang format sebelum ni.


Theme Window 7 Pastelia




Theme Window 7 Pastelia hanyalah sesuai untuk perempuan sahaja. nampak simple dengan theme seperti window classic tapi berwarna-warni. kepada sesapa (perempuan sahaja) berminat sila la cuba theme ni. Simple but nice!.


Search Engine Yang Berguna (Bagi Aku)



Seperti mana yang korang tahu. Ada banyak web Search Engine yang sangat berguna pada kita. Terutama sekali untuk kaki-kaki download tu. Search Engine ni akan cari benda yang korang tercari-cari selama ini. Bagi seorang kaki download macam aku ni. Selalu cari file yang dikehendaki dengan menggunakan website www.loadevery.co.cc.

(Click Pada Gambar Untuk Lebih Jelas)
Di dalam ruangan kotak merah tu. Korang boleh la pilih nak download sesuatu file tu dari link mana.

Yang kedua pula ialah www.uvrx.com website ni pun sama macam website di atas. Cuma loading page lagi laju sebab uvrx.com simple je page dia.

Dalam ruangan kotak merah tu pun sama. Kita bole pilih nak download file dari link mana. Dengan wujudnya website macam ni, file dikehendaki lebih senang di cari.

Yang Terakhir ni mestilah Pakcik Google Kita or Makcik Yahoo kita.kekekeke
Tapi Pakcik & Makcik ni takde macam apa yang ada di website loadevery & uvrx. macam mana nak cari file-file download kita lebih detail? Ha caranya macam ni.

Contoh, kalau kita nak download file dari mediafire.com dekat Google or Yahoo search bar tu kita taip macam ni. 

mediafire; nama file korang

Kalau Megaupload macam mana pulak? Ha, macam ni je, sama je.

megaupload; nama file korang

Sama juga untuk link-link lain. Kalau paham baguslah. Kalau tak paham gak cuba korang baca betul-betul. Kalau tak paham gak (seriously tak paham) hah! pandai-pandai ar korang hidup. Renung-renungkan & selamat beramal.


Windows Live Movie Maker 2011




Kepada yang suka edit-edit video menggunakan Movie Maker tu, jika korang sedar, Windows Movie Maker telah mengeluarkan versi 2011.

Sebelum ni ianya dinamakan Windows Movie Maker, kini software ini dikenali sebagai Window Live Movie Maker dan ianya sebahagian daripada Windows Live Essentials (WLE). Window Live Movie Maker dilengkapi dengan lebih banyak ciri-ciri menarik dan terbaru seperti banyak penambahan di bahagian effect pada text dan gambar. Interface Windows Movie Maker yang baru ini juga sedikit berbeza dengan versi sebelum ini.

Korang boleh download software ni secara percuma di:
http://explore.live.com/windows-live-movie-maker?os=other

Note: Window Live Movie Maker hanya boleh dipasang pada Windows 7 & Vista dan tidak sesuai untuk Windows XP serta ke bawah.


Kemunculan Windows 8 pada 2012?






Pengeluaran windows 7 pada 22 oktober yang lalu masih lagi hangat untuk kita semua,namun samada kita tahu ataupun tidak pembangunan sistem operasi selepas windows 7 iaitu windows 8 dikatakan bakal direalisasikan pada akhir 2011 ataupun awal tahun 2012…Bukan itu sahaja,Windows Server 8 dijangkakan akan turut direalisasikan.

Walaupun berita mengenai windows 8 buat masa kini masih belum banyak boleh diperkatakan namun terdapat beberapa info mengenai windows 8 ini:

  •  Windows 8 akan menyokong 32,64 dan kemungkinan 128-bit.
  •  Fungsi Hibernate dan resume pada windows 8 akan mempunyai enjin baru.
  •  Windows 8 akan mempunyai sistem rangkaian yang baru.
  •  Windows 8 akan mempunyai sokongan lebih baik untuk multimonitor.
  •  Steven Sinofsky,presiden dari Windows bertanggungjawab dalam pembangunan    windows 8 ini.

Jika Windows 7 dikatakan lebih baik daripada Windows Vista,Nampaknya Microsoft perlu menjadikan Windows 8 lebih baik dari Windows 7.Sama-sama kita menunggu berita mengenai Windows 8 ini.


Why Windows 7 Is Better Than XP and Vista



The first thing you'll notice about Windows 7 is that it looks like Vista. It also works like Vista, in the sense that it has the same plumbing underneath, except for a very welcome graphics upgrade to DX11. However, it works much better than Vista, and most of Vista's annoyances have either been removed, or (mostly) can be changed so the system works the way you like. It takes personalisation to extremes.

See why and how Windows 7 is better than Windows Vista or Windows XP. Here is a detailed features list which you can do or can not do in different versions of Windows. Windows 7 has got some improved and some other brand new features included in it.

(Click The Thumbnail For The Full Image)




Mini Lyrics v7.0.643




Software ini memang berguna kepada yang suka berkaraoke di rumah. Apabila korang mainkan lagu, software ni secara automatik akan search lirik lagu di internet dan lirik akan keluar. Selepas tu, boleh la korang layan!.

DOWNLOAD


Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS